Assalamualaikum..
Alhamdulillah, anakanda buah hati kesayangan dah berumur 2 tahun.
InshaAllah.. anak yang baik... anak yg soleh.. anak yg bijak..
tantrum tu biasalah.. normal bagi kanak-kanak..
ibu2 harus tarik nafas dalam2... lepaskan... senyum... cium peluk anak..
Haris ni memang lain macam sikit.. Haris memang teramat manja dan mudah merajuk.
al-maklum lah.. cucu sulung bagi kedua-dua belah pihak.
memang bagai menatang minyak yg penuh.
saya sebagai seorang mak, jujur bagitahu memang susah sikit nak bentuk disiplin dia kerana back-up dia kuat.
Haris dijaga oleh ibu mertua ketika saya dan suami bekerja.. alhamdulillah.. semua serba cukup.. memang Haris beruntung sebab dapat penjagaan dan kasih sayang drpd neneknya.. orang kata, kalau ahli keluarga sendiri yang jaga lebih extra perhatian berbanding hantar ke taska/day care.
oleh kerana Haris tidak dihantar ke daycare atau taska.. Haris kurang terdedah dengan aktiviti2 yang boleh meransang pembesarannya. Contohnya seperti skill sosial.. tak tahu nak buat kawan.. skill sentuhan, kerana kurang peralatan untuk pembelajaran.. dan mcm2 lagi yg taska selalu adakan untuk anak jagaan mereka.
So, sebagai seorang mak sudah tentu saya risau jika Haris ketinggalan.
maka, saya perlu buat inisiatif sendiri untuk membantu merangsang pembesaran Haris agar lebih baik.
ini antara aktiviti-aktiviti yang saya baru sempat buat dan inshaAllah lepas ni setiap minggu saya akan sibukkan dia dengan aktiviti belajar sambil main.
alhamdulillah.. Haris suka membaca.. jadi dia dah kenal binatang2.. dah boleh mengira 1 - 10. dah boleh cakap beberapa perkataan.. suka menyanyi dan menari.
sekarang ni saya nak develop touching skill dia, sebab dia cepat geli.
so first, saya bagi Haris main tanah liat plastisin. Kat kedai eco RM2 je sekotak.
memula dia geli, tp lepas tu dia ok. dia suka tekan-tekan bagi penyet.
kemudian, saya ajar dia tentang kesejukan ais ketika beku dan mencair menjadi air. Dengan meletakkan mainan kecil didalam belon yang berisi air. kemudian belon tersebut disimpan didalam peti ais supaya keras menjadi ais batu.
apabila belon sudah keras, getah belon akan mengelupas .
esoknya saya bawa Haris ke padang taman layang-layang untuk bersukan.
haris memang geli rumput, tapi saya nak "paksa" supaya dia biasa dgn kekotoran.
saya juga beri Haris melukis menggunakan water color. Saya celup tangannya didalam water color dan tepek pada kertas lukisan.
semua ini demi merangsang sensory skill Haris.
saya tidak terlalu menekan Haris agar dia biasa dengan aktiviti2 ini kerana saya nak Haris sendiri merasa seronok dan mahu lagi bermain permainan-permainan ini.
dia baru 2 tahun.. saya tidak mahu merunsingkan dia dengan perkara-perkara berat.
lets kids be kids. Nanti bila dah masuk sekolah tadika, bermulalah episode stress belajar, stress itu .. stress ini.. stress takde kawan.. dan kita pun akan stress memikirkan masalah anak-anak.
so.. take it easy ya all mums. We can do it!