nuff said

Wednesday, 12 June 2013

Cepatkanlah masa~

Arrghh~~  

aku dah mula bosan dengan kerja yang aku lakukan skang ni.

Tiap2 pagi berat betul kaki nk melangkah keluar untuk bekerja.

Di office pula asyik tgk jam je menunggu waktu balik.

Mmg aku nak sangat sangat sangat cari keje lain tapi aku sabarkan dulu.

Biarlah cukup setahun aku berkhidmat di firm ini, insyaAllah tahun depan aku blah.

Kat sini kene bagi notice 2 bulan. Nape lah lama sangat.

Patut ke aku resign dulu baru cari keje atau cari keje dulu baru resign.

Ada ke office yang sanggup tunggu 2 bulan selain drpd legal firm?

Sbb legal firm kebanyakkannya mmg notice 2 bulan.

Sekarang dah bulan 6. Pejam celik pejam celik akan berakhirlah tahun 2013.


Moga2 Allah permudahkan segala kehendak & urusan ku. 

Amin

Monday, 10 June 2013

My favorite nasyeed song

Lirik Lagu Menjejak Jalan Selamat


Alangkah sedih hati ini
Umat Islam tidak dihormati
Hilang maruah dan harga diri
Musuh galak ketawa mencaci

Menjadi mangsa huru hara
Disembelih bak haiwan melata
Kasihan nasib kecil menangis hiba
Mendakap ibu yang tidak bernyawa

Kenapakah ini semua terjadi
Umat Islam diseksa dihina
Allah lepaskan tanpa bantuan
Membiarkan musuh bertindak kejam

Mungkin ianya suatu kifarah
Hukuman dunia beserta tarbiah
Kemungkaran umat tidak dicegah
Datanglah ketetapan balasan Allah

Kita tak ingin menanggung azab
Membiarkan musuh berlaku biadab
Tegakkan iman bangunkan syariat
Mudahan selamat dunia akhirat

Duet : Azahari & Idzhar
Lagu : Mujahid
Lirik : Zuraimi.

Something to share




Friday, 7 June 2013

IJN with Love

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum wbt & good day.

Syukur ke hadrat Allah, Tuhan yang Maha Agung, Maha Bijaksana, Maha penyembuh segala penyakit, Maha Pengasih & Penyayang kepada setiap makhlukNYA. Abah Berjaya menjalani pembedahan CABG (bypass) pada 6 June 2013 bersempena Israk & Mikraj.

Pembedahan tersebut telah dirancang sejak setahun lalu. Tetapi terpaksa ditangguhkan kerana
Masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kini , dengan perancangan rapi pihak professional IJN dan HKL , segala kesulitan Berjaya diatasi dengan izinNYA.
Terima kasih kepada individu2 yang terlibat Datuk Dr Azhari Rosman , Dato’ Dr Jeswant Dillon, Dr Taufik Abdullah, Dr Keiko, nurses at 3rd floor and nurses at ICU & others (ramai, tapi xtau nama)

31 May 2013, Friday

Appointment ini mmg dijadualkan oleh Datuk Dr Azhari untuk kami bertemu Dato Dr Jeswant , malangnya, Dr Jeswant sibuk dan kami diaturkan temujanji dengan Dr Taufik Abdullah (Cardiothoracic Clinical Specialist).
Dr Taufik seorang yang bijak tetapi sempoi. Rasa x stress dan senang sangat. Kemudian Dr Taufik mengumumkan bahawa abah akan diminta admit ke ward pada 2 june 2013 dan kebarangkalian bypass akan dilakukan pada 4 june 2013.

2 June 2013, Sunday

Pagi2 lagi kami membawa abah breakfast besar di Georgetown whitecoffee di Wangsa Walk.
Abah memesan bubur nasi dan half boiled egg. Alhamdulillah , abah kekenyangan. Sekitar jam 12 tghari kami
Mendaftar untuk kemasukan di ward. & nurse memaklumkan tiada lunch akan disediakan kerana kami masuk lewat. Jadi aku membeli mushroom quiche kepada abah sebagai lunch nya. Nasib baik abah makan byk hari tu sebab pada belah petangnya nurse mengatakan abah perlu start puasa kerana Dr Taufik mahu awalkan sehari bypass iaitu isnin 3 june 2013. We were shocked! & requested to meet with the Dr pakar bius Dr Keiko.

Dr Keiko menerangkan kepada kami bahawa mereka dah well prepared and should be no problem with abah. & we explained to Dr Keiko everything about abah walaupun kami maklum bahawa mereka tahu kesemuanya.

3 June 2013, Monday

Alhamdulillah, kami dimaklumkan bypass abah ditangguhkan ke hari khamis 6 June 2013. Bermakna abah perlu berpuasa selama 5 hari. MasyaAllah.. kesian abah, tapi makanan berbentuk drip akan dimasukkan untuk mengelakkan abah kehilangan tenaga.

4 & 5 June 2013, Tuesday & Wednesday

Ramai ahli keluarga datang melawat termasuk sahabat2 abah dari MCKK.
Alhamdulillah. Thank u all sebab memberi semangat kpd abah.

6 June 2013, Thursday

Abah dimasukkan ke dalam Operation room dalam pukul 8 pagi. & selesai dalam pukul 1.15 tghari.
Abah ditempatkan di ICU bilik A109. Masih under supervision. Menurut Dr Taufik segalanya berjalan
Dengan lancar.

7 June 2013, Friday

Abah transferred to HDU. masih kene monitor jantung abah. sebab setiap kali abah makan,
abah akan muntah. nurse kata normal & insyaallah will gets better.

8 June 2013, Saturday

Abah masih di HDU. setiap kali nk transfer ward je BP naik. so doctor tahan.

9 June 2013, Sunday

Alhamdulillah.. abah dah masuk ward biasa. makan pun selera je.
al maklum lah puasa punya lah lama. seronok tgk abah selera makan.



wajah2 doctor abah






PROF. DATO' DR HJ AZHARI ROSMAN












DATO' DR JESWANT DILLON