nuff said

Monday, 30 September 2013

Prepared by someone special


Prepared by someone special..
thank you my dear for making my day..
our memories will be always treasured in my heart..
i love you..

Thursday, 26 September 2013

Surprise untuk adik ku

 
saja ejaan Birthday tu dibuat Besday. ;)


Setiap 25 Sep merupakan ulangtahun kelahiran my youngest sister Nur Deenee Adreana.

memandangkan dia kecik lagi, so kami tak buat surprise bday party untuk dia. lebih2 lagi pula bday dia selalu jatuh pada hari kerja. lagi lah tak larat nak celebrate.

family aku sgt suke buat surprise2 ni... selalunya bila tiba bday mama, kakak, jeff dan aku kompem ada je kezutann kezutann yang dibuat... & tak sangka plak adik ku yg kecik ni teringin nk kezutann jugak..

beberapa hari sebelum bday dia, siap dia tanya mama samada bday dia ada surprise ke tak & ingatkan kami bahawa 25 sep adalah bday dia.

kami buat donno je and mcm malas nak amek tahu.

FYI aku dan kakak tidak dulu sekali ngan mama. So a week before bday dia, mama request to celebrate deenee's bday and buat kezutann untuk dia..

jadi, hari rabu malam balik je keje... aku dan kakak bergegas ke kedai kek dan beli bday kek untuk dia.

aku plak kat opis apa lagi, menghabiskan color toner lah untuk decoration bday dia.

deenee ni sgt suke alat tulis.. dah boleh bukak kedai pensil kat umah ni. suke mengumpul.

so, kakak belikan pencil box dan magic color pen untuk dia manakala aku beli dia mainan pistol.

haha.. sangat pelik kot hadiah kali ni sbb aku suke bg dia something yg lebih useful mcm buku.

tp since its her bday.. nak bg dia enjoy and dia masih budak kan.. so beli lah dia set pistol tembak2 dan play card Happy Family.

 
deenee and mama


cupcake, cake, spagetty

kami mesti ensure kami smpai umah dulu sementara mama amek dini kat umah pakcik.

tampal decoration kat langsir , nyala kek and hias meja pastuh gelapkan satu umah.

bila dia masuk je terus SURPRISEEE~~~~~ !!!! muka dia sgt priceless.. 

& alhamdulillah she was so happy... 

deenee and jeff

lepas celebrate bday dia... kami adik beradik main kad Happy Family tu and opkos bday girl kalah sebab lawan ngan kakak2 dan abang dia yg suke mengelat.

family kami kalau bercakap suara kasar. tp we love each other so muchhh..


happy bday Deenee.. semoga umur yang panjang ni diberkati oleh Allah dan membawa manfaat pada diri sendiri dan orang lain... Love you.





Wednesday, 25 September 2013

Kan bagus kalau semua kedai layan customer sebagus mcm ni.


Semalam rasa seronok sgt. 

Kan bagus kalau semua kedai layan customer sebagus mcm ni. 

Balik rumah pun dengan hati yg tenang.


Semalam lepas magrib teringin nak makan pizza dgn kakak. So, kami pun pergi la Pizza Hut di Semenyih.


Kat restaurant tu hanya ada 2-3 customer je and belum masuk pintu kaca tu lagi dh Nampak pekerja2 pizza hut tu dh senyum smpai ke telinga dan menyambut kami dengan mesra.

 
So, kami order pizza hawaian chicken with extra cheese dan ice cream cookies sebagai dessert .  kesedapan yang melampau lah. Syukur Alhamdulillah diatas rezeki.



Pastuh, kakak nk beli ubat gigi so kami singgah ke kedai runcit Halalink .
 


Macam pelik sket nama kedai tu maybe dia jual produk halal sahaja.
 

Sgt tersusun barang2 nya dan xde pelangan time tu.


Aku beli hair conditioner dan kakak beli few things and pelayan tu offered kami untuk jadi members dgn bayaran hanya seringgit. Ala.. singgit je pun, so kami just accept and register.

 


Bila jd member, akan dpt 5% discount untuk few products la.. bukan takat tu sahaja malah kami juga dihidangkan dengan coffee and even offered with ice blended.. tp kami tolak dgn cara baik sbb dh kekeyangan makan di pizza hut td.


Hasil pembelian kami melebihi RM10 so dpt lagi free gift iaitu cover penutup berus gigi.


Mmg terbaiklah layanan Cik Farah pekerja di Halalink tu.

 Mcm tergamam plak sbb dpt service yg baik berturut2 dan balik umah pun dgn senyuman yg lebar dan puas hati..


*gambar2 hanya pinjaman drpd google image. tp rupa lebih kurang je

Tuesday, 24 September 2013

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…
Nak minta tolong sikit boleh tak?


Tolong ingatkan saya, Andai saya terlupakan tuhan,Dalam kelapangan dan kesibukan,Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,Jangan jadi anak derhaka,Mak ayah dilupakan jangan,Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,Dengarlan dan bacalah Al-Quran, Tika radio penuh hiburan,Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,Di mana silamnya zahirku,Jika aurat didedahkan disingkat, Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,Jadilah sahabat yang baik,Sentiasa memberi peringatan,Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,Kalau bercinta biarlah keranaNya,Dalam memilih utamakan iman,Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,Hidup ini satu kembara,Kutiplah mutiara dalam perjalanan,Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,Jiwa diserahkan segala-segala,Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


FWD : ILUVISLAM

Monday, 23 September 2013

Hentikan Penganiayaan Terhadap Haiwan~~!!

16 ekor kucing malang ini ditinggalkan oleh tuan mereka since february di rumah sewa tuan mereka tersebut.

&  rumah tersebut perlu dikosongkan sebelum 16 Sep 2013.

masyaAllah, kalau dh tahu x boleh bela kenapa ditinggalkan mcm tu saja??

kesian kucing2 ni kelaparan..

aku dpt cerita ni drpd website SCRATCH (Kucing Terbiar & Anjing Jalanan)

alhamdulillah, ada orang yg prihatin membawa kucing2 malang ini ke Putrajaya untuk mencari fosterer and again Alhamdulillah,, kucing2 ini bersama keluarga angkat masing2 skang ni.

berikut adalah gambar drpd SCRATCH .

untuk cerita penuh, boleh bukak link SCRATCH ..