nuff said

Tuesday, 12 November 2013

Lupa Beli Tiket - kene marah mcm buat jenayah



Bismillahirahmanirahim dan gud morning ya all~~

 Salam hari selasa~~
Ni.. nk berkongsi satu cerita ni yg baru berlaku pagi tadi di KL Sentral . ni tak bekfast lagi taww..

Nak citer dulu baru ada selera nak makan.

Hmm.. kenapa ye masyarakat kita ni suke sgt double standard & berlagak samseng?

Lebih2 lagi dengan golongan yg lemah.. paling tak suke org yg mcm ni.

Tadi ada satu insiden dimana ada seorang mamat bangla ni.. xtau la bangla ke apa tapi muka ala2 india + arab lah.. berpakaian agak serabailah.. dia gagal menunjukkan tiket yg sah semasa turun di stesen KL Sentral.. lepas tu terus kene marah ngan pegawai KTM tu dikhalayak ramai… depan penumpang2 yg lain.

Ada plak polis bantuan wanita ni join sekaki memarahi mamat bangla tersebut.. boleh plak dia kata “byk canteekk muka ko~~!!” I was like.. what the *&^%^!!

Adakah kata2 itu patut keluar drpd mulut seorang polis?

KTM ni takde etika ke dalam berurusan dengan orang yg gagal menunjukkan tiket yg sah?

Mmg semua sedia maklum akan dikenakan denda. 

So just bawaklah mamat tu ke tepi or kaunter dan terangkan pada dia elok2 denda yang dicas kan kpd dia.

I mean like.. dia tu org luar.. tgk pun tau.. negara dia mungkin dia x berpeluang nk naik tren. So, dia mesti melakukan kesilapan yang mmg tak disengajakan.even org kita sendiri pun pnah tersalah tunjuk tiket.

Boleh je jadi stesen KTM yang mamat bangla tadi naik tu pun x ketat kemasukkannya sampai ada yg terlepas.
Kesian tgk muka dia kene marah tadi.. agaknya kalau omputih yg mcm tu kene marah tak?

Just becoz dia bangla/indon/bangsa yg berkulit gelap doesn’t mean mereka xde hak untuk dihormati.

Kita ni drpd negara maju dan bertamadun, so kita patut tunjuk contoh yang baik.

Tadi rasa nk tegur je sikap polis dan pegawai tadi.. 
but im sooo rushing..

insyaAllah nanti nk tulis email kepada KTM untk segera atasi masalah sikap ni.

Orang lupa beli tiket je kot.. dh kene marah mcm bunuh org.. mcm melakukan jenayah besar plak.

So, harap2 kita semua muhasabah diri kita semula.

Org melayu mcm kita ni pun ada je yg pandang hina . 

so, kita patut tahu betapa sedihnya bila kita dipandang rendah kerana bergelar melayu… so why nk layan bangsa lain pun mcm tu..

Thanks for reading… sorry coz emo…

 I cant tolerate discrimination. :)

Friday, 8 November 2013

Puisi - Lelaki yang dulu bukanlah yg sekarang



 Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat semua.
been so bz today sbb dh nk pindah office by next week.
sorry x sempat nk blogwalking.
will do this weekend.. :)
hanya nk berkongsi Puisi untuk Kaum Adam drpd Kaum Hawa.
sumber : UNKNOWN

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana, 
 
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. 


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.


Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. 
 
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu! 
 
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. 
 
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. 
 
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. 
 
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

Wednesday, 6 November 2013

Laksam + Laksa = forever tekak ku xkan terima

Assalamualaikum wbt & selamat bekerja kpd warga kota yg dh kembali untk bertugas~~

Best tak cuti semalam? Sy best sgt sbb dpt dok umah 24jam tanpa perlu buat apa2.

Rehat secukup2nya… alhamdulillah.

Orang kata kalau nak kawen ngan org Kelantan ni, kita kene belajar makan makanan mereka dulu..

Betul ke? Aduhaiii malang sungguh nasib ku… sbb sy ni jenis org yg x bleh makan benda yang pelik2 ni.

Kalau bawak sy bercuti kat negeri2 yg masakan dia berbeza ngan masakan KL.. hmm.. maggy cup je lah jawabnya.

Budu mmg out lah. Sy mmg x bleh terima budu. Don’t care what people say. I cannot~!

So, one day.. kawan kat opis ni makan Laksam.. bleh kata tiap2 hari makan Laksam.

Pelik bebenor melihatnya sbb sy x pnah makan Laksam. So dia kata I should try & get used to it sbb Laksam makanan org kelantan.. btul ke?

gambar hiasan

So, I give a try la makan Laksam..

OMG… kembang tekak ni.. cannot take it.. FYI.. sy mmg  x boleh makan masakan yg rebus2 ikan ni.

Mcm Laksa, sup ikan.. mmg x makan..i mean I tried. But tekak ni ngada2 xnak telan.

So, bila x bleh telan.. termuntah lah…

Makan beberapa suap je Laksam tu & buang.

Terus turun ke restaurant berdekatan & order nasi.. 

Kumur air x pyh kiralah brp kali…

Aduhaiii… bukan sengaja ok.. tp mmg x bleh dipaksa..

Mesti korang pun ada makanan yg tekak x bleh terima kan..?

Monday, 4 November 2013

Percutian ala Paris di Bukit Tinggi, Pahang



Assalamualaikum & Salam Hari Isnin kesayangans semua..


Happy holday to those who celebrating Diwali dan Happy Islamic New Year kpd Semua bloggers beragama Islam.. syukur.. alhamdulillah… sebab masih dipinjamkan udara yang segar

Untuk kita bernafas.. mata yg masih celik untuk melihat.. & mcm2 lagi.. 

Jom Jom~ berselawat keatas rasul junjungan Nabi Muhammad SAW moga menerima syafaat daripada baginda diakhirat kelak. InsyaAllah..


Ok.. sy nk berkongsi pengalaman satu hari setengah sy percutiaan yg mmg singkat di Bukit Tinggi Pahang.


Mmg tak pnah tahu kewujudan tempat tersebut sehinggalah my sister proposed untuk jenjalan kat sana bawak abah.


Hari sabtu pagi2 lagi lepas subuh kami dh bergerak ke sana. 

Perjalanan dalam satu jam sahaja untuk tiba ke Bukit Tinggi yg tak berapa nk tinggi. Bukit Tinggi tu terletak berhampiran dengan Janda Baik.


Jalan dia mmg mencabar.. berliku liku dan sempit.. ala2 ke Bukit Fraser.


Untuk masuk ke tempat percutian tu kami dikenakan RM12 seorang. Lepas je parking kereta. 

Wahhh


Dah nampak bangunan2 nan indah ala2 di kota Paris.


So, apa lagi bergambar sakanlah kami dan pekena tea & crossant bread. Mmg terbaik.


Kami tak bermalam disana, tapi insyaAllah planning nk bermalam disana sebab dgr citer waktu malam


Lebih meriah. Siap ada org menari Tango, Salsa, & mcm2 lagi. Mmg happeninglah. Bayaran 1 bilik untuk 1 malam around RM360++ .. tgk gambar bilik mmg cantik.. french design.


Kemudian, kami ke Rabbit Farm dengan bayaran RM3 seorang. Kat situ arnab dilepaskan mcm tu je .


Dalam Rabbit Farm tu ada rusa dan guinea pig. Mmg terbaiklah.

& sebenarnya dengan bayaran RM12 tu boleh pergi ke Japanese Garden. 

Dengar citer kat situ rumah ala2 jepun dan bleh pekena tea jepun & buat tea ceremony sambil pakai kimono.


Tapi nk ke Japanese farm tu kene panjat tangga around 500 meters. Abah tak larat nak panjat, so kami pun tak naiklah.


Cuaca mmg sejuk dan dingin. Mmg best. My best moment was kat tempat Swan. Rasa tenang dan rileks.


Suke sgt tgk Swan. 


So, xtau nk express feelings mcm ne lagi. Sbb mmg syok sgt.. 


Tgk lah gambar2 yang sempat diambil untuk perkongsian.


Lepas ni bolehlah bawak anak bini kawan2 ke sini. 

Enjoy reading~~ :)


Colmar Tropicale