nuff said

Friday, 10 January 2014

Ustaz Hafiz - Juara Pencetus Ummah Musim Pertama



Bismillahirahmanirrahim~ Salam Jumaat semua..

Google (Dari kiri : Rahmat, Yeob, Shahul & Hafiz)


Weee~~ hari ni penuh ngan citer Juara Pencetus Ummah kita, 
iaitu Ustaz Hafiz.

Tahniah setinggi2 tahniah kepada PU Hafiz kerana anda mmg layak. Jika dilihat persembahan semalam mmg PU Hafiz lebih menyerlah, lebih tenang dan lebih professional gitu.

Walaupun pilihan saya ialah samada Rahmat dan Shahul pada mulanya, tetapi apabila melihat persembahan akhir mereka berdua semalam, agak sikit kecewa.

Tak dinafikan PU Rahmat mmg masih muda dan ilmu tidak sedalam mereka2 yg lain. Tapi cara penyampaian PU Rahmat pada mata sy sgt berkesan untk memikat jiwa2 remaja yg muda.

Manakala, PU Shahul.. toinggg toingg~~ tabek spring pada beliau.. muka je garang tapi pak lawak jugak si mamu ni.. Cuma semalam mungkin sbb gementar, jadi dia mcm terlebih serius plak. & saya setuju dgn komen Pak Nil.. sebab masyarakat yg perlu didakwah ni mcm2 perangai.. & Pak Nil memberikan pandangan dari sudut mata dia sebagai artis.. yang mungkin suka didekati dinasihati dengan cara yg lembut. 

PU Yeob toksah cakap lah.. hahaha.. asyik buat sy ketawa je.. sabor je lah.. selalu dgr ckp perak ni kalau balik kampung je.. PU Yeob ni bagus sbb nampak dia ni jenis berusaha keras. Hope Astro ada buat rancangan kanak2 or remaja yg lebih santai untk PU Yeob.

Tapi yg berjaya buat sy meleleh air mata semalam opkos lah Dr Ridhuan Tee Abdullah.. idola ku sejak dulu walaupun byk2 benda buruk dgr pasal dia.. I mean whatever.. sy mengagumi dia kerana ilmu dia.. perwatakan dia.. that’s it.

Sgt suka bila melihat ramai anak muda, golongan artis di Auditorium KUIS semalam.. ternyata.. terbukti.. sape yg x suke ilmu agama? Semua org suka~~ mana tak nya,, kita ada ustaz2 yg garang, yg kelakar, yg sempoi dan kiut untuk memikat hati2 pelbagai peringkat penonton yg hadir.

Kita mmg dahaga ilmu agama.. harap Astro dpt teruskan buat program2 mcm ni.. sgt berguna.. sgt bermanfaat.. Allah mesti suka.. Allah mesti senang.. Nabi Muhammad saw pasti bangga… insyaAllah…

Last but not least.. suka quote PU Rahmat .. lebih kurang..  

“adakah itu cinta jika cinta itu membawa kita ke neraka..????  lebih baik haramkan sahaja cinta..!!” 

Wassalam~

Wednesday, 8 January 2014

WW : Hana~ welcome to our family

Assalamualaikum semua..

nak berkongsi my new kitten..

namanya Hana.. jumpa masa baby kat longkang.

alhamdulillah sihat smpai bulat matanya tu,, mana x bulat.. tiap2 hari makan ayam je..






have a good day all~~


Tuesday, 7 January 2014

ini semua masalah attitude!!

Bismillahirahmanirrahim~

Alhamdulillah.. post ke-2 untuk hari ini..

sebenarnya dah lama terdetik nak post mengenai attitude masyarakat kita ditempat awam.

bukti bergambar ada, lihat ngan mata kepala sendiri ada & i am very sure u all pun pnah menyaksikan sendiri or tergolong dalam mereka yg ada attitude ni kot..?? ahakss... chooiii... takkanlah kannn.. mesti abg2 and akak2 kat sini adalah rakyat Malaysia yang prihatin dan punya nilai sivik yg tinggi. Alhamdulillah..

Sebagai seorang rakyat yg setiap hari pergi balik naik public transport dan kadang2 je nasib baik dapat duduk dalam kenderaan tersebut, pnah juga cuba membutakan mata apabila ada org yang lebih memerlukan tempat duduk tersebut.

tapi it was only last for 3 minutes.. tak sanggup nk terus membutakan mata sebab bila memikirkan kesian abah n mama.. dulu masa sy kecik.. bukan main lagi mereka terapkan nilai2 murni dalam diri sy.. dan sy xnak tunjuk ajar mereka itu jd sia-sia.

so,, mesti begitu juga mereka2 yg ada attitude ni.. mesti ibubapa, penjaga, guru2 disekolah ada ajar ttg nilai sivik ni kan? 

seriusly,, u all tak risau ke ngan generasi sekarang yg semakin biadap? 

bahasa kasar dan x peduli lagi untk menghormati org yg lebih berusia.

saya sangat risau dan sgt sedih ngan keadaan ni.

kita kene SPEAK UP... bukan dgn cara kasar.. tapi dgn cara teguran yg sgt lembut. sebab mereka2 ni lebih dimarah semakin memberontak.

ada jugak orang2 tua dan ibu2 mengandung yg x kurang juga selamba je potong line beratur..

sy x faham dimanakah nilai2 murni rakyat Malaysia yg kita dok banggakan dulu?

can we change this? i know we can.. kita kan muslim... kita kan tahu setiap perbuatan baik itu Allah suka.. Allah beri ganjaran pahala... kenapa kita x sanggup nk berkorban sedikit kepenatan berdiri untk mereka yg lebih memerlukan?

tepuk dada tanya selera... tepuk dada tanya iman..

seterusnya sy biarkan gambar berbicara..







what say you??

i should consult for this decisions



Bismillahirahmanirrahim~ Salam sejahtera to all of you.

Terima kasih sebab masih sudi singgah 
di blog sy yg masih setahun jagung ni..

Bcoz of u all, sy bersemangat untuk terus update blog dan berkongsi pengalaman perjalanan hidup saya.

Hanya Allah swt yg mampu membalas segala kebaikan kalian. 
May Allah bless all of you. Amin~

Lumrah manusia biasa.. kita suka mendapatkan 
second opinion baik daripada keluarga mahupun rakan karib.

Pendapat dan nasihat yang dirujuk pada mereka yg boleh dipercayai ini adalah satu pedoman agar kita tidak melakukan kesilapan dalam membuat apa2 keputusan.

Bila kita tanya pada keluarga dan rakan2, 
sudah tentu akan ada pendapat yg berbeza dan mengakibatkan 
kita akan lebih tekanan dalam kekeliruan.

Tapi , apa2 pun kita mesti dapatkan nasihat daripada ibu bapa, adik2 beradik dan kawan2 kita. 

Adalah lebih mudah untuk kita mengetahui pendapat mereka ttg sesuatu perkara sebelum kita membuat keputusan yg bakal mengubah kehidupan kita.

But.. im sure.. all of us know.. tiada tempat rujukan yang lebih baik selain drpd memohon petunjuk daripada Allah swt.. 



DIA mengetahui sebesar2 musibah dan sekecil2 maslahat dengan setiap keputusan yang dipertimbangkan.

Yakinlah pada-NYA.. serahkan pada-NYA.. 
DIA tahu apa yg terbaik buat hamba-NYA.. 

Keliru soal kerjaya, rumah tangga, pendidikan, apa2 sahaja dilema.. jawapannya terdapat dalam Istikarah.. 

Surah Al-Baqarah ayat 45


DIA sudi sepanjang masa untuk mendengar rintihan hamba-NYA yang sangat dicintai dan dikasihi. 

Wassalam~

Thanks for reading..

Monday, 6 January 2014

FIFA Worldcup Trophy World Tour - unforgettable memory



Assalamualaikum & Happy Monday semua..

Keje rajin2 hari ni walaupun hari ni Isnin.

Hari ni tak semena2  lambat ke tempat kerja sbb Tren delayed.
Aduhai.. kalau hari2 mcm ni, x guna lah asyik kuar umah awal kan kalau tren asyik buat hal je.

Hmm.. sabo je lah.

Ok.. sy tak sabar ni nk berkongsi pengalaman menyaksikan depan mata kepala saya sendiri Trophy FIFA World Cup yang selama ni pnah dipeluk dicium dijulang oleh pemain2 bola sepak yg pnah menjuarai piala ini. 

Pengalamannya masyaAllah.. rasa mcm Malaysia layak masuk world cup plak.. ehem.. insyaAllah one day..

Terima kasih bebanyak kpd ayahnyah ku sayang yg bekerja dengan FAM diatas 3 tiket free yang diberi. Maka , x perlulah kami masuk contest or terpaksa membeli 4 tin air coca cola untk mendapatkan tiket kemasukan tersebut.

Untuk pengetahuan yang belum berpengetahuan ttg hal ni , Piala Dunia tahun 2014 akan diadakan di Brasil pada bulan June nanti. Dan sebelum Piala tersebut sampai ke Brasil, piala tersebut mengelilingi 88 buah negara termasuk Malaysia. Dan sekarang piala tu dh selamat berada di Indonesia.

Mmg best lah pergi semalam.. mmg ramai peminat2 bola sepak hadir untuk memeriahkan suasana. Ada byk activity yang berlangsung.

Memandangkan saya dan kakak diantara terawal, jadi kami x perlu bersesak sangat pun. Dan kami diantara terawal dapat bergambar dengan Piala tersebut. & yang bestnya, gambar yang diambil bsama piala tersebut diberikan secara percuma oleh pihak organizer. 

Bayangkanlah 10ribu orang dapat gambar free on the spot malah boleh upload di website FIFA.. hebatkan…

Sy xnak citer panjang.. biar gambar yang berbicara…

weeheee.. the trophy was just next to me~!! (pengsan)

my uncle.. untunglah dpt pegang trophy tu..

bola2 yang pnah digunakan sepanjang perlawanan world cup

x payah susah2 beli air coke.. dapat free plak tu


Oh yeah.. tahun ni saya mengharapkan Pasukan Negara German atau Portugal menjuari piala tahun ini.. walaupun hati ni kuat kata Brasil.. sbb dorang pun sgt hebat dan main kat negara sendiri..  

negara manakah menjadi pilihan korang?