Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..
Semoga penghulu segala hari ni membawa kebaikan kpd kita semua..
Alhamdulillah and tahniah kpd kekawan yg dpt duit BR1M.. untung laa… hehehe
Ok, hari ni nak berkongsi pengalaman dgn kekawan yang sy pasti mesti korang pun pernah merasai..
Soalan bodoh..
Ahakss… mesti pnah ditanya soalan2 kurang pandai tu kan…?
Seperti contoh dalam gambar dibawah ni..
Mama saya suka tanya sy mcm ni.. ditanya buat apa dalam bilik air.. sy pun jawab, tgh bercucuk tanam ke.. tgh masak air ke..
Sy dgn mama mmg selamba.. sy jawab pun loyar buruk.. lepas tu mama pun ketawa smpai kuar air mata.
yang ni pulak,, adik lelaki sy selalu kene dgn mama sy...
kadang2 kelakar bila memikirkannya, kekadang stress jugak kan?
So, sy suka nk dgr pengalaman korang juga..
Dalam byk2 soalan.. soalan kurang pandai apa yg pnah korang diajukan?
nuff said
Friday, 21 February 2014
Wednesday, 19 February 2014
Rabu beberapa Kata : Uji Minda
Assalamualaikum wbt.. Salam Rabu semua~~
mari uji minda kita..
laluan manakah yang afdal digunakan? dan kenapa...?
Bagi yang sudah memberi jawapan, sila rujuk perkongsian drpd Abg Sham Kamikaze.. sebenarnya byk lagi perkongsian hadis drpd blog lain.. tp sy pilih yang ini kerana perkongsian Abg Sham lebih simple dan mudah di fahami...
Jalan Yang Paling Afdal ialah...
good try all~!!! mari kita sama2 belajar ok...
jalan yang paling afdal adalah pilihan no.4.
kerana no.4 lelaki tersebut melalui lelaki pertama
yg ada sutrah dihadapannya
kemudian melalui jalan belakang 4 orang yg sedang solat,
kemudian melintasi lelaki yg sedang baca al-quran
(melintas dihadapan org yg sedang membaca al-Quran
bukan satu kesalahan) , dan melalui dihadapan lelaki yg meletakkan kopiahnya sebagai sutrah~~
semoga menjadi ilmu yg berguna kpd kita untuk
solat nanti dimana2..
selalunya org pompuan akan letak handbag atau handphone dihadapan sejadah masing2.. org lelaki sy x pasti plak.. secara tak langsung, kita dh mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.
good job all~!! ^__^
Selamat beramal..
good try all~!!! mari kita sama2 belajar ok...
jalan yang paling afdal adalah pilihan no.4.
kerana no.4 lelaki tersebut melalui lelaki pertama
yg ada sutrah dihadapannya
kemudian melalui jalan belakang 4 orang yg sedang solat,
kemudian melintasi lelaki yg sedang baca al-quran
(melintas dihadapan org yg sedang membaca al-Quran
bukan satu kesalahan) , dan melalui dihadapan lelaki yg meletakkan kopiahnya sebagai sutrah~~
semoga menjadi ilmu yg berguna kpd kita untuk
solat nanti dimana2..
selalunya org pompuan akan letak handbag atau handphone dihadapan sejadah masing2.. org lelaki sy x pasti plak.. secara tak langsung, kita dh mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.
good job all~!! ^__^
Selamat beramal..
Wallahualam... ^__^
Tuesday, 18 February 2014
Allah swt dah jawab segala persoalan kita
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, masih dipinjamkan nyawa untuk buat post pada
hari ni..
Sahabat semua.. dikala kita melalui saat2 yg sukar dlm hidup
kita..
berbagai persoalan bermain di minda.. tapi sedar x sedar ketahuilah bahawa..
berbagai persoalan bermain di minda.. tapi sedar x sedar ketahuilah bahawa..
Allah dah jwb semua persoalan tersebut di dlm Kitab Suci Al-Quran..
Bila kita dilanda kesusahan.. acapkali soalan2 ini bermain di fikiran kita..
ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
FWD from others blog untuk peringatan kita semua dan diri ku yg alpa.. :)
Monday, 17 February 2014
Pengalaman - Test JPJ
Assalamualaikum dan selamat hari Isnin..
Semoga kita semua sentiasa berada dalam redha Allah swt.
Hari ni nak berkongsi pengalaman saya berjaya mendapatkan
lesen kereta dulu..
Alhamdulillah~~ Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah
kurniaNYA segala urusan pengambilan lesen dipermudahkan...
1. I am very sure ramai orang punya pengalaman masing2 masa nak ambil test JPJ. Ada yang pengalaman manis & ada juga pengalaman buruk.
2. To be honest... ramai yg menceritakan pengalaman buruk mereka sewaktu test JPJ dijalankan. & serba sedikit mmg mempengaruhi sy. Ada yang kata JPJ perempuan susah nak bagi lulus.. Ada yang kata JPJ lelaki gatal nak mampus.. ada yang kata JPJ ni mulut xde insurance... etc etc etc....
3. So, apabila sy dapat tarikh keramat test JPJ sy , iaitu 2 April 2013. sy ni nervous yang amat!! takut failed.. x boleh tido bila memikirkannya.. ramai kawan2 sy yang kene repeat. sebab gagal jalan raya dan bukit.
4. Jadi, pada hari kejadian. sy diantara giliran yang terawal. iaitu 9 pagi. Nama sy dipanggil pada pukul 9.45 pagi & sesi pertama sy adalah Jalan Raya.
5. Jeng Jeng Jeng.. sy dapat JPJ Perempuan.. terus berlegar2 dlm fikiran sy pengalaman2 buruk yang diceritakan oleh kawan2 sy.. tapi sy terus think positive!! "kalau Allah dah tulis aku lulus ujian kali ni.. JPJ Bapok ke.. Laki ke.. Pompuan ke.. aku pasti akan lulus jugak"
6. Memula tu agar gementar la...sy paling risau kat traffic light dan simpang 4. Tapi SYUKUR!! Allah memang bantu sy sebab di traffic light dan simpang 4 , traffic clear. sebab diwaktu latihan, ada 2 kali sy mati enjin.. tp masa JPJ test.. Alhamdulillah again... no problemo...
7. untuk test Jalan Raya sy lulus 18/20 .. akak JPJ tu muka garang tapi hati baik.
8. Now sesi Litar (Bukit,parking,3 penjuru) ... 5 orang sebelum sy gagal bukit.. kereta mereka reversed ke belakang. Lagilah sy rasa senak perut .. aduhaiii... seram la plak..Bila tiba giliran sy, Alhamdulillah..
Bukit lepas. Parking lepas . 3 penjuru lepas.
9. sy x sangka.. semudah ini nak lulus test JPJ. Syukur kerana Allah memberi sy ketenangan hati. Betul kata orang. Jika kita meletakkan keyakinan kita 100% pada Allah. Nescaya PASTI Allah permudahkan segala urusan.
Macam mana dengan u all? Ada pengalaman test JPJ yg menarik
untuk dikongsi tak?
Thank for reading ^__^
Friday, 14 February 2014
Romantiknya Rasulullah saw
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung
segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya.
Allah
membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman
kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang
bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang
agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia
merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda.
Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati.
Bahkan berapa ramai yang dahulunya
bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam
setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia.
Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu
perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya.
Mereka ialah serikandi rumahtangga
baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin
Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya
dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin
tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan
kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya.
Namun berapa
banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan
pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh
kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan
romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama
isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta
bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata
bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air
yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang
tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan
hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun
hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga
boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum
keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah
seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay
sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani
sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan.
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW
duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya.
Lalu isteri
baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga
naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada
isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng
isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik
menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri
Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah
isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi.
Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan
dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang
waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang
dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi
siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama.
Malah Rasulullah juga membawa
Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah
menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka
sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat
Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami
menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan
Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal
itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu."
Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin
ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama
pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda
selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah
menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja
bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang
dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca
al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku
dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir
hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri
Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan
kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat
Aisyah.
Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan
bahawa :
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas
pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari
dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra
daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga
seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah
membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri
kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan,
baginda bukanlah sekadar pemerhati.
Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan
dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi
lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak
menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya.
Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah.
Lalu
Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas
pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana
tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori
wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan
memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah.
Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula
dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah,
Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama
isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan
marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu
Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin
inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra,
bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi
dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil
"Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih
kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja
"Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan
salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir
itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan
dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah
sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang
lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu
dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk
diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik
bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis
ini adalah datang dari Nabi SAW.
Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan
sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya
sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis
bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri
untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat
membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati.
Nikmat suasana
percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda
dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa,
namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)