nuff said

Thursday, 20 March 2014

Teka Teki Al-Quran - Mari Cuba




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Alhamdulillah kerana dikurniakan kesihatan yang baik , rezeki yang masih mengalir, & kasih syg drpd keluarga dan rakan2.. 

sesungguhnya nikmat kasih syg ini semestinya dtg drpd Allah swt.

Selawat ke atas Nabi Muhammad saw, rasul junjungan manusia agung.


Hari ni, jom kita main teka-teki..


Tapi teka teki ni, lain sket drpd teka teki yg lain..


Check it out~


1.       Kita tahu yg malaikat diciptakan dari cahaya, iblis diciptakan dari api, dan manusia diciptakan dari tanah. Pernah terfikir haiwan diciptakan dari apa?



2.       Surah apakah yang pertama kali diturunkan?



3.       Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam    
          Al-Qur'an?



4.        Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?



5.        Ada berapa ayat dalam Al-Quran?



6.       Ada berapa surah dalam Al-Quran?


Jawapan 


1.       Haiwan diciptakan daripada Air .


“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” An-Nur ayat 45



2.       Surah al-‘Alaq  a.k.a  Sūrah al-Iqrā


3.       Nyamuk


Surah Al-Baqarah ayat: 26, yang artinya:


“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. adapun orang-orang yang beriman, Maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan Ini untuk perumpamaan?.” dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.”



4.       Surah al-Baqarah ayat 286.


5.       6236 ayat


6.       114 surah





Terima kasih sudi singgah~~ Semoga Allah merahmati Kalian..


#prayforMH370


Tuesday, 18 March 2014

Jaga Lidah Daripada Menyebarkan Aib Orang




Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

Alhamdulillah,,, syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini dan dikurniakan kesihatan yang baik.. syukur sgt sgt..

Mari berselawat ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW… 

setiap manusia ada kelemahannya.. dan saya yakin.. semua orang sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik… ada yang tewas.. ada yg berjaya.. ada yg masih lagi gigih mencuba…

bagi sy,,, sy berusaha segigih-gigihnya cuba untuk tidak menyebarkan aib manusia..

adatlah, perempuan pasti nak bergossip.. kadang2 gossip tu akan membawa kepada fitnah.. nauzubillah… kalau ditanya sapa2, semua tahu fitnah itu dosanya sgt besar tapi masih gagal menjaga lidah..

walaupun tidaklah 100% berjaya mengawal diri drpd bergossip.. tetapi sy bersyukur kerana masih berjaya menutup aib2 kawan2 yg besar… yg sy percaya jika diketahui org, mmg malu seumur hidupnya…

walaupun kadang2, nafsu untuk bergossip tu meronta2 mahu meluahkan… arrghhh hasutan setan yg sgt kuat… nyahhh~!! Kau drpd sini… alhamdulillah… Allah beri kekuatan untuk mengunci bibir drpd berkata2… 

menyebarkan aib orang sgt besar azabnya… maka, abg2 kakak2 adik2 sekalian.. jagalah lidah kita… bukankah kita pun pasti ada aib yg mahu disembunyikan.. jika kita mahu Allah menutup aib kita, kita pun kene lah menutup aib orang..

berikut adalah antara Hadith yang menegaskan larangan menyebarkan aib seseorang.

1.“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)

5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)

6.  Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Tahukah kalian apa itu ghibah?”
 
Mereka (para sahabat) menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.”

Kemudian Baginda saw bersabda, “Engkau menyebut-nyebut saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.”

Kemudian ada yang bertanya, “Bagaimana menurutmu jika sesuatu yang aku sebutkan tersebut nyata-nyata apa pada saudaraku?”

Baginda SAW menjawab, “Jika memang apa yang engkau ceritakan tersebut ada pada dirinya itulah yang namanya ghibah, namun jika tidak berarti engkau telah berdusta atas namanya.” (HR Muslim)

7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

thanks for reading~ ^__^ pray for MH370

Monday, 17 March 2014

Weekend with Love : PWTC + Banting + Pantai Jeram



Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua…

Apa khabar dan harap semua sihat sejahtera dan dibawah lindungan Allah swt…

Suka nak sy ingatkan jgn putus doa kpd mangsa2 MH370 dan kpd semua hamba dan makhluk Allah yang berada dalam kesukaran sekarang ni..

Oklah… hari minggu yg lalu.. spt yg semua sedia maklum, ada MATTA FAIR di PWTC.. bermula hari jumaat hinggalah ahad semalam..

Jadi, sy dan kawan2 sy tidak mahu melepaskan peluang untuk ke sana.. jalan2 cuci mata.. tgk mana2 tmpat yg menarik untuk kami bercuti nanti…

Mmg perjalanan yg memenatkanlah.. sebab planning drpd pagi sabtu tu ke PWTC pastuh ke Banting majlis pertunangan kawan,,, pastuh ke Pantai Jeram untuk menikmati makanan seafood yg dikatanya sgt sedap and murah..

Mmg sedap and murah!!!

Mcm2 kami order.. Tomyam Campur + Sotong Goreng Tepung + Udang Masak Planta + Ikan Siakap + Ikan Pepahat + Telur Dadar + Kerang + Air tembikai 2 jug = 6 orang makan = RM135.00 ++ sahaja…

Selebihnya, biar gambar berbicara… ^___^











thanks for dropping by :D