Bismillahirahmanirahim.. & Assalamualaikum..
Selamat pagi semua dan semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.
Kawan-kawan semua... kawan2 semua tahu tak bahawa Allah itu sweet..?
DIA adalah kekuatan yang ada dalam diri kita dalam keadaan kita sedar mahupun
tak sedar..
bila kita dalam kesusahan.. dalam ketakutan... dalam kesedihan.. selalu kita
tak mampu nak meluahkan dengan kata-kata... dan satu-satunya perkataan yang
terluah daripada lidah kita adalah "Allah....."
kawan-kawan semua.. kenapa saya kata Allah itu sweet adalah kerana :-
Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu
nyatakan, Allah pasti mengetahuinya,Dia mengetahui apa yang ada di langit dan
apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."(Ali 'Imran:
29).
Subhanallah.. Maha Suci Allah... belum diluahkan lagi dengan kata2..
DIA dah tahu apa yg ada kat dalam hati kita ni... mana nak cari pendengar yang
setia setanding Allah Yang Maha Kuasa??? belum lagi kita berkata2 DIA dah tahu
apa yang kita nak katakan... sweet sangat Allah.. Maha Memahami...
Bila kita dalam ketakutan.. tak kisahlah samada jalan dalam gelap ke..
berada ditempat asing sorang2 ke.. kita tak rasa takut sikit pun sebab apa?
sebab kita tahu DIA sedang menjaga kita.. apabila kita meletakkan ketawakalan
100 % kepada DIA, rasa resah gelisah didalam hati tu hilang... betullah mmg
Allah Maha Pelindung...
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan
tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."(Al-Baqarah: 107).
ya Allah.. sweetnya Tuhanku... dahlah Maha Mendengar, Maha Memahami, malah Maha
Pelindung jugak.. tak cukup lagi tu.. yang ni lagi sweet... Allah Maha Kaya,
Maha Pemberi rezeki... bila kita dalam kesukaran.. kelaparan... dibagi oleh-NYA
sumber rezeki yang dtg dari setiap penjuru yang ada...
tak kisahlah samada ada orang yg bersedekah, mahupun orang yang tetiba je byr
hutang kat kita... ataupun tetiba ada orang belanja... ataupun terjumpa duit
sendiri yg dah lama hilang ntah ke mana..daripada mana2 lah yg kita tak
jangka... tu semua daripada siapa? tentunya daripada Allah yang Maha Penyayang...
sweet yg teramat ok...!
diberinya kudrat kepada kita, kaki tangan yang sempurna untuk berjasa, untuk
bekerja... mana nak dpt semua ni kalau bukan daripada DIA...
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari
langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan
penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan
yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka
mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu
tidak bertaqwa (kepadaNya)?"(Yunus: 31).
lepas tu kan... suka sangat ni.. sweet yang teramat Allah SWT kerana
DIA Maha Pengampun.. Allah sangat pemaaf tau.. bila kita buat salah. and
mengakui kesalahan.. and taubat taknak ulangi lagi, Allah akan mengampuni dosa2
hamba-NYA yang melampaui batas...
ni belum tentu kita akan dpt dgn sesama manusia.. dah mintak maaf pun tak
cukup.. siap berdendam xnak memaafkan kita walaupun dah berguling2 menangis
mohon maaf... tapi tu semua tak perlu kalau dengan DIA yang Maha Indah ini..
DIA suka memaafkan hamba-NYA yang bertaubat..
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha
Penyayang."(Az-Zumar: 53).
dan..dan.. yang paling saya suka kan kawan-kawan sekalian.. sebenarnya semua sy
suka.. alahai indahnya Tuhanku ini.. indahnya Allah.. sweet sangat2...
bila dalam keresahan.. bila hati tak tenang.. ada yg dok isap rokok berkotak2..
ada yg dengar lagu and pasang kuat2.. ada yg menjerit kat atas bukit sekuat
hati.. and mcm2 lah cara pelik mereka ni yg konon bleh menenangkan hati yg tak
tenteram tu... nak tanya ni.. tenang ke? menjadi ke? berapa lama tenang tu? tak
lama.... tak jadi... tu semua sementara je...
tapi bila kita kenang segala ke"sweet"an Allah... keindahan Allah...
Kasih sayang Allah.. Ganjaran pahala oleh Allah... Ganjaran syurga daripada
Allah... tenang je hati ni.. tersenyum sorang2.. tersengih sorang2...
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi
tenteram."(Ar-Ra'd: 28).
benar ya Allah.. subhanallah.. hebat cintaMU ya Allah... tetapi ya Allah..
kenapa KAU putuskan aku dengan dia?? bukankah KAU tahu aku amat mencintai dia...?
bukankah KAU tahu aku mahu menjadi isteri dia...?? tapi kenapa KAU pisahkan
kami ya Allah??
sedangkan KAU Maha Memahami.. Maha Pelindung.. Maha Pemberi rezeki... Maha
Memberi Ketenangan... tapi kenapa KAU ambil dia daripada aku ya Allah??
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,
dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik
(pula)..."(An-Nur: 26).
ya Allah.. ampuni aku.. aku yang lemah ni... kejinya aku kerana bersangka
buruk dengan-MU...
aku pasti ya Allah... aku pasti KAU memisahkan aku dengan dia kerana dengan
adanya dia... aku semakin jauh dengan-MU... aku dah x rajin berzikir.. aku dah
tak rajin mengadu pada-MU... aku asyik mengadu pada dia yang x mampu
menyelesaikan masalah aku... aku menghabiskan duit2 yang KAU beri pada aku
dengan menelefon dia yang sedikit pun tak menyumbang rezeki padaku...
dan aku pasti ya Allah... mungkin... dia sangat baik.. dia salah seorang
hamba-MU yang soleh.. aku tak layak dengan dia... aku wanita jahil.. aku wanita
yang keji , penuh dgn dosa maksiat.. maka, KAU menyelamatkan dia daripada
wanita seperti aku...
maka, ya Allah.. terima kasih ya Allah.. kerana perpisahan ini
membuatkan aku mahu menjadi insan yang lebih baik.. aku mahu jadi baik kerana
aku mahu mendapatkan suami yang baik ya Allah.. itu janji-MU, dan aku tahu
ENGKAU tidak akan memungkiri janji..
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik
bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216).
sweetnya Tuhanku... Allah yang satu... Allah yang Esa.. Allah yang Maha
Besar...
dengan segala ke"sweetan" Allah ni, sapa yang tak jatuh cinta?? kan ada pepatah, tak kenal maka tak cinta.. maka, untuk mendalami cinta kita kepada Allah, moh lah kita kenal DIA... ketahui apa yang DIA suka.. apa yang DIA tak suka... and buat yang terbaik untuk sentiasa berada dalam kasih sayang-NYA...
aku mencintai-MU ya Allah, tolonglah balas cintaku semula dengan kasih
sayang-MU yg tiada batasnya...