nuff said

Wednesday, 13 August 2014

Bagaimana Nak Berdepan Dengan Orang Yang Berpenyakit Hati?

Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

saya tahu hari ini suppose "Wordless Wednesday" tetapi izinkan saya untuk berkongsi rasa dan meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya ni. 

Rasa sakit hati, kecewa, sedih, marah membuak2 dalam diri ini.. Saya sangat memerlukan kata-kata penguat and semangat daripada kalian semua..

Seperti ada yang sedia maklum yang saya sekarang bekerja di syarikat lama saya kembali setelah bos setuju untuk counter offer.

Semasa saya berkerja disini dahulu, saya sangat rapat dengan 2 orang staff bernama Joyah dan Meknah (bukan nama sebenar) . Kami sangat rapat dan selalu berkongsi cerita sama-sama. sehinggalah beberapa hari sebelum saya berhenti kerja, saya dapat tahu bahawa Joyah dan Meknah pernah beberapa kali mengutuk saya.

Apabila saya tanya pada Meknah, dia mengaku manakala Joyah mengambil keputusan untuk terus berdiam diri dan tidak menegur saya hinggalah hari terakhir saya bekerja disana.

Sudah 3 tahun berlalu , dan 3 bulan lepas saya join kembali syarikat ini.

Apabila kali pertama saya menemui mereka, saya senyum pada Meknah dan Joyah, tetapi hanya Meknah yang membalas senyuman itu. Saya faham bahawa Joyah belum let go lagi hal yang dulu. Tetapi macam tak masuk akal kenapa Joyah yang perlu terasa hati sedangkan saya yang patut rasa sebegitu kerana saya yang dikutuk belakang - belakang.

Pernah beberapa kali atas urusan kerja, saya perlu bercakap dengan Joyah, tanpa dia membuat eye contact dengan saya, dia menjawab soalan-soalan saya yg berunsur kerja itu. Mana-mana manusia pun kalau tahu yang orang layan kita macam endah tak endah mesti dah takde hati untuk bercakap betul tak? Maka, begitulah saya, saya pun dah takde hati dan tawar hati. saya pulak yang macam terhegeh2 nak bercakap dengan dia sedangkan dia sebaliknya.

Baru-baru ini kami malay staff decide untuk buat makan-makan hari raya demi menjamu kawan-kawan yang non-muslim . Mmg tradisi disini setiap tahun pasti akan dilakukan. Yang mengetuai open house raya ini adalah salah seorang staff lama bernama Teeja (bukan nama sebenar).

Teeja dan beberapa staff melayu yang lain bercadang untuk memanggil caterer instead of buat portluck kerana menjimatkan masa dan tenaga. Dan according to Teeja semua dah agreed cuma perlu cari masa yang sesuai sahaja.

So, saya tanya pada bos samada bila dia mahu adakan open house tersebut dan bos insist untuk buat esok.

kerana minggu depan bos-bos yg lain outstation sampai akhir bulan. 

Sepatutnya tiada issue jika semua dah setuju, kerana kami hanya perlu membayar sahaja dan caterer yang akan menguruskan semuanya. Dan apabila Teeja meminta tolong saya mengutip duit drpd Meknah dan Joyah, Joyah terlebih dahulu sudah bising-bising dengan staff-staff melayu lelaki di office ini.

dan saya dengar dengan jelas "mereka tak berbincang dengan kita" "mereka berbincang ber2-2 je" "mereka berpuak-puak" "ada office manager mcm xde office manager" bla bla bla everything yang not nice to say lah. 

sejujurnya saya terasa dan ada saya luahkan dengan kuat supaya Joyah dengar, saya katakan "bukankah awak dan abang-abang semua dah setuju dengan Teeja? kenapa baru hari ini komplen semua? "

mereka terdiam.

saya tidak mahu jadi seperti diri saya yg dahulu, yang cepat melenting. 

saya taknak bergaduh hal-hal remeh mcm ni.

kisah yang dulu pun saya dah maafkan dan tuduhan yg baru dilemparkan tadi saya harus cari kekuatan untuk memaafkan dan melupakan.

apalah yang Joyah tak puas hati sangat dengan saya.. pernah saya rasa macam nak face to face..

tetapi mengenangkan saya kenal dia mcm mana ketika kami rapat dulu membuatkan saya batalkan niat saya.

stress nye!!


Tuesday, 12 August 2014

Ujian Untuk Mereka atau Ujian Untuk Kita?

Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangan semua..

saya mendoakan agar kalian semua diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan harian kita pada hari ini.. insyaAllah..

Suka saya nak tanya pada pembaca sekalian.. pernah tak bila kita keluar ke mana-mana kita melintasi

*Peminta sedekah
*Orang yang terjatuh kerana tergelincir dihadapan kita
*Orang yang barangnya terjatuh 
*Haiwan yang kelaparan dan lain-lain

Pasti terdetik dihati kita bahawa, mereka sedang diuji oleh Allah..

Tetapi berapa ramaikah setelah terpikir sebegitu kembali muhasabah diri bahawa apa yg berlaku di depan mata kita itu juga merupakan ujian daripada Allah untuk kita?

Boleh jadi Allah menguji kita dengan meletakkan insan2 yang dalam kesusahan di depan mata kita untuk melihat samada kita akan membantu atau berlalu pergi..

Jika kita melihat peminta sedekah, adakah kita akan mensyukuri nikmat Allah dengan memberi sedekah kepadanya? atau jika tidak mampu, kita menyedekahkan doa kebaikan kepadanya atau melihat dan berlalu pergi sebegitu sahaja..

tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan semua yang berlaku itu adalah dengan izin Allah..

maka, saya berharap agar kakak2, abang2, adik2 , kita sama-sama menghidupkan kembali budaya kasih sayang sesama kita walaupun kita tidak mengenali mereka.. selagi ianya dan mereka adalah makhluk yang bernyawa.. mempunyai jiwa.. mereka layak dikasihi.. mereka layak dihormati... mereka layak wujud dimuka bumi ini..

bukan apa.. saya rasa, kalian semua pun sedar yang masyarakat kita sekarang penuh kebencian.. ada sahaja issue yang memecahbelah kan kita...

walaupun manusia zaman sekarang ni cukup menyakitkan hati.. sabarlah sikit jeee lagi.. kiamat itu pasti.. dan pengakhiran itu tak lama je lagi.. semoga Allah selamatkan kita dunia & akhirat... insyaAllah..


Friday, 8 August 2014

Abah tak pernah berkira

Assalamualaikum.. tiba-tiba teringatkan abah saya..

Walaupun hari-hari jumpa abah sbb masih duduk serumah dengan keluarga..
Abah saya merupakan anugerah terbaik saya pernah terima..

Saya tidak pernah dijentik mahupun diherdik.

Apa yang saya mahukan akan abah cuba usahakan walaupun ketika itu abah tak mampu..

Dan saya masih kecil untuk mengerti kekangan hidup.

Pernah saya lahirkan hasrat nak menunggang kuda..

Tapi manalah abah mampu ketika itu..

Abah suruh saya naik motor dan saya duduk diraga hadapan..

Abah bawa saya melalui jalan yang berbonggol2 dan berlubang2 agar saya dapat merasai seolah2 saya sedang menunggang kuda..

Semakin kuat hentakan.. semakin kuat saya ketawa dan abah turut gembira..

Tanpa saya ketahui ketika itu, bahawa tayar motor akan rosak. 

Saya terlalu kecil untuk mengerti tetapi abah tak pernah merungut apa-apa..

Sehinggakan aktiviti merosakkan tayar motor tu menjadi rutin mingguan saya.

Apabila saya sudah dewasa.. kini sudah dewasa..

Bila abah memandu kereta Myvi Putih kakak saya…

Kadangkala abah tak perasan dan tak sempat mengelak lubang yang berada dihadapan lalu mengakibatkan hentakan yang kuat.

Terus saya merungut dan menegur abah kerana khuatir tayar kereta rosak.

Dulu abah tak berkira sikit pun untuk anak2nya.. teruknya saya untuk berkira2 dgn abah.

Astagfirullah al azim.. sedikit pun abah tak mengingatkan saya ttg kejadian tayar motor dulu..

Tetapi Allah memberi saya ingatan yang cukup baik untuk saya mengingati pengorbanan abah dulu..

Sedih dan kecewa dengan diri sendiri.. dulu, abah byk bersabar untuk anak-anaknya..

Kenapa kini saya terlalu mementingkan diri dan kurang sabar? Muhasabah diri semula..

Bila mengenangkan segala kenangan manis waktu kecil dulu , membuatkan diri ingin merubah dan menjadi anak yang terbaik untuk abah..

Adik sayang abah sangat.. abah adalah abah yang terbaik..


Terima kasih Allah.. 

Thursday, 7 August 2014

Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya

Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia..

Statement dibawah adalah copy paste daripada facebook sahabat.

Untuk peringatan kita semua..

[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]

Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.

7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.



Monday, 4 August 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum Semua dan Selamat Hari Raya dan Selamat Kembali Berkerja kepada yang dah kehabisan cuti~~~

Syok tak raya korang? Mestilah syok kan sebab dapat meluangkan masa dan melepaskan rindu bersama ahli keluarga tercinta..

walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang luar biasa !! 

kalau orang KL mmg xde hal lah nak menempuh jem ni sebab setiap hari jem di KL.

dah dilatih secukup2nya untuk menempuh jem balik ke kampung halaman tercinta..

dengar kata, lebuhraya selatan tidak mengalami kesesakan seteruk lebuhraya utara dan pantai timur?

saya sendiri bergerak daripada KL ke Kuala Kangsar, Perak pada jam 3.30 pagi dan tiba ke destinasi pada jam lebih kurang 11 pagi.. 7 jam kot! perjalanan yg selama ni hanya memakan masa 3 jam..

Tapi, tak boleh lawan kawan2 saya yang lebih kesian.. 



Sabarlah kawan2 ku sayang.. tahun depan mesti kene redah lagi..

disini sy nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua rakan blogger andai kata post2 saya ada yg mengundang hati terluka..