Assalamualaikum semua~~
ada pecinta kucing tak kat sini?
saya nak berkongsi ttg kucing saya yang paling bongsu bernama Hana~
alhamdulillah.. saya dah jaga dia sejak bulan 12 tahun lepas..
masa memula saya jumpa dia, dia baby lagi... kecik sangat masa tu macam baru lahir 3 minggu.
dia tersepit kat celah longkang .. jenuh cari ibu dia.. tak jumpa2.. so decide bawak balik and bela..
sekarang ni dia lah buah hati intan payung manja saya..
jom saya belanja FOTOGEDIK si Hana ni..
Bagaimana dengan u olls~ ada pengalaman menyelamatkan si comel tak? sudi2kan berkongsi cerita dengan saya~~ hehehe
nuff said
Monday, 18 August 2014
Kata-Kata Motivasi daripada Pahrol M Juoi
Assalamualaikum dan selamat pagi semua~
Mari kenali sumber inspirasi saya yakni penulis kegemaran saya iaitu Pahrol Mohd Juoi.
Penulisan beliau yang sangat simple dan mendalam sesungguhnya memikat hati saya.
Bukan penulisannya sahaja yang memikat hati ini malah kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh beliau juga sangat menyenangkan untuk dikongsikan bersama-sama masyarakat.
Saya suka dengan penulisan beliau yang penuh dengan kata-kata nasihat. Takde sedikit pun yang mencela mahupun menyindir mana-mana pihak.. Kata2 nasihat dan dakwah yang disampaikan oleh beliau penuh dengan kasih sayang dan kelembutan.
Ok.. here goes~

- Pahrol Mohamad Juoi
- dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961.
- bergiat dalam bidang penulisan dan dakwah since 1985
- merupakan salah seorang penulis lyric lagu-lagu nasyid Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi.
- Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
- Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan.
- Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini,
- Beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.
Dan diantara kata-kata motivasi / nasihat oleh beliau yang saya suka adalah :-
- Kadangkala bersedih dengan kesusahan orang lain lebih mudah daripada merasa gembira dengan kesenangan orang lain.Untuk simpati mudah, untuk tidak hasad payah.
- Kerap dipesankan jangan membenci pendosa tetapi bencilah dosanya. Begitulah juga apabila diri kita sendiri berdosa, bencilah dosa kita tetapi jangan sekali-kali membenci diri sendiri. Tetaplah sayangkan diri kerana itulah bekalan untuk bertaubat. Membenci diri sendiri hanya akan menjerumuskan kita ke lembah kecewa dan putus asa...Ya Allah kami sedang belajar untuk mencintai Mu, walaupun cinta itu sering terganggu. Ya Allah, didik dan bantulah hati kami untuk mudah ingat kepadaMu. Amin.
- Ramai yang meninggalkan kebenaran bukan kerana tidak yakin akan kebenaran itu tetapi kerana tidak sabar menunggu kebenaran itu mencapai kemenangan....Biar tidak menang asal tetap benar. Kerana kebenaran itu adakalanya kalah di dunia tetapi tetap menang di akhirat.Akhirat bukan tempat pulang orang yang kecewa tetapi di sanalah tempat berehat orang yang tegar dalam berjuang. Tidak percaya? Lihat pada Rasul-Rasul yang dibunuh, Sumaiyah dan Yasir yang terkorban... dan deretan 'unsung hero' yang syahid sepanjang jalan jihad ini.
- Aku bertanya kepada guru ku, "mengapa aku lihat ada orang miskin yang lebih pemurah daripada orang yang kaya?"Guru ku menjawab, "... kerana keupayaan memberi itu ditentukan oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta."
dan banyak lagi~
perkongsian beliau boleh diikuti di laman facebook dengan tekan SINI
Thanks for reading~
Friday, 15 August 2014
Siapa Pernah Main Dengan Berudu?
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..
Siapa sini pernah main anak katak a.k.a berudu?
Pernah?? seeppp skett~~
dulu masa saya kecik, mmg saya suka pergi kat longkang and main dgn berudu2 ni..
mama n abah pun x pernah larang, asalkan lepas main kena basuh tangan bersih2.
ntah apa yang best main berudu ni,, dulu berani yang amat..
dah besar ni jadi penggeli pulak..
huhu

Wednesday, 13 August 2014
Bagaimana Nak Berdepan Dengan Orang Yang Berpenyakit Hati?
Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
saya tahu hari ini suppose "Wordless Wednesday" tetapi izinkan saya untuk berkongsi rasa dan meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya ni.
Rasa sakit hati, kecewa, sedih, marah membuak2 dalam diri ini.. Saya sangat memerlukan kata-kata penguat and semangat daripada kalian semua..
Seperti ada yang sedia maklum yang saya sekarang bekerja di syarikat lama saya kembali setelah bos setuju untuk counter offer.
Semasa saya berkerja disini dahulu, saya sangat rapat dengan 2 orang staff bernama Joyah dan Meknah (bukan nama sebenar) . Kami sangat rapat dan selalu berkongsi cerita sama-sama. sehinggalah beberapa hari sebelum saya berhenti kerja, saya dapat tahu bahawa Joyah dan Meknah pernah beberapa kali mengutuk saya.
Apabila saya tanya pada Meknah, dia mengaku manakala Joyah mengambil keputusan untuk terus berdiam diri dan tidak menegur saya hinggalah hari terakhir saya bekerja disana.
Sudah 3 tahun berlalu , dan 3 bulan lepas saya join kembali syarikat ini.
Apabila kali pertama saya menemui mereka, saya senyum pada Meknah dan Joyah, tetapi hanya Meknah yang membalas senyuman itu. Saya faham bahawa Joyah belum let go lagi hal yang dulu. Tetapi macam tak masuk akal kenapa Joyah yang perlu terasa hati sedangkan saya yang patut rasa sebegitu kerana saya yang dikutuk belakang - belakang.
Pernah beberapa kali atas urusan kerja, saya perlu bercakap dengan Joyah, tanpa dia membuat eye contact dengan saya, dia menjawab soalan-soalan saya yg berunsur kerja itu. Mana-mana manusia pun kalau tahu yang orang layan kita macam endah tak endah mesti dah takde hati untuk bercakap betul tak? Maka, begitulah saya, saya pun dah takde hati dan tawar hati. saya pulak yang macam terhegeh2 nak bercakap dengan dia sedangkan dia sebaliknya.
Baru-baru ini kami malay staff decide untuk buat makan-makan hari raya demi menjamu kawan-kawan yang non-muslim . Mmg tradisi disini setiap tahun pasti akan dilakukan. Yang mengetuai open house raya ini adalah salah seorang staff lama bernama Teeja (bukan nama sebenar).
Teeja dan beberapa staff melayu yang lain bercadang untuk memanggil caterer instead of buat portluck kerana menjimatkan masa dan tenaga. Dan according to Teeja semua dah agreed cuma perlu cari masa yang sesuai sahaja.
So, saya tanya pada bos samada bila dia mahu adakan open house tersebut dan bos insist untuk buat esok.
kerana minggu depan bos-bos yg lain outstation sampai akhir bulan.
Sepatutnya tiada issue jika semua dah setuju, kerana kami hanya perlu membayar sahaja dan caterer yang akan menguruskan semuanya. Dan apabila Teeja meminta tolong saya mengutip duit drpd Meknah dan Joyah, Joyah terlebih dahulu sudah bising-bising dengan staff-staff melayu lelaki di office ini.
dan saya dengar dengan jelas "mereka tak berbincang dengan kita" "mereka berbincang ber2-2 je" "mereka berpuak-puak" "ada office manager mcm xde office manager" bla bla bla everything yang not nice to say lah.
sejujurnya saya terasa dan ada saya luahkan dengan kuat supaya Joyah dengar, saya katakan "bukankah awak dan abang-abang semua dah setuju dengan Teeja? kenapa baru hari ini komplen semua? "
mereka terdiam.
saya tidak mahu jadi seperti diri saya yg dahulu, yang cepat melenting.
saya taknak bergaduh hal-hal remeh mcm ni.
kisah yang dulu pun saya dah maafkan dan tuduhan yg baru dilemparkan tadi saya harus cari kekuatan untuk memaafkan dan melupakan.
apalah yang Joyah tak puas hati sangat dengan saya.. pernah saya rasa macam nak face to face..
tetapi mengenangkan saya kenal dia mcm mana ketika kami rapat dulu membuatkan saya batalkan niat saya.
stress nye!!

Tuesday, 12 August 2014
Ujian Untuk Mereka atau Ujian Untuk Kita?
Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangan semua..
saya mendoakan agar kalian semua diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan harian kita pada hari ini.. insyaAllah..
Suka saya nak tanya pada pembaca sekalian.. pernah tak bila kita keluar ke mana-mana kita melintasi
*Peminta sedekah
*Orang yang terjatuh kerana tergelincir dihadapan kita
*Orang yang barangnya terjatuh
*Haiwan yang kelaparan dan lain-lain
Pasti terdetik dihati kita bahawa, mereka sedang diuji oleh Allah..
Tetapi berapa ramaikah setelah terpikir sebegitu kembali muhasabah diri bahawa apa yg berlaku di depan mata kita itu juga merupakan ujian daripada Allah untuk kita?
Boleh jadi Allah menguji kita dengan meletakkan insan2 yang dalam kesusahan di depan mata kita untuk melihat samada kita akan membantu atau berlalu pergi..
Jika kita melihat peminta sedekah, adakah kita akan mensyukuri nikmat Allah dengan memberi sedekah kepadanya? atau jika tidak mampu, kita menyedekahkan doa kebaikan kepadanya atau melihat dan berlalu pergi sebegitu sahaja..
tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan semua yang berlaku itu adalah dengan izin Allah..
maka, saya berharap agar kakak2, abang2, adik2 , kita sama-sama menghidupkan kembali budaya kasih sayang sesama kita walaupun kita tidak mengenali mereka.. selagi ianya dan mereka adalah makhluk yang bernyawa.. mempunyai jiwa.. mereka layak dikasihi.. mereka layak dihormati... mereka layak wujud dimuka bumi ini..
bukan apa.. saya rasa, kalian semua pun sedar yang masyarakat kita sekarang penuh kebencian.. ada sahaja issue yang memecahbelah kan kita...
walaupun manusia zaman sekarang ni cukup menyakitkan hati.. sabarlah sikit jeee lagi.. kiamat itu pasti.. dan pengakhiran itu tak lama je lagi.. semoga Allah selamatkan kita dunia & akhirat... insyaAllah..

Subscribe to:
Posts (Atom)