nuff said

Tuesday, 9 September 2014

Food Review - Barn Thai Restaurant Plaza33 , PJ

Assalamualaikum semua dan selamat pagi~

agak lama x update blog and jenjalan ke blog kawan2..

kalau sehari tak sempat nak update, nak dapatkan semula momentum menghapdet teramat payah.

Ok.. hari ni saya nak berkongsi ceritera khamis yang lalu dimana bos saya belanja semua staff nya makan di sebuah salah satu restaurant miliknya yang terletak di Plaza 33, Petaling Jaya.

Nama restaurant tersebut adalah Barn Thai yang bermaksud House of Thai.

Actually nama penuh restaurant ini adalah Barn Thai Restaurant & Bar.

Tapi apabila kita tiba disana, seperti 2 kedai yg berbeza kerana bahagian restaurant dan bar terpisah.

dan restaurant tersebut menyajikan makanan yang halal..

overall, makanan dia mmg sedap yang amat .. dan saya bernasib teramat baik kerana duduk berdepan dgn bos, maka apabila pinggan saya kosong je, dia akan isi makanan.. adoyy kenyang ok..

berikut adalah diantara hidangan makanan yang kami makan dan juga permandangan di restaurant tersebut... enjoy~ heeee

Pintu Masuk Ke Restaurant Tersebut



Welcome~




Appetizer - Salad Ayam 
Diantara hidangan yang dijamukan kepada kami


Beginilah rupa restaurant nya

Tandas Wanita.. cantik kan~~~

Harga pula ok lah.. berpatutan.. takdelah mahal sangat.. lebih kurang harga kat TGIF, CHILLIS , SECRET RESEPI .. MADAM KWAN ^___^
so, sesiapa yang berminat untuk menjamu selera di sini, sila ke alamat berikut
PLAZA 33
Jalan Semangat, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor



Wednesday, 3 September 2014

WW : Nak kene tembak?

Kalau hari2 org tanya soalan yg sama
mmg mcm ni lah perasaannya

Monday, 25 August 2014

Apabila adik sendiri jadi mangsa buli, what should i do?


Assalamualaikum kepada semua blogger..

Orang kata, hari Isnin sebagai hari permulaan bagi minggu ni biarlah bermula dengan baik, betul tak?

tetapi hari ni saya sangat sedih dan kecewa kerana saya tak tahu sampai bila saya boleh bersabar dengan hal yang menimpa adik perempuan saya Nur Deenee Adreana Binti Muhammaf Faiz Iskandar Lee.

bagi yang baru mengenali saya, deenee adalah adik kandung saya hasil perkahwinan mama saya dengan bapa tiri saya yang berbangsa cina.

walaupun berlainan bapa, tetapi ikatan adik beradik antara deenee dengan saya, kakak saya dan adik lelaki saya , kami sangat rapat. 

Deenee merupakan seorang pelajar di SK Cina yang terletak di Sentul , KL. Dan dia mengalami kesukaran dengan kawan2nya yang berbangsa melayu. Sering kali Deenee dilemparkan dengan kata2 yang kesat dan berbaur perkauman oleh kawan2nya since darjah 1 dan kini sudah darjah 5. Pernah juga makanannya diludah oleh salah seorang drpd mereka.

kami sentiasa menasihati deenee supaya bersabar dan jangan melawan balik. Pernah sahaja diadukan kepada guru, tetapi nampak macam takde apa-apa tindakan pun yg dikenakan oleh pihak sekolah kepada pembuli-pembuli ini. Dan sampai bila saya mampu bersabar? dan jika mak bapak bebudak ni anti sangat dengan cina kenapa dimasukkan ke sekolah cina???

Takkan nak tunggu buli yang melibatkan fizikal baru nak amek tindakan? Buli fizikal bermula dengan buli mental.. ejekan,, hinaan,, kejian dan macam2 lagi..

saya yakin, budak-budak sekecil mereka ini jadi macam ini kerana pengaruh keluarga..

please readers,, jika kita ada masalah dengan kaum lain,, jangan dipersalahkan satu kaum tersebut.. apakah melayu itu sangat mulia? apakah untuk memasuki syurga, melayu syaratnya? 

adik saya berbangsa cina kerana bapanya cina, tetapi dia dibesarkan oleh kami yang melayu ni dan yg paling penting, Islam agamanya. Islam itu milik semua.. bukan milik melayu semata-mata.

saya benci orang yang rasis.. kita hidup di Malaysia dengan berbilang bangsa.. so, we have to deal with it and for God sake just accept it!

berikut adalah antara printscreen di FB mesej adik saya.. ada byk lagi yg saya sengaja tidak mahu kongsikan dahulu, kerana mama saya sudah menegur mereka dan jika mereka ganggu adik saya lagi, kami akan maklumkan kepada keluarga mereka, guru besar dan juga polis untuk tindakan yang lebih tegas.

SAY NO TO RACISM AT ANY AGE AND AT ANY TIME.

latest insiden, perkhemahan uniform anjuran pihak sekolah. adik saya ditempatkan satu khemah dengan pelajar cina. dan hal ini dijadikan issue oleh melayu akal pendek ni untuk mengeji adik saya.


Deenee sayang, dont you worry,, i will always be there for you to support you and protect you from any harm.. i love you my dear sister..







Friday, 22 August 2014

Malaysia Berkabung

Assalamualaikum dan Salam Takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17.

Duta-Duta Antarabangsa Yang Turut Hadir untuk Menyambut Jenazah-Jenazah Mangsa

Kapal Terbang Yang Membawa Jenazah-Jenazah Mangsa

Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi, Sharifah Asma’a Syed Alwi Al Junied kelihatan bersama-sama anakanda beliau. Semoga beliau tabah dan sabar menerima dugaan ini

Juruterbang yang bertanggungjawab membawa pulang jenazah-jenazah mangsa MH17