nuff said

Thursday, 30 May 2013

cats are crazy, we still love them tho

ever been in the same situation before?

cats lover will get it.







Tuesday, 28 May 2013

Kehidupan Sosial ku


Aku  dan kawan2 aku mmg sangat susah nak spend time sama2. Walaupun kami jumpa hamper setiap minggu, tapi itu semua work related. Sukar untuk kami luangkan masa buat sesuatu yang menyeronokan selain daripada activity di kem. Bila keluar bersama2, inilah masanya kami nk melaram. Kalau kat kem, dengan x make up nyer. Pakaian pun tshirt and tracksuit. Sangat tak menyelerakan. Dah berapa kali kami rancang untuk ke ICT & Bukit Cerakah. 

Nampaknya plan 2 tahun lepas jadi kenyataan pada tahun ini.

Alhamdulillah.

Khamis, 23 May 2013




Waktu siangnya masing2 bekerja. Selesai waktu kerja, aku & anis tunggu Nurul di leisure mall.

Nurul cyg sudi menggunakan keretanya untuk jadi kuda kami untuk outing kali ni. Al maklumlah
Kereta ain kecik dekat workshop. Selepas Nurul pick up aku dan anis, kami ke Subang jaya untuk jemput
Ain kecik pulak & terus menuju ke rumah kak june di Klang.

Setibanya kami dirumah kak june, alhamdullilah kami dihidangkan dengan makan malam
Yang sangat lazat & menyelerakan. Pandai Kak june masak. Ikan siakap 3 rasa, kalian ikan masin,
Tomyam seafood and air ribena. Perrgghh.. sodap!!


Selesai solat isyak & makan malam , kami terus ke ICT. Ini merupakan pengalaman pertama aku, kak june , Nurul & anis. Memandangkan ain kecik dah berjuta kali jadi pengunjung setia ICT, dialah jadi tourguide kami.



Memang lah jakun, sebab hiasan lampunya sangat la cantik & muzium seni yang sangat
Unik & awesome.
Selesai huha huha huha..kami pun balik. Dan semua tidur dengan sangat lena diruang tamu rumah
Kak june. Tuan rumah pun tidur kat ruang tamu tau. Terbaek~!

Friday, 24 May 2013 (Wesak day- public holiday)

Bangun seawal 6.30 pagi. Solat subuh dan breakfast. Breakfast pun disediakan oleh
Tuan rumah. Nasi goreng. Yummy.. sedap btol.. serius amazed bcoz kak june pandai masak.
Selesai breakfast, buat senaman ringan. Hahaha gwiyomi dan ayumi~~!!! Adoyayyyy lawak bebenor.

Ada buat rakaman tp sorry sket. Tidak akan diupload.

Kemudian, tanpa melengahkan masa kami gerak ke Bukit Cerakah. Pertama kali untuk aku, kak june & Nurul.  Sampai sahaja terus naik bas ronda2 sebab panjang sangat beratur untuk sewa basikal. Overall ok je lah. Bukit Cerakah ni tak jaga maintenance nyer. Semak, usang. 

Kesian plak aku tgk haiwan2 disana.
                                                                Better dilepaskan je kalau x mampu nk jaga.



Kemudian kami terus ke Kapar. Melawat mak budak. Noni dan akasya yang comel..

Akasya dah besar & putih. Terserlah kecomelan dia yang melampau. Stay kat umah noni x lama.

Adalah dalam 30min je. Pastuh kami beli lunch & makan di rumah kak june.
Rehat2. Baring2. Solat. & masing2 balik ke rumah masing2 untuk urusan peribadi masing2.
Mmg best best sgt. InsyaAllah. Akan plan next outing.

Monday, 27 May 2013

sejak dua menjak ni


Assalamualaikum & selamat hari Isnin.

Moga2 kita semua dibawah lindungan Allah dan sihat sejahtera selalu..

Lately ni aku rasa sangat down. 

Dari segi kehidupan, kewangan , keluarga & kesihatan.

Kehidupan aku skang ni not much different daripada sebelum-sebelum ni. Tiap2 hari pergi keje, balik keje prepare dinner for family and play with my cats. Weekend masuk kem & laksanakan tanggungjawab yg diberikan. Kalau xde kem, aku akan ke rumah mama di selayang & spend time there with mama & my sister. Aku dah lama sangat tak jumpa bf aku yang jauh di Kelantan. Rasa bosan dah menebal dalam jiwa.
Kata2 romantis yang dia ungkapkan di sms, langsung x membuatkan hati aku berbunga.
Mmg terdetik rasa rindu pada dia, tapi rasa bosan & jemu lebih menebal & aku risau jika nanti takde apa2 rasa untuk dia lagi.

Di usia aku yang 26tahun ni, soalan yang femes adalah “bila nak kawen?”
Rasa nak bagi penampar free je pada sesiapa yang menanyakan hal tersebut.
Abah & mama pun x bising. Tapi hakikatnya aku tahu mama & abah pasti teringin
Melihat anak dara mereka ini disunting orang.

Bukan aku xnak kawen. Jika aku dilahirkan dalam keluarga yang berharta,
Rasanya pasti aku sudah beranak pinak. Tetapi aku sedar kedudukan kewangan
Keluarga. Jadi aku perlu mengumpul wang dahulu. Kalau ikutkan hati aku nikah je. Setel!

Tapi aku xnak hampakan mama & abah. Mereka pasti mahu buat kenduri & menjemput rakan2 mereka.
Jadi, mama & abah perlu sabar lama sikit untuk anak mereka ini mengumpul duit.

Alangkah indah jika bakal suami aku ni orang kaya. So dia boleh support 100% perbelanjaan.
Tapi aku pun xtau bf aku punya kewangan mcm ne. & even aku sendiri x yakin samada aku akan kawen ngan dia ke x. aku dh x yakin dgn apa2 lagi.

Kewangan. Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah limpahkan pada aku.  Semuanya cukup untuk kami Sekeluarga. Aku mengaku aku belum kawen. Tapi kenapa ramai suke sgt ckp “Ain senanglah.. duit masuk perut sendiri sebab masih xde komitmen..” nak je aku jerit kuat2 kepalahotak kaw!!! Tapi aku sebut dalam hati je.. hehe.. aku ada byk komitmen.. dengan gaji aku ni lah aku membayar sewa rumah, wang belanja dapur, wang belanja abah & mama & segala bil2 yang lain dengan bantuan kakak. Aku bukan jenis kaki enjoy menghabiskan duit dgn shopping ke ape. So, just because im young, it doesn’t mean aku lepas tangan.  Apa sahaja yg aku nak, aku usaha sendiri untuk mendapatkannya.. tidak sesekali meminta pada kedua ibubapa aku.

Aku tak tahulah samada ini mmg kenyataan atau psychology sahaja. Aku dah bosan dgn keje aku.
Tiap2 kali nk g keje. Berat je kaki ni nak  melangkah. Bila co-workers aku membebel pasal keje. Sesekali
Merimaskan gak hati ni. Aku asyik naik angin & rasa nak marah. Tp aku tahankan juga dengan hanya mendiamkan diri.  Mmg terlintas dihati nak cari je keje lain.. tp aku x mampu skang ni.. aku perlu byk cuti untuk digunakan meneman abah untuk medical check up. Jika aku bekerja di tempat baru, at least 3 bulan aku kene kerja direct sebelum entitle untuk cuti. Jadi , aku tangguh kan dulu niat aku ni. insyaAllah sampai ke tahun hadapan.

Bila asyik merungut. Now I think i know, I hv to do something with my life. I need to!!

Wednesday, 22 May 2013

Masuk Syurga Tanpa dihisab


Masuk Syurga Tanpa dihisab



Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.

*Sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.