nuff said

Thursday, 13 February 2014

Lelaki Tak Guna




oooppsss.. jangan marah baca tajuk entri tersebut~~



dengar dulu penjelasan saya ok..



ooppss   oooppss... Assalamualaikum semua .. senyum sikit.. ^___^



Layan la plak lagu Yuna bertajuk “Lelaki” . 



Lelaki by Yuna



Kau fikir kau siapa

cinta ini kau buang saja

ku tak perlukan memori

dan kau tak perlu kembali



kau fikir ku apa

siang malam engkau yang punya

kau datang dan kau pergi

kau buat aku begini

oh lelaki tak guna

ku berikan semua



Banggakah dirimu

kekasihmu sahabatku

rupanya selama ini

dia menaruh hati



kadang kala aku terfikir

kau berikanya janji yang sama

engkau katakan padaku oh

sepuluh tahun yang lalu

oh lelaki tak guna

ku berikan semua



ini rupanya kau balas kembali

semuanya yang ku beri

tak pernah mencukupi

kau bukan lagi yang aku kenali

perempuan sepertiku tak ingin bersamamu

dahulu kau bukan begini

kau hancurkan hati

ku yakin dahulu kau bukan

lelaki tak guna

ku berikan semua



credit to : Lanabusybee for lyric





Memang benar sangat yang teramat lagu ni.



Sebab apa yg Yuna sampaikan mmg pernah berlaku pada sy.



Semasa sy di kolej dulu, sy bercinta dengan seorang lelaki bernama Alexander (bukan nama sebenar, pilih nama glamor sket. Uhukss..) 



Alex seorang yang handsome, pandai petik gitar, suara sedap, mmg cukup lengkap la package yang membuatkan sy jatuh hati kat dia.



Mana tak angau bangau, hampir setiap malam dia nyanyi untuk sy.. Alex ni jugak rapat dan kenal ngan kekawan sy.. pernah hang out sesame.. & salah seorang kawan pompuan sy ni namanya Emily (bukan nama sebenar) . 



Emily ni mmg rapat la ngan sy.. mana2 sy pergi, kat situ ada Emily.. & pendek citer antara sy ngan Emily mmg xde rahsia. So segala hal sy ngan Alex, Emily tahu.


& bila sy gaduh ngan Alex, Emily lah yg jd orang tengah untuk merapatkan kami semula..


tapi lelama sy mcm pelik plak. Sebab Emily dengan selamba badaknya confessed kat sy “Ain~~ tau x semalam kita gayut ngan sape? Dgn Alex… dia call Emily semalam borak2” .. 

masa tu sy mcm terkejut tp muka sy x menunjukkan sebarang reaksi.. nak je sy tanya si Emily ni.. ko tau x Alex tu pakwe aku…? Tp xkan lah ko tak tahu kan.. so sy diam kan saje..  


Makin lama makin rapat plak si Alex dan Emily ni.. pernah sy saje je kutuk Emily pada Alex. Saja nak tgk respond jantan tak guna tu.. & wow~!!! 

Bukan main marahnyerrrr si Alex bila sy ngata si Emily.. padahal yang berkawan ngan Emily tu sy.. bukan dia.. kami pun berpisah.. & kami berpisah bukan kerana Emily.. tapi kerana issue lain.. tp kes Emily ni ada tempias sikit2 lah yg menjadi penyebab.



So… sy masih berkawan rapat ngan Emily.. dan ada seorang lelaki yang bernama Jason (Bukan nama sebenar jugak) tangkap syok kat sy.. Tapi si Jason ni masalahnyer gelojoh sangat. Nak terus couple.

sy cakap la.. slow sket.. jgn gopoh.. kita kawan dulu.. tapi sy x kenan la si Jason ni walaupun dia handsome.. sebab dia tau dia handsome.. x perlu kot nak ingatkan sy.. mcm poyo plak.



bila sy umumkan sy tak boleh bagi peluang pada Jason. Tup tup tup.. dapat tau citer Emily dah couple ngan Jason.. 



eeewwww… pelik sy ngan Emily ni.. dia sanggup bersama dgn bekas buangan kawan dia sendiri.. selama Jason dok ngorat sy, si Emily ni ngorat Jason.. 



perghhh..



sy masa tu mmg dh tawar hati ngan Emily.. bukan sy jeles.. sbb sy pun xnak si Jason.


Tp kenapa semua sy punya, dia pun nak.. ?? Alex, Jason???  



So sejak hari tersebut sy kurang lepak ngan Emily.. jumpa2 gitu je.. cakap2 gitu je.. no more considered her as my bestfriend..



mmg wujud manusia mcm ni.. bukan dalam drama TV Teduhan kasih je.. bila sy dgr lagu Yuna ni..



Mmg membawa sy semula ke zaman silam..


Lagu ni mmg sedap & unik. Enjoy~~

Wednesday, 12 February 2014

Tuesday, 11 February 2014

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG


Bismillahirahmanirahim~

my 1st try out giveaway~

jom join.. mana tau gelang yg cantik ni milik u all..




Special Post - Happy Birthday Nur Hidayah

Special post for my dearest Nur Hidayah Baharudin..

Happy Birthday and may all your wishes come true..

sambutan hari jadi disambut di The Mines, bowling alley.

kami hadiahkannya sepasang telekung lycra berwarna pink.

pnah dia kata dia xde telekung, sbb telekung koyak. so kalau solat dia pakai stokin n sarung telekung sahaja.

and kami hadiahkannya telekung warna pink supaya dia ni keperempuanan sikit.. dia ni sgt boyish n lasak.





Sunday, 9 February 2014

Kalau pernah, give 5ive~!!



Assalamualaikum wbt..
 
Pernah tak orang tegur korang kelihatan lebih muda daripada usia?

Kalau pernah, give me 5ive~~!!! Haha..


Bila perkara ni terjadi pada diri sendiri, secara tak langsung rasa sangat bangga & blush.. & kesan sampingannya adalah pada kawan2 kita yang berada disebelah.. masing2 buat muka “ohh pleasee~~~”


Tujuan sy story pasal ni sebab sy ada terbaca artikel drpd salah satu blogger yang sy follow.


Katanya, dia pun org ingat budak lagi sedangkan hakikat hanya Allah je yg tahu. Huhu
 
So, sy pun nak share perkara yang sama juga…  enjoysss being annoyed ok.


Mid Valley

Masa tu umur sy 20 tahun. sy beli tiket wayang citer lawan2. & cashier tu cakap “maaf dik, bawah 18tahun x lepas ye” .. I was like.. “ohh ok.. sy dh cukup umur..” and cashier tu buat muka surprised and attend permintaan sy..


Ejejejejeje… sonok nyer perasaan tu.

Teksi , Setapak to Selayang


Masa tu nak balik umah mama kat Selayang. Malam around 9pm mcm tu. Dalam teksi pakcik tu sound sy.


Pakcik : kamu kuar malam2 ni, mak x marah ke?


Saya : hmm.. mak dah izinkan.
 

Pakcik : abis tu kamu tak sekolah esok?


Saya : tak, sebab saya dh keje.


Pakcik : hahh!! Brp umur kamu?


Saya : saya 22thn pakcik.


Pakcik : aku ingat ko baya anak aku.. 14tahun. Ni mesti selalu buat solat tahajud. Sebab petua nk awet muda, tahajud.


dalam hati sy, tahajud??? Wow.. hahahahaha.. bercahaya sangat ke muka sy ni.. keh keh keh

Balik Kampung


Tiap2 kali jumpa sedara jauh even until now mesti Tanya sy sekolah mana.. bila sy kata dh keje and sebut umur skang masing2 buat muka “for real???” 


Sorry la buat you all termuntah..


Apa2 pun sy bersyukur ke hadrat Allah diatas pemberian ini.. 

Alhamdulillah~


Macam mana dengan korang? Mesti ada pengalaman ditegur muda daripada usia sebenar atau sebaliknya.. 

Jom kongsi pengalaman.. ^__^