nuff said

Monday, 14 April 2014

SMK Bandar Rinching Kem Motivasi Mutiara Gemilang 2014


Bismillahirahmanirrahim~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Semoga kita semua dalam kesihatan yang baik dan mood kerja yang baik..

Pada 11-13 April 2014 yang lepas, diuruskan oleh Al Badru Training , bertempat di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat telah berlangsungnya Kem Motivasi Mutiara Gemilang untuk pelajar-pelajar istimewa yang terpilih daripada kalangan pelajar Tingkatan 5 , SMK Bandar Rinching.

Istimewa yang saya maksudkan bukanlah mereka daripada golongan yang berkelainan upaya. Tetapi istimewa yang saya maksudkan adalah mereka adalah golongan pelajar yang boleh dikatakan daripada latar belakang keluarga yang “bermasalah” dan pelajaran yang “bermasalah” tetapi berjaya mencuri hati kering saya ni.. betapa istimewanya mereka.

Seramai 80 orang peserta dan dibahagikan kepada 8 kumpulan dan saya selaku fasilitator bertugas diamanahkan untuk membimbing adik2 daripada kumpulan 3 yang dianggotai oleh Hakim, Faiz, Nurhan, Aril, Zaim, Syamil, Syazmir, Saufi dan Irfan.

Dan dalam ramai-ramai tu yang paling dekat dihati saya adalah Hakim dan Aril.

Pada hari pertama (jumaat) , Hakim sudah menunjukkan sikap yang tidak baik dan benar-benar menguji kesabaran saya. Bayangkan ketika aktiviti masih dijalankan, Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan dewan untuk masuk ke bilik dan tidur. Bukan itu sahaja, ketika latihan dalam kumpulan, dia tidak menumpukan perhatian dan langsung tidak menunjukkan minat.

Manakala Aril pula berbeza, dia tidaklah ketahap keterlaluan spt Hakim. Aril lebih pendiam dan katanya dia seorang yang sangat panas baran.. I can see that from his face. Kening tebal and muka bengis. Duly noted on that. Seolah2 memberi amaran kpd ku. (like I care)

Keesokan harinya, apabila melihat sikap pelajar2 daripada kumpulan lain juga yang turut tidak memuaskan seperti tidak menepati masa, kurang ajar dan biadap akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan untuk “membasuh” mereka secara keras dan provokasi.

Kasut mereka dilempar ke bawah bukit (dewan kami atas bukit) , dan pertama kali mereka mendengar saya menjerit memarahi mereka. Saya meluahkan kesedihan + kekecewaan + ketidakpuasan hati saya kepada mereka.

Akhirnya mereka akur dan hanya mampu diam dan menundukkan kepala.

Setelah selesai saya “membasuh” mereka, sy kembali melembutkan suara.. kembali memujuk hati mereka yang keras itu untuk kembali kpd fitrah.. kembali kepada Allah swt.. dan akhirnya mereka mengerti apa yang sy sampaikan…

Semenjak daripada itu, mereka menunjuk perubahan sikap yang ketara.. terutama Hakim dan Aril.. mereka menjadi manusia yang sgt berbeza dgn apa yg sy perhatikan hari sebelumnya.

Kata-kata “terima kasih” “assalamualaikum kak” mudah mengalir drpd bibir mereka…

Mereka hanya mahukan perhatian.. mereka mahukan kasih sayang…

Pelajar nakal spt mereka.. pelajar kurang pandai spt mereka… siapa yg sayang?

Cikgu tak suka… kawan2 kelas pandai memandang hina… sbb itu mereka berkelakuan sedemikian..

Semakin mendekati mereka, semakin sy menyayangi mereka spt adik sy sendiri.

Tak ramai peserta2 yang hadir ke Kem selama ini mampu membuat hati saya begitu dekat dgn mereka..

Pada malam terakhir, saya memuji sikap2 adik2 drpd ahli kumpulan 3 dan personally memberi pendapat dan motivasi kpd mereka untuk mereka berjaya. Sy juga turut meminta maaf kpd mereka kerana menggunakan bahasa yg kasar ketika memarahi mereka dan mendenda mereka dgn melempar kasut dan denda fizikal yg lain.

Dan apabila sy memberi peluang kpd mereka untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka kpd saya.. ini jawapan Hakim :

“kak, kami semua dh berbincang tadi.. akak tak patut mintak maaf kpd kami.. sebenarnya kami yang ptut minta maaf pada akak.. kami tahu akak marah2 kami.. segala denda yg akak jatuhkan keatas kami.. itu semua salah kami.. dan kami yakin setiap nasihat akak tu pasti ada hikmahnya.. jadi.. terima kasih byk2 kak ain diatas segala2nya..”

Hati saya sgt tersentuh.. kata2 tersebut datang drpd pelajar yang sgt “bermasalah” “pemberontak” “panas baran” … mmg benar.. hati manusia itu milik Allah.. Allah bisa melembutkan hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA.

Kata-kata Hakim tersebut dipersetujui oleh ahli-ahli yang lain.

Dan Aril juga berulang-ulang kali memohon maaf kpd saya..

Pada hari ahad (semalam) … sebelum majlis penutup.. Aril berulang-ulang kali tanya saya “beg nak letak dimana” .. smpai penat sy nk jawab..dengan senyuman nakal nya saja mahu menyakat saya sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing..

Alhamdulillah.. kumpulan saya berjaya dinobatkan Kumpulan Terbaik.. kerana mereka komited dengan setiap aktiviti yg dijalankan dan menunjukkan disiplin yang baik..

Ketika Hakim mengambil hadiah , sempat dia memandang ke arah sy dan mengucapkan “terima kasih” daripada jauh… sy tersenyum smbil mengangguk..

Ketika kami mahu mengambil gambar kumpulan sbg kenangan, Aril hanya melihat daripada luar dewan .. I don’t know why dia macam nampak sedih.. maybe dia sedih nak balik dan takut untuk berhadapan dengan dunia nyata yang lebih ramai mencemuh drpd pemberi semangat. 


Hakim (baju hitam sebelah kanan saya)
Sy akan kenang adik2 ini dalam doa dan ingatan sy..

Pesanan sy kpd mereka pada hari pertama mereka tiba “untuk menjadi manusia berjaya, bermula dengan sikap.. ubah sikap kamu dulu, yang lain2 akan menyusul kemudian dengan mudahnya..”

Dan mereka pgg kata2 saya itu…

Mengapa saya katakan mereka sgt dekat dihati saya?

Kerana… mereka mengingatkan sy ttg diri saya ketika dahulu…

Thanks for reading…

Assalamualaikum…

Thursday, 10 April 2014

Kepochi di Pejabat


Assalamualaikum semua.. and selamat pagi..

Hari ni semua sihat ke? Sy kurang sihat hari ni. Badan terasa sengal2 dan asyik sedawa seolah2 nak muntah… malas nak pergi ke klinik, sy makan panadol actifast sahaja.

Untuk makluman semua, sy dah hantar notis 2 bulan kepada majikan yg sy kerja sekarang ni. Rezeki Allah nak bagi, office lama call untuk counter offer.

Ini bukanlah pertama kali mereka call sy untuk menjemput sy join kembali, tetapi dh beberapa kali.

Melihat kepada bos yg baik dan persekitaran kerja disana yg lebih mesra, sy membuat keputusan untuk menerimanya.

insyaAllah, awal june sy akan mula bertugas di firma lama.

Memula ada terfikir juga, betul ke tindakan yg sy ambil ni.

Bila direnungkan semula sikap pekerja2 disini, membuatkan sy lebih nekad untuk berhenti kerja.

Sy (HR) berkongsi bilik dengan Account Department. Dan didalam department HR hanya ada dua staff iaitu saya dan kak H.

Jadi, apabila sy menerima tawaran tersebut, sy maklumkan kepada kak H kerana atas dasar hormat dan supaya dia bersedia untuk take over kerja saya. Berita ini sy maklumkan kepadanya hari khamis yang lepas. Sy tak mahu kecoh2 lagi kerana sy planning untuk hantar surat pada hari isnin berikutnya.

Biarlah hantar surat dulu barulah inform kawan2 yg lain betul tak?

Tapi kak H ni, sy x faham dengan sikap dia. Sy minta dia rahsiakan dulu sebelum sy hantar surat. Tetapi dia dah bocorkan dengan kata-katanya yg seolah2 memberi hint kepada orang lain, seperti…

Perbualan telefon dengan staff lain “awak,, lepas ni bilik ni sunyilah.. saya dh takde kawan..”

“ain, awk senaraikan semua kerja yg awak buat , nanti sy nk jumpa bos untuk proses handover”

Jadi, bila dia ckp mcm tu, opkos la bebudak account ni dengar and dapat tangkap betul tak?

Bayangkan, pada hari jumaat hampir semua staff tahu sy akan berhenti sedangkan surat pun sy tak hantar lagi.

Sy seorang yg sgt outspoken, sy berani tegur org secara depan-depan selagi sy tahu sy tak salah.







 

Bila Agnes (account) tanya sy betul ke sy akan berhenti kerja. Didepan kak H sy katakan, betul dan office ni ada Kepochi kalah wartawan hiburan.

Kemudian Agnes mengakui yg dia mengetahui sy akan berhenti kerja dengan kata2 hint yg dikatakan oleh kak H.

Dan sy pun kata.. mmg sy tahu dtg drpd mulut kak H sebab kak H asyik cakap benda-benda yang hint. Mestilah orang dpt tangkap. Dan perbualan ini berlaku mmg didepan kak H.

Kak H hanya diam dan langsung tak mintak maaf.

Sy sangat pantang orang yg mcm ni.

Bila kita percayakan dia, tapi dia buat kita mcm ni. Sy pasti u all semua faham apa yg sy cuba sampaikan.

Surat belum diserahkan tetapi kemana saja sy pergi kat office ni orang dh sibuk tanya pasal perletakan jawatan saya.

Sy sgt tak suka dengan spesis Kepochi.. sbb tu dipejabat sy lebih suka diam and buat hal sendiri.

Orang akan kata sy sombong dan berlagak.

Sy sikit pun tak kisah dengan tanggapan tersebut kerana jadi sombong lebih baik drpd menjaja cerita orang kepada org lain.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati sy ni.

Assalamualaikum~

Tuesday, 8 April 2014

Bagaimana Tunjuk Kasih Sayang pada IbuBapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk menjadi hamba-NYA..

Tidak diri ini rela menjadi hamba org lain selain Allah swt.

Seperti yang ada sedia maklum, sy merupakan seorang jurulatih di kem motivasi Hulu Langat dan hampir setiap minggu ada aktiviti2 yang dijalankan bersama2 adik-adik peserta yg dtg drpd sekolah yg berbeza.

insyaAllah, minggu ni kene uruskan 3 sekolah… SMK Taman Rakan, SMK Semenyih and 1 lagi x ingat la..

aktiviti 3 hari 2 malam pasti akan diselitkan juga aktiviti kerohanian dan selalunya kami akan terapkan nilai kasih syg seorang anak kepada ibubapanya.

Dan rata-rata soalan yg sy kerap disoal adalah bagaimana caranya nak menunjukkan rasa kasih sayang pada ibubapa tanpa kata-kata.

Terutamanya pelajar lelaki, mereka kata berat mulut ni nak ucapkan sayang pd ibu dan bapa mereka. Bukan kerana tak sayang, tapi kerana malu. Saya faham perasaan mereka.

Maka, sy nak berkongsi beberapa tips on how nak tunjuk kasih sayang pd ibu bapa kita tanpa kata-kata..

insyaAllah… ibu bapa kita pasti akan sedari dan rasai kasih syg yg disampaikan melalui perbuatan tersebut.

Bismillahirahmanirrahim~

1. Bila mak/ayah tgh tgk TV, offer diri untuk urut mereka.. mereka pasti terkejut tapi dalam hati seronok tak terkata.. urutlah dgn penuh kasih syg.. insyaAllah sentuhan seorang anak itu dapat dirasai oleh mereka.

2. Sebelum keluar ke mana2, salam dan cium tangan mereka… cium tangan , bukan letak dahi pada tangan mereka.. ada beza tu k.. nak lebih uummppsss… cium dahi mak n ayah… insyaAllah.. bahagia hati ibubapa kita dan perjalanan kita ditemani oleh doa2 mereka..

3. Bila ayah/mak tgh lepak2 tgk TV ke, tgh baca surat khabar ke, offer diri untuk buatkan air minum pada mereka.. kalau mereka menolak, kata sahaja, kamu mmg nk buat air pun, alang2 tu boleh buat sekali.. kompem mereka takkan tolak.. sapa xnak minum air drpd hasil tangan anak sendiri.

4. Bila jalan2 tu jgn lah asyik beli brg untuk diri sendiri… duit tu pun sah sah drpd mak n ayah. Maka, x salah belikan juga barang untuk mereka.. samada barang atau makanan kegemaran mereka.. mereka mesti suka sbb kamu tak lupakan mereka ketika keluar berjimba dengan rakan-rakan.

5. Sebelum tidur, maklumkan pada ibubapa.. “mak ayah, along tidur dulu ye.. assalamualaikum” and terus masuk bilik… pasti ibu bapa kamu tersenyum sendiri dan mendoakan didalam hati agar kamu tidur dengan tenang dan lena.

6. Bila mereka ke kedai, offer diri untuk ikut.. bila ikut tu jgn lah ikut sahaja.. bantu mereka angkat barang2 yg mahu dibeli.. ringan mcm ne pun, jgn dibiarkan mereka yg angkat.. ringankanlah beban mereka sebaik mungkin.

7. Kalau mulut tu berat sgt nk ucap rasa kasih dan sayang… sms pun boleh.. sms je.. “mama, I love u” “abah, I love u” … pejam mata dan tekan send . awal2 mereka akan terkezut beruk.. apa mimpi anak aku ni.. tp dlm hati mereka subhanallah hanya Allah yang tahu.. dan kamu takkan tahu akan ada air mata kegembiraan yg mengalir dr pipi mereka sebelum tidur.
 
Itulah serba serbi tips yg sy berikan kpd adik2 peserta kem motivasi yg hadir ke kem saya.

Ada tambahan tak?

Thanks for reading ^___^

Assalamualaikum!

Monday, 7 April 2014

Tips Tukar Status Kawan kepada Kekasih


Assalamualaikum dan salam hari Isnin semua..

Alhamdulillah,, sihat sokmo hendaknya kepada semua readers..

Minggu ni selesai Kem Perkhemahan Puteri Islam Negeri Selangor bermula Jumaat, 4 April 2014 hingga ahad, 6 April 2014 yang berlangsung di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat.

Seramai 470 orang peserta yang datang daripada pelbagai peringkat daerah sekolah rendah dan menengah.. Alhamdulillah.. selesai dengan jayanya..

Hari tu, ain bagi tips-tips tanda2 perlu putus dengan pasangan kan?

Ok.. hari ni.. ain nak bg tips mcm ne nak tukarkan status kawan kepada kekasih.. chewahhh..

Well.. tips ni tak selalunya menjadi.. tapi kadang2 jadi jugak.. ahaks.. kantoii sudah.. tips ni sesuai untuk wanita sebenarnya.. lelaki pun boleh jugak.. tgklah mana2 yg sesuai..

So.. here goes..

1. Jangan Melebihi si dia 


Ok..ok.. faham yang kamu ni peminat tegar bola sepak piala eropah.. sejarah bola sepak mmg ditangan anda dan setiap player tu mmg dalam otak anda.. tetapi, apabila berbual dgn lelaki yg kita suka.. jangan tunjuk kita terlebih pandai drpd dia… sebab bola sepak ni mmg passion untuk lelaki.. jadi, jatuhlah air muka dia jika perempuan lebih tahu byk ttg bola daripada dia.. tak salah nak tunjuk pandai.. tp dikhuatiri anda masuk ke dalam “friendzone” !! opppss.. taknak begitu.. so bersederhanalah ye.. 

2. Ketawa dengan jenaka dia 

Bila dia buat lawak.. ketawa lah.. tapi jangan ketawa macam keldai or kuntilanak.. terkezutt dia nanti.. walaupun lawak dia tak menjadi.. just ketawa je.. so, lelaki tersebut akan rasa dihargai dan suka nak berbual dgn kamu. 

3. Tumpu perhatian ketika dia berbicara 

Jangan menyampuk! Bila dia tgh cakap.. dengar dan tunjuk reaksi muka yang anda having fun dengan conversation tersebut. Anggukkan kepala sambil tersenyum dan lihat ke matanya. Si dia akan merasa selasa berbual dgn kamu. Jangan sesekali memalingkan muka dan menunjukkan muka yg kebosanan. 

4. Pakai pakaian yg cantik dan kemas 

Lelaki ni suka perempuan yg simple but nice. Maka, jgn make up keterlaluan sangat. Dan baju pun biarlah sopan dan kemas. 

5. Beri pendapat yang bernas 

Lelaki mudah tertarik dengan perempuan yg punyai prinsip dan berpelajaran. Maka, bila dia tanya ttg sesuatu issue.. jawablah dengan tenang dan bersahaja. Tapi andai issue tersebut anda mmg tak tahu. Jgn tunjuk pandai.. nnti terserlah kebodohannya.. just senyum and mengaku je anda kurang pasti. 

6. Jadilah seorang yg reserved 

How to say this.. hmm.. jgn terlalu memberi.. sekali sekala kene hold on. Jadikan diri anda seorang yg misteri.. jgn bg too much of information ttg kamu… biar dia sendiri yg find out dan usaha.. kat situ kita dh boleh melompat2 dalam hati yg dia berminat nak tahu lebih ttg kamu.. 

Oklah.. itulah serba serbi how to turn a friend into a lover..

Selamat mencuba~!! ^__^