nuff said

Friday, 13 June 2014

Farewell Treat - Menjana Lemak Badan

Assalamualaikum semua and salam jumaat..

dah lama x update blog and jalan2 kat page kawan-kawan..

insyaAllah, sy akan membayar segala tunggakan hutang hari ini juga..

hmm.. terlalu byk perkara yang saya ingin kongsikan bersama..

itu biarlah dalam future post, but hari ini sy nk berkongsi farewell treats yang diadakan untuk saya oleh rakan-rakan seperjuangan di pejabat KAAP.



haaa.. ini ayam + asparagus + mashed potatoes + mushroom sauce.. RM40++ di Ben's Bangsar Shopping Centre... lunch treat ini dibelanja oleh Hafizah, one of the lawyer yg saya rapat di sana.. 

memang sedap lahh~~ and nampak je sikit.. tp sebenarnya portion dia byk n besar.. 4 bintang!!


Ini pun ayam jugak... disaluti dengan rempah segala bagai dan yg mcm gunung tu plak mashed potatoes as well.. harga around RM28++ di Chillis Bangsar Shopping Centre.

Still luncheon with lawyers Tarrina, Izzat, Arinah and Yasmin... 


Burger yang besar gedabak ni namanya Marco Polo... Isi ayam + fries wedges and salad... harga around RM28++ jugak.. mmg sedap dan boleh dinikmati di Just Heavenly di Bangsar Shopping Centre.

Marco polo ini dibelanja oleh lawyers jugak team litigation.. Satshani, Li-Wei, Rohan & Gobi...



Nasi lemak + Rendang + kuih muih tu pulak di belanja oleh Ruddy.. ketika last day sy bekerja disana...

perghhh mmg mengumpul kolestrol lah sepanjang farewell week tu.. bersyukur dipertemukan dengan mereka yang baik hati... gonna miss them so much...

maaf ye jika ada yg buat diantara kamu yang teringin.. hehehehe

thanks for reading~ ^__^

Tuesday, 3 June 2014

blog hampir berhabuk - stay positive

Assalamualaikum semua and salam ceria..

maaf agak lama x update blog and tak menjenggah blog kawan2.

been bz lately sbb ni last week keje kat office ni.. next week dh start tmpat baru..

bz handing over and everything.

tak sempat nak update panjang2.

apa2 pun.. selamat bekerja and stay positive ok..

love ya...





Thursday, 29 May 2014

Salam Takziah - Pemergian DYMM Sultan Azlan Shah


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga diraja arwah DYMM Sultan Azlan Shah diatas pemergian baginda sultan semalam 28 May 2014 jam 1.30 petang.

Saya sebagai anak negeri Perak turut terkesan dengan pemergian baginda Sultan.

Walaupun tidaklah saya kenal baginda sultan secara peribadi, tetapi pengalaman bekerja dengan anaknya Raja Eleena membuatkan saya yakin bahawa didikan yang diberikan oleh baginda sultan terhadap anak-anaknya sangat baik.

Perwatakan anak perempuannya itu yang baik, lemah lembut, peramah dan humble serba sedikit mencerminkan keperibadian baginda sultan.

Bukan itu sahaja.. dengan beberapa pengalaman individu2 terdekat yang pernah mendekati baginda sultan juga turut mengatakan bahawa baginda sultan merupakan seorang raja berjiwa rakyat.

Menurut satu pengalaman yang saya dengar.. pernah satu ketika orang kampung menjemput baginda sultan untuk hadir ke majlis perkahwinan anaknya. Tetapi baginda sultan tidak menyatakan jawapan samada akan hadir atau tidak.

Maka, mereka beranggapan sultan tidak hadir.. tiba-tiba semasa majlis sedang berlangsung, baginda sultan sudi mencemar duli menghadiri kenduri perkahwinan tersebut.

Betapa dekatnya seorang raja dan rakyat apabila istananya sendiri yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar juga senang didekati.

Adalah tradisi bagi keluarga saya dimana apabila setiap kali raya, kami akan jalan-jalan pusing mengelilingi istana tersebut.

Dengan hanya berpagar besi, rakyat boleh menyaksikan istana negeri dengan jarak yang sangat dekat. Sangat dekat sehinggakan jika baginda sultan berdiri didepan tingkap, kita yang diluar boleh nampak dia.

Mmg sangat sedih and terkesan dengan pemergian baginda sultan.

Marilah sama-sama kita sedekah al-fatihah kepadanya agar baginda sultan diantara hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh..


Sultan Azlan ketika berumur 21 tahun



Wednesday, 28 May 2014

Bukti-bukti Nyata Bahawa Allah itu sweet :D

Bismillahirahmanirahim.. & Assalamualaikum..
 



Selamat pagi semua dan semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.


Kawan-kawan semua... kawan2 semua tahu tak bahawa Allah itu sweet..?


DIA adalah kekuatan yang ada dalam diri kita dalam keadaan kita sedar mahupun tak sedar..
 
bila kita dalam kesusahan.. dalam ketakutan... dalam kesedihan.. selalu kita tak mampu nak meluahkan dengan kata-kata... dan satu-satunya perkataan yang terluah daripada lidah kita adalah "Allah....."
 
kawan-kawan semua.. kenapa saya kata Allah itu sweet adalah kerana :-


Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya,Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."(Ali 'Imran: 29).

Subhanallah.. Maha Suci Allah... belum diluahkan lagi dengan kata2.. DIA dah tahu apa yg ada kat dalam hati kita ni... mana nak cari pendengar yang setia setanding Allah Yang Maha Kuasa??? belum lagi kita berkata2 DIA dah tahu apa yang kita nak katakan... sweet sangat Allah.. Maha Memahami...


Bila kita dalam ketakutan.. tak kisahlah samada jalan dalam gelap ke.. berada ditempat asing sorang2 ke.. kita tak rasa takut sikit pun sebab apa? sebab kita tahu DIA sedang menjaga kita.. apabila kita meletakkan ketawakalan 100 % kepada DIA, rasa resah gelisah didalam hati tu hilang... betullah mmg Allah Maha Pelindung...


"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."(Al-Baqarah: 107).

ya Allah.. sweetnya Tuhanku... dahlah Maha Mendengar, Maha Memahami, malah Maha Pelindung jugak.. tak cukup lagi tu.. yang ni lagi sweet... Allah Maha Kaya, Maha Pemberi rezeki... bila kita dalam kesukaran.. kelaparan... dibagi oleh-NYA sumber rezeki yang dtg dari setiap penjuru yang ada...


tak kisahlah samada ada orang yg bersedekah, mahupun orang yang tetiba je byr hutang kat kita... ataupun tetiba ada orang belanja... ataupun terjumpa duit sendiri yg dah lama hilang ntah ke mana..daripada mana2 lah yg kita tak jangka... tu semua daripada siapa? tentunya daripada Allah yang Maha Penyayang... sweet yg teramat ok...!
 
diberinya kudrat kepada kita, kaki tangan yang sempurna untuk berjasa, untuk bekerja... mana nak dpt semua ni kalau bukan daripada DIA...


"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"(Yunus: 31).


lepas tu kan... suka sangat ni.. sweet yang teramat Allah SWT kerana DIA Maha Pengampun.. Allah sangat pemaaf tau.. bila kita buat salah. and mengakui kesalahan.. and taubat taknak ulangi lagi, Allah akan mengampuni dosa2 hamba-NYA yang melampaui batas...


ni belum tentu kita akan dpt dgn sesama manusia.. dah mintak maaf pun tak cukup.. siap berdendam xnak memaafkan kita walaupun dah berguling2 menangis mohon maaf... tapi tu semua tak perlu kalau dengan DIA yang Maha Indah ini.. DIA suka memaafkan hamba-NYA yang bertaubat..


"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."(Az-Zumar: 53).
 
dan..dan.. yang paling saya suka kan kawan-kawan sekalian.. sebenarnya semua sy suka.. alahai indahnya Tuhanku ini.. indahnya Allah.. sweet sangat2... 


bila dalam keresahan.. bila hati tak tenang.. ada yg dok isap rokok berkotak2.. ada yg dengar lagu and pasang kuat2.. ada yg menjerit kat atas bukit sekuat hati.. and mcm2 lah cara pelik mereka ni yg konon bleh menenangkan hati yg tak tenteram tu... nak tanya ni.. tenang ke? menjadi ke? berapa lama tenang tu? tak lama.... tak jadi... tu semua sementara je...
 
tapi bila kita kenang segala ke"sweet"an Allah... keindahan Allah... Kasih sayang Allah.. Ganjaran pahala oleh Allah... Ganjaran syurga daripada Allah... tenang je hati ni.. tersenyum sorang2.. tersengih sorang2...


"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."(Ar-Ra'd: 28).
 
benar ya Allah.. subhanallah.. hebat cintaMU ya Allah... tetapi ya Allah.. kenapa KAU putuskan aku dengan dia?? bukankah KAU tahu aku amat mencintai dia...? bukankah KAU tahu aku mahu menjadi isteri dia...?? tapi kenapa KAU pisahkan kami ya Allah??


sedangkan KAU Maha Memahami.. Maha Pelindung.. Maha Pemberi rezeki... Maha Memberi Ketenangan... tapi kenapa KAU ambil dia daripada aku ya Allah??


"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."(An-Nur: 26).


ya Allah.. ampuni aku.. aku yang lemah ni... kejinya aku kerana bersangka buruk dengan-MU...


aku pasti ya Allah... aku pasti KAU memisahkan aku dengan dia kerana dengan adanya dia... aku semakin jauh dengan-MU... aku dah x rajin berzikir.. aku dah tak rajin mengadu pada-MU... aku asyik mengadu pada dia yang x mampu menyelesaikan masalah aku... aku menghabiskan duit2 yang KAU beri pada aku dengan menelefon dia yang sedikit pun tak menyumbang rezeki padaku...


dan aku pasti ya Allah... mungkin... dia sangat baik.. dia salah seorang hamba-MU yang soleh.. aku tak layak dengan dia... aku wanita jahil.. aku wanita yang keji , penuh dgn dosa maksiat.. maka, KAU menyelamatkan dia daripada wanita seperti aku...


maka, ya Allah.. terima kasih ya Allah.. kerana perpisahan ini membuatkan aku mahu menjadi insan yang lebih baik.. aku mahu jadi baik kerana aku mahu mendapatkan suami yang baik ya Allah.. itu janji-MU, dan aku tahu ENGKAU tidak akan memungkiri janji..
 
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216).

 
sweetnya Tuhanku... Allah yang satu... Allah yang Esa.. Allah yang Maha Besar...


dengan segala ke"sweetan" Allah ni, sapa yang tak jatuh cinta?? kan ada pepatah, tak kenal maka tak cinta.. maka, untuk mendalami cinta kita kepada Allah, moh lah kita kenal DIA... ketahui apa yang DIA suka.. apa yang DIA tak suka... and buat yang terbaik untuk sentiasa berada dalam kasih sayang-NYA... 

aku mencintai-MU ya Allah, tolonglah balas cintaku semula dengan kasih sayang-MU yg tiada batasnya...