nuff said

Monday, 18 May 2015

Restaurant Review - Cotton Craft Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua~~

lama tak update blog..

bz sket and mencari sumber inspirasi...

oklah.. hari ni.. saya nak berkongsi tempat makan yang best di sekitar Shah Alam.

Nama tempat tu tersangatlah comel iaitu "Cotton Craft" yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

jenuh jugak nak cari tempat ni.. bagi yang teringin nak pergi, boleh la gunakan application waze.. 

dan restoran ini terletak berdekatan dengan Pusat Zakat Shah Alam.

apa yang bestnya restoran ni??!!

decoration dia.. sangat comel.. sangat sweet.. sesuai untuk makan santai.. nak sambut birthday kekawan pun boleh.. boleh request hydrogen balloon..

makanan dia pun sedap~ dan harga sangat berpatutan.. portion makanan yg besar dan harga yang ok... mmg puas hati dengan rasa masakan tersebut.. sedap dan mengeyangkan...

service yang bagus.. akak waitress sangat peramah dan comel.. kesian dia kene buli ngan kami suka tanya banyak2 ni.. tapi dia layankan saja.. oleh kerana akak tersebut sgt peramah.. boleh plak layan borak ngan dia mcm dh lama kenal.. mmg terbaik ok..

cuma.. cuma..cuma.. mungkin sbb bilangan pelangan yang ramai... nak tunggu makanan tu lambat sikitlah... tapi itu bukan alasan untuk tak ke sana lagi.. i am looking forward to go there again!!

jom jom.. saya belanja gambar~ enjoy~














Cotton Craft 2-1-1, Presint Alami, Persiaran Akuatik, 40100, Shah Alam, Selangor


Monday, 9 March 2015

Segmen Bloglist untuk blog CH



Syarat-syarat

1. Follow blog Ceritera Hidup
2. Copy banner & link kan ke blog Ceritera Hidup
3. Tinggalkan link blog anda di bahagian komen blog Ceritera Hidup
4. Tarikh tutup pada 1 April

Majikan Tak Benarkan Solat - Salah Siapa?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~~

its monday~~ say no to monday blues~~

positive kan diri kita, mulakan hari dengan bismillah...

cuba tgk printscreen di bawah ni..



geram tak?

marah tak?

saya pun marah.. sbb kita berada di Malaysia... sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan islam merupakan agama persekutuan...

sepatutnya rakyat yang beragama islam perlu diberi kebebasan yang mutlak untuk melaksanakan tuntutan agama...

tetapi.. looking on the other side.. saya faham kenapa pihak tersebut melarang..

1. dia non-muslim, dia x faham dgn tuntutan solat kita yg berbeza dgn agamanya.

2. orang islam sendiri yang membawa mesej yang tidak tepat kepada mereka..

admit it.. kalau bukan diri sendiri.. kita mesti pernah nampak pekerja2 muslim yang lepak berbual didalam surau...

baring2 dulu.. guling2 dulu.. borak2 dulu.. main hp dulu.. baru lah solat..

solat yang hanya memakan masa at least 15minit jadi 30minit..

sebagai majikan yang perlu adil kepada semua pekerjanya yang beragama lain juga harus berlaku adil.. 

jika muslim diberi peluang memakan masa 30minit untuk "solat" , bagaimana pula dgn time off pekerja non muslim yang lain..

saya sendiri pernah berkerja di KLCC.. di sebuah kedai buku yang terkenal tu..

alhamdulillah.. takde masalah untuk saya menunaikan solat..

pandai2lah kita menggunakan masa yang diberi sebaik2nya.. janganlah kita mengelat dan menggunakan alasan solat sebagai alasan..

yang dapat nama buruk agama kita..

si majikan mati2 ingat solat 4 rakaat tu memakan masa sehingga 30 minit atau lebih sedangkan sebaliknya..

ada juga yang jenis tak solat...

so, kawan non muslim ni pelik and tanya pada muslim yang tak solat kenapa dia tak solat..

si muslim yg tak solat ni kata... dia akan ganti semua solat yang dia tinggal dirumah...

saya tak reka cerita.. ini cerita betul yang benar2 berlaku di tempat saya kerja..

sebab tu ada non muslim yg anggap tak perlu keluar solat on time coz we can ganti it at home...

salah siapa sebenarnya?

rerung2kan..

wassalam...

Friday, 6 March 2015

Salam Jumaat : Manisnya Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua~

its friday~ lets al kahfi~

hari ni ada berita baik u alls.. oopss mcm propa plak..

alhamdulillah.. selepas pulang sahaja daripada tanah suci Mekah, pelakon wanita yang paling meletop telah diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk menutup auratnya dengan sempurna..

tak lain tak bukan, Che Ta kita.. alhamdulillah..



semoga istiqamah dan menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah...

oklah kawan2.. secara jujurnya , kita ni manusia mmg suka menghukum dan menilai seseorang..

lebih-lebih lagi mereka2 yang mungkin tidak pernah melalui proses hijrah ni..

baguslah jika mereka2 ni daripada latar belakang keluarga yang cukup ilmu agama dan punyai panduan dalam hidup..

berbeza dengan kami yang bukan daripada latar belakang keluarga yang tinggi ilmu agama..

kami perlu gali dan cari sendiri ilmu agama tersebut..

dalam kesibukan mencari, sudah pasti ujian dan dugaan menanti..

kami dicemuh.. dikeji.. dihina.. and macam2 lagi..

terlalu sedikit yang mendoakan.. lebih ramai yang mencerca...

sebab tu kesayangan ku semua... bagi kita yang dahulunya agak "jahil" apabila melihat seorang wanita yang seperti kita dulu... kita janganlah cepat menghukum.. ingat!!

dulu kita pun mcm dia.. masih tercari2... dalam kekeliruan..

sebaik2nya kita mendoakan dia.. dan lebih syok lagi, kita bimbing dia...

alhamdulillah.. and insyaAllah.. org yg kita tgk hari ni mungkin hina disisi Allah, esok mungkin and boleh jadi, dia lebih mulia disisi Allah berbanding kita!!

tengok sahaja artis2 yang saya beri contoh dibawah ni..

Mizz Nina,, Irma Hasmie... Diana Amir.. 





dulu kita tahu mereka macam mana..

setelah Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang diinginiNYA,,

lihatlah mereka...

alhamdulillah.. moga2 lebih ramai seperti mereka..

berhijrah dan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk berhijrah..