nuff said

Monday, 14 September 2015

baby dah takde....

Assalamualaikum dan salam hari isnin..

Hari ini , izinkan saya meluahkan segala kesedihan , segala kedukaan yang saya tempuhi dek kehilangan kucing yang tercinta yang bernama "baby" .

Baby merupakan kucing terbiar yang diselamatkan oleh saya ketika dia masih kecil.

Saya membesarkan baby dengan botol susu kanak2 dan susu F&N , kerana itu sahaja yang saya mampu ketika itu kerana saya masih belajar dan tiada sumber kewangan yang tetap.

Sayalah "ibu" kepada baby.

Setiap pagi sebelum pergi kelas saya akan susukan dia..

Dan balik kelas juga saya akan susukan dia.

Apabila dia nampak saya memegang botol susu.. terkedek2 dia berlari laju menuju ke arah saya.

Apabila waktu tidur, dia akan tidur dileher saya atau dimana2 bahagian badan saya.

Kemana-mana saya pergi dia ikut.

Balik kampung pun dia ikut.

Baby kucing yang taat… kucing yang baik.. kucing yang tidak pernah mendatangkan masalah kepada saya.

10 tahun bersama baby… banyak pengalaman manis dikongsi bersama…

Gelaran baby yang diberikan padanya mmg tak salah… kerana apa sahaja yang baby buat..

Saya pejam sebelah mata… terlalu sayang sehingga tak sanggup nak marah dengan kenakalan dia.

Semenjak abah dimasukkan ke hospital pada 7 September 2015, Isnin.

Saya kurung baby dalam rumah.. selalunya baby bebas untuk keluar masuk rumah.

Tapi kerana orang takde dirumah.. pintu harus ditutup. 

Maka, saya kurung dia dalam rumah bersama2 kucing yang lain.

Baby dicemburui oleh kucing2 yang lain kerana baby merupakan queen of the house.

Saya mmg melayan baby seperti permaisuri.

Apabila tiba waktu makan.. hanya baby sahaja akan makan di ruang tamu manakala yang lain makan di dapur.

Setiap hari saya akan ke hospital sg buluh untuk melawat abah dan pulang ke rumah lewat malam kerana perjalanan daripada sg buluh ke semenyih memakan masa.

Pada pagi 12 September 2015, sabtu. Saya bersiap2 untuk ke hospital.

Apabila pintu rumah dibuka, baby meluru keluar .

Saya pun membiarkan sahaja. Kerana sudah lama dia tak keluar.

Jadi saya letak makanan dan minuman di luar untuk baby .
Pada malam saya pulang ke rumah.. saya Nampak baby terbaring didepan pintu pagar seperti biasa.

Baring menunggu saya pulang. Saya pun panggil2 nama dia.
Kali ini dia tidak menyahut.

Jantung saya berdegup kencang.

Saya menghampiri baby dan mimpi ngeri saya menjadi nyata.

Terdapat darah pada mulut baby dan saya percaya bahawa baby di langgar.

Saya mendukung dan mendakap dia masuk kerumah.

Saya menangis seperti orang hilang akal.

Saya peluk dia walaupun darah membasahi baju.

Penyesalan meraja jiwa kerana membiarkan dia keluar.

Saya meraung… saya menjerit…

Sedih sangat2… kecewa… terkilan…

Saya menangis sehingga tidak sedar bila saya tertidur..

Keesokannya saya melawat abah seperti biasa.

Saya diam.. kelihatan penat dan stress..

Abah tanya kenapa.. tapi saya tipu dan katakan tiada apa2..

Abah sayang baby.. abah selalu sebut2 tak sabar nak balik rumah nak jumpa kucing2 nya..

Kalau abah tahu.. abah pasti menangis.. abah pasti sedih..

Saya taknak menambahkan kesedihan abah..

Abah sedang menunggu tarikh untuk membuat pembedahan terbesar dalam hidupnya.

Tak tergamak saya untuk menceritakan kpd abah apa yg berlaku.

Walaupun lambat laun abah tetap kene tahu.

Saya dan kakak membuat kuputusan untuk hanya beritahu abah apabila abah selesai membuat pembedahan dengan jayanya.

Tanpa baby… mmg berbeza… sedih masih terasa..

Hanya masa mampu mengubat duka..

Baby… kak ain harap.. Allah beri peluang untuk kita bertemu semula disana..

Kak ain nak peluk baby.. kak ain nak cium baby..

10 tahun ini sangat singkat waktu kita bersama…

Baby jangan lupakan kak ain tau..

Kat sana baby tunggu kak ain tau..

I love you sayang…


Selamanya…


2005 - 2015









Friday, 28 August 2015

Salam Jumaat : Masih Tahu Baca Jawi?

Assalamualaikum dan salam jumaat..

i want to make it short.

ada sesiapa yang masih boleh baca?

sumber : FB


bagi yang masih boleh baca walaupun merangkak-rangkak..

tahniah!!! alhamdulillah~!!

bagi yang tidak tahu or sudah lupa...

its never too late to learn~!! ^____^ 

#MariMerbatabatkanTulisanJAWI

Wednesday, 26 August 2015

Welcome Back Stacy~!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

alhamdulillah.. syukur... pekerja2 kerajaan dah dapat gaji semalam semenjak bulan puasa yg lepas.. lama tuuu nak tunggu gaji ye dok? tahniah kerana survive... kita yg swasta ni belum lagi... huhuhu~

oklah..oklah.. hari ni nak wish tahniah kepada saudara baru kita Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam ~!!




welcome back my dear sister... selamat kembali kepada fitrah..

kembalinya dia kepada islam sesuatu yang kita patut syukuri dan rai..

tapi nampaknya masih ada yang terlalu gopoh untuk terus menghentam beliau dengan desakan-desakan yang tak masuk akal..

soalan pertama dah tanya.. "bila nak pakai tudung?" 

ada juga yg mempertikaikan keislamannya dengan mengatakan dia masuk islam sebab cinta.. sebab Akim..

jadi.. apa salahnya? adakah terbatal imannya?

bukankah perkahwinan juga satu medium dakwah?

jadilah seorang hamba... seorang yang tugasnya menyampaikan apa yang diturunkan oleh Tuhannya.. 

kita bukan Tuhan.. menghukum dan boleh membaca niat dan akal fikiran seseorang adalah diluar bidang tugasan seorang hamba.

secara jujurnya... jika kata-kata tersebut mmg ditujukan kepada beliau, adalah lebih baik mesej dia secara peribadi... 

dengan mengeluarkan statement yg menghentam and mendesak di Facebook masing2 , adakah Stacy boleh baca and boleh tahu ttg teguran/nasihat tersebut?

ada juga yg masih sibuk mengkafirkan orang-orang yang mempertahankan stacy..

ingatlah.. zaman Rasulullah SAW dulu.. Baginda sibuk mengislamkan orang... kita pula.. sibuk nak mengkafirkan orang.. astagfirullah al azim..

marilah kita sama2 menyantuni dan beradab dalam berdakwah..

sedangkan dengan firaun pun Allah SWT menyuruh ditegur secara lembut.. inikan pula orang2 lain..

thanks for reading..

wassalam..

Tuesday, 25 August 2015

Sape pernah makan Ubi kayu Gula Merah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi kesayangans semua~

semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam.. dan semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik... lately ni keadaan cuaca tak menentu.. ramai diserang demam and selsema.. begitu juga saya.. tanda2 nak demam tu dah ada.. kene banyak minum air masak.... 

my dear all... sekarang ni kita semua dah sedia maklum dengan keadaan ekonomi negara kita.. taknak menuding jari pada sesiapa.. tapi kita sendiri bertanggungjawab dan punyai hak 100% untuk menentukan nasib hidup kita... 

kesian tengok ramai kawan2 kat luar sana yang terpaksa mengikat perut dek kerana kekurangan wang untuk membeli keperluan harian.. Maha Suci Allah.. beginilah kot rasanya apabila kita perlu berjimat dlm berbelanja.. perlu berkira2 sebelum membeli sesuatu seperti apa yang dah lama dirasai oleh mereka2 yang gelandangan selama ini..

hari ahad yang lepas.. saya singgah ke rumah opah saya di Selayang... wahhh.. dah lama opah tak menghidangkan manisan ini kepada saya...

dulu masa kecik2.. opah selalu buat... Ubi Kayu Gula Merah...



ubinya yang empuk dan direbus sekali dengan gula melaka.. tak perlu letak gula putih dah..

kemanisan dan kesedapan yang tidak mungkin kita dapat drpd dessert yang lain..

makanan bajet inilah yang memuaskan perut ketika lapar... simple tapi puas..

bolehlah kot kiranya lepas ni kita makan ubi kayu je... tapi kita upgrade lah kepada resepi2 yang lebih kontemporari... 

sapa sini pernah makan ubi kayu gula melaka? 

or ada sesiapa nak share resepi ubi kayu yg lain?


Friday, 21 August 2015

Salam Jumaat : Mari Tambah Ilmu Kesihatan + Pray for my father

Bismillahirrahmanirrahim~


Assalamualaikum dan salam hari jumaat ~

Dah lama sangat diri ini tidak menjengah ke sini..

Mungkin kerana kurangnya inspirasi ataupun kerana busy..

Segala hutang blogwalking, insyaAllah akan diselesaikan hari ini..

Chayokk~ chayok~

Kawan2.. sy dgn rasa rendah diri memohon agar kawan2 semua mendoakan kesihatan yang baik kepada abah saya.. jika ada kawan2 yang biasa singgah di blog saya, akan mendapati bahawa ini bukan kali pertama abah saya ditahan di ward untuk masalah kesihatannya.



Masalah kesihatan yang dialami olehnya pada tahun 2013 berulang kembali.

Masalah untuk menelan makanan pada saluran makanannya berlaku sejak pada raya yang lepas.

Oleh kerana muscle pada esophagus (saluran makan) sudah tidak lagi berfungsi, abah perlu bergantung 100% kepada gravity untuk membawa makanan tersebut ke perut untuk dicerna.

Apabila makanan gagal masuk ke perut.. dan tersangkut pada saluran makanan itu.. membuatkan abah tidak selesa dan harus memuntah keluar apa sahaja yang dimakannya.. seolah2 seperti sinki yang tersumbat. Walaupun abah hanya minum air kosong sahaja.

Perkara ini berlarutan agak lama dan mengakibatkan abah dehidrasi teruk. 

Pada 31 July 2015 (Jumaat) , kami bawa abah ke Hospital Kajang untuk diminta masukkan air dalam badannya.. kemudian Hosp. Kajang refer abah kepada Hospital Besar Kuala Lumpur kerana HKL punyai rekod abah sejak 2013. Pada 4 August 2015 sehinggalah 19 August 2015 abah ditahan di HKL untuk melakukan procedure manomatry dimana, makanan yg tersumbat tersebut di tolak masuk ke perut dengan menggunakan wyre skop melalui hidung dan mulut.. kesian abah, kene tahan sakit untuk operasi tersebut.

dan sebelum procedure tu dikenakan ke atas abah, abah perlu puasa selama sekurang-kurang2nya 3 hari.. kesian abah kene tahan lapar yg agak lama.. kami selalu beri semangat kepada dia agar dia tabah.

Semalam.. abah discaj… pada selasa depan perlu hadir semula ke HKL untuk mengambil surat referral ke Hosp Sg Buloh.. kerana disana terdapat doctor pakar dalam bidang ini.. abah perlu menjalani pembedahan untuk kesihatan jangka masa panjang.. kerana even sekarang ni pun.. potensi untuk tersumbat masih tinggi.. maka, abah hanya dibenarkan untuk makan soft food sahaja.. walaupun kadang2 soft food juga boleh tersumbat.

Berikut adalah gambarajah dan maklumat lebih lanjut ttg penyakit abah.. 




dan penyakit ini bukanlah asing kpd rakyat Malaysia… kerana jumlah pesakitnya agak ramai.. dan penyakit ini tidak mengira usia.. kerana berdasarkan perkongsian Dr Saravanan (Ketua Unit Gastro) , pernah seorang pesakit berusia 20 tahun berasal daripada Melaka.. apa sahaja yg dimakannya akan sangkut.. dan beratnya daripada 50kg turun ke 20kg kerana dehidrasi yg teruk.. selepas menjalani pembedahan.. Alhamdulillah.. kini dia sihat dan enjoying his life…

Thank you for reading.. 

Assalamualaikum~~