Assalamualaikum & Selamat Menjalani Ibadah Puasa
brothers & sisters~~
Aku nak berkongsi pengalaman berbuka puasa di kampung
halamanku yang tercinta , Kg Padang Assam Kuala Kangsar, Perak.
Berbuka di kampung mmg suasananya sangat berbeza.
Membeli makanan di bazaar Ramadhan di Arena Square di lembah
memang mencipta kenangan yang takkan mampu dilupakan.
Mana nak cari di KL, mee hun yang sedap & lazat berharga
RM1.00 SAHAJA yang punyai kuantiti yang sama seperti mee hun yang berharga
RM3.50 sepeket di KL.
Bukan itu sahaja. Kuih muih tradisional yang susah nak cari
di KL masih ada di Kuala Kangsar dengan harga yang sangat berpatutan iaitu 3
seringgit.
Kat KL pun ada kuih 3 seringgit tapi size kuih mmg cekeding
la..
Tapi di Perak, sizenya besar dan sangat memuaskan.
Rasanya pun
tidak mengecewakan.
Kat sini juga terkenal dengan murtabak the best in the
world. Murtabaknya yang tebal dan isi yang sangat banyak dan harga sangat
berpatutan.
Kalau dilihat betapa panjangnya orang beratur, mesti tak terdaya
nak berdiri lama2. Tapi sebab murtabaknya sangat sedap so berbaloi lah beratur
panjang2.
Yang beratur plak mana ada beli satu dua je. Borong sampai
5-6 keping tau.
Mmg terbaeklah makanan yang dijual di Arena Square Kuala
Kangsar. Kuih Muih, Nasi berlauk , Laksa, ayam panggang, murtabak, Ikan bakar,
etc etc.. macam2 ada.
Al maklum nafsu dibulan puasa.. dah la murah dan sedap..
beli macam nak bagi makan satu kampung!!!!
So sorry tak sempat nak amek gambar keadaan disana.
Dah sampai sana mana ingat apa lagi dah. Nasib baik ada
blogger lain yang sudi buat liputan ttg Bazar ramadhan Kuala Kangsar ni.. so
aku curi pic drpd blog lain ni lah ye untk tontonan umum.
Teeheee~~