Bismillahirahmanirahim & Salam Hari Isnin to all..
bersyukur ke-hadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk menulis..
hari ni nak berkongsi ttg aurat wanita ... isu yang tidak pernah akan sunyi...
mmg semua orang sedia maklum aurat wanita islam itu adalah muka & kedua2 tapak tangan sahaja.
tapi lumrah kita manusia suka mengambil ringan akan sesuatu yang berat azabnya.
mari kita muhasabah diri kita semula dan anggap penulisan saya ini adalah teguran dan nasihat yang penuh kasih sayang kepada muslimah diluar sana. Janganlah kita mengeji dan janganlah kita menghina seseorang yang tidak sempurna penutupan auratnya.
husnuzon lah.. bersangka baik lah.. bahawa mereka dh cuba yg terbaik... dan tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kesilapan yg mereka lakukan..
lihatlah gambar dibawah ini... Gambar No.1 diambil sendiri oleh saya di Stesen Monorel Titiwangsa. Manakala Gambar No.2 diambil drpd google.
kalau dilihat pd Gambar No.1 , kita akan kata bahawa auratnya tidak sempurna & salah & tidak boleh diterima..
ingatlah kakak2 & adik2 ku sayang.. bahawa hukumnya tetap sama dengan gambar no.2 yang rata2 dah jadi normal pada masyarakat kita.
persamaan gambar no.1 dan gambar no.2 adalah kedua2nya mendedahkan aurat. thats it. simple.
akan ada org yg mencemuh.. "baik x payah pakai tudung" DONT!!! jangan kita menghina mereka.
sebaliknya tegur dgn penuh kasih sayang kerana barangkali mereka tidak tahu.
mustahil bukan untk mereka tidak tahu? sebenarnya tak mustahil kerana sy pnah seperti gambar No.2 satu ketika dahulu sehingga makcik saya menegur dgn penuh hemah dan sikit pun hati tidak terguris dgn tegurannya.
so, please my dear sisters... cover our aurat properly..
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka
dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang
menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk
berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis
(yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan
pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang
wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak
harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil
baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).
*peringatan untuk diri sendiri yg alpa juga
No comments:
Post a Comment