nuff said

Thursday, 18 December 2014

Anjing bernama Dolly dan Ikan Kembung


Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Semoga semuanya sihat sokmo… semoga segala urusan berjalan lancar hari ni..

Hari ni saya nk kongsikan kisah si ikan kembung..



Setiap hari selepas balik kerja.. sebelum sampai ke rumah..

Saya akan singgah ke kedai untuk beli beberapa ikan mentah.

Ikan mentah tersebut adalah untuk kucing-kucing saya yang berada dirumah.

Itulah rutin harian saya.

Tapi, beberapa minggu yang lalu..

Selepas saya membeli ikan, saya ada ternampak seekor anjing jalanan… seolah-olah sesat dan mencari makanan… lemah dan sayu saya melihatnya.. pada pendapat saya, adalah normal bagi seorang pencinta kucing akan turut terkesan dgn nasib haiwan lain termasuk anjing.

Saya pun meminta kakak saya memandu kereta kearah anjing tersebut dan saya memberi seekor ikan mentah kepada anjing itu. Anjing tersebut dalam takut-takut ambil ikan itu dan membawa ikan itu ke tempat yang lain untuk makan.

Sejak hari itu,, anjing tersebut sering berada disitu pada waktu yang sama.. seolah-olah tahu saya akan memberi dia ikan mentah. Perasaan yang sangat seronok dan suka apabila dapat membantu haiwan lain selain kucing. Bukankah mereka juga makhluk Allah yang layak hidup di bumi pinjaman ini? Tidak Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia.

So, semalam.. saya tak beli ikan.. sebab ikan ada banyak lagi kat rumah.. dan anjing yang diberi nama Dolly oleh kakak saya tu berada di tempat yang sama.. menanti makan malam nya..

Saya pun ke kedai runcit berhampiran.. membeli seekor sahaja ikan kembung. Pakcik kedai tu terkejut kerana saya beli seekor je!! Pakcik tu kata :-

"seekor je? Makan dua orang je ke? Bahagi dua ke?"
Saya hanya senyum dan sengeh.. tak tahu nak kata apa.. mesti pakcik tu anggap dah akhir bulan dan dah sengkek.. hihihihi

insyaAllah.. rezeki Allah itu sentiasa ada apabila kita berkongsi rezeki dengan makhluk ciptaanNYA yang lain.

Hari ni, saya akan beli lagi ikan kembung untuk Dolly.
Macam tak percaya saya dah ada anjing "peliharaan"

Thanks for reading… have a nice day ^___^

No comments: