Masuk Syurga Tanpa dihisab
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga
tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan
Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan
purnama. Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung
kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan
apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan
ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang
kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi
atau balik
(hadis riwayat Jabir)
5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak
yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat
saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa
tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya
mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan
siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana
pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber
daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas
kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang
siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang
dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih
banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk
syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan
diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah
taala.
*Sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala
saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh
Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari
kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.
sumber blog : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/04/23/10-golongan-yang-masuk-syurga-tanpa-hisab/