nuff said

Tuesday, 13 August 2013

Raya yang Awesome

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...

harap2 raya you all kali ni meriah dan membawa kebahagiaan kpd diri sendiri and keluarga..

well... raya aku kali ni mmg meriah seperti yg sebelum2nya..

tahun ni lain sket sbb seolah2 tema muzikal raya... balik je drpd masjid selesai solat sunat raya, kami berkumpul di rumah opah dan bersalam-salaman sambil lagu raya dipasang kuat.

dan semua orang nyanyi lagu raya tersebut & dah mcm music video la plak.. huhuhu..

ada record video tersebut tp hanya untuk tontonan keluarga sahaja...

oh ye..tahun ni beraya di Padang Assam, Kuala Kangsar, Perak.. mmg setiap tahun akan beraya disana...

raya ke-3 dah balik ke KL untuk beraya bersama opah KL plak di Selayang... pada raya ke-4 kami gerak ke Johor untuk beraya dgn keluarga yang berada di sana juga...

mmg tak puas la raya tahun ni... rasa mcm nk sambung cuti je... tapi x boleh, sbb cuti dh abis.. sedey btol...

so... ada lah snap shot yg sempat diambil untuk perkongsian... :)

 Tema Tahun ni Hijau & Hitam

Bersalaman dengan mama
 

Bersalaman dengan Abah



 bersama Deenee and kakak


Bersama kakak

 Me,Jeff,Deenee, mama & kakak

 Jeff's gf, Atira

 resepi masakan jawa, ayam golek yg sedap. served by Atira's family
Kucing Atira
 
 pink bicycle and pink handbeg. just love it

 belongs to Mushi. Burung Kakak Tua bernama Bella. So manja & adorable


at Danga Bay


thats All :D Enjoy your Raya

Monday, 5 August 2013

sweetnyerr Allah :)



Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. 

Tapi takdir Allah, ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.

“Akak tak kisah dengan siapapun awak akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat dhuha. Buatlah solat dhuha dan khabarkan hajat itu padaNya.”

Aku terdiam. Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha.
Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah kepadaku melalui orang lain. 

Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya. 

Sweetnya Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.

tumblr_mhejsngjj01s3janfo1_500

Seperti biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu  balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak.  Sesungguhnya hati manusia ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.

Tapi sweetnya Allah dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu pada-Nya lebih singkat dari biasa.

Sweetnya Allah aku diajar  untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.


“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)

Adakalanya kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?

Sweetnya Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya.

“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)
Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan kita sering meminta-minta.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.

 penulis : Nur Ruzaini Che Mansor

Sunday, 4 August 2013

Swiss Garden with Abah & Kakak

Alhamdulillah.. Allah beri rezeki lebih untuk kami (aku dan kakak) bawak abah berbuka puasa di luar lagi untuk tahun ni..

mcm tahun lepas, kami bawak abah berbuka di Riverside Restaurant, PWTC.

tahun ni kami

bawak abah ke Hotel Swiss Garden KL di jalan pudu.

mmg penuh dengan masakan melayu dan makanannya ternyata tidak menghampakan..

harga yang berpatutan dan half price untuk senior citizen.

yang teramat menariknya, desert dia sgt byk and sungguh menyelerakan...







Iftar at Istana Bambu Restoran

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera blogers...

okeh... settle update aktiviti berbuka puasa di Bangi Golf Resort jumaat semalam.. skang nak update berbuka puasa bersama kawan2 teman rapat di Istana Bambu Restaurant Hulu Kelang.

Nak cari tempat ni ya Allah susah sgt... it was located near to Flamingo Hotel but jalan nak ke sana a bit tricky la.. sampai kekawan sesat byk kali n have to make a lot of U-turn... ciannn.. dah la kene redah jammed yang teramat teruk... i mean seriusly...

so.. pasnih x nak buke tempat KL lagi dah.. cari area x ramai org.. selangor perhaps.. insyaAllah next year..

tapi makanan disana mmg sedap dan best...

kambing goleknyerrr wahhh terbaik... suasana tempat duduk yang cantik.. walaupun kami dapat seat bawah khemah je tapi puas hati jugak lah...

sebab tempat2 yg best, semua dh fully reserved awal2 lagi di awal Ramadhan..






selesai menjamu selera... kami ni dok cari lah port yang baik untuk lepaking and exchange gift..

oh yaa.. mmg tradisi geng kami setiap kali Ramadhan outing akan ada exchange gift...

so, memula g wangsa walk.. parking full.. pastuh g Sri Rampai Tasik.. lampu plak tutup.. golap golita.. cancel!

pastu g Dataran Merdeka... ya Rabbi.. JEMM!!! 2 jam stucked dekat chow kit semata2.. masa tu dah pkul 1 pagi..

last2 pusing balik and lepak di Mc Donald cheras je... minum2 makan2 sikit and exchange gift..

& after cabutan dibuat, aku kene beli hadiah untuk Osman dan Osman beli hadiah untuk aku..

aku dapatkan dia lampu tidur warna merah while dia dapatkan aku handbeg purple..

mmg cantik sgt...





Iftar di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum & good day all~~ :)

wahh.. tak sangka kita dah berada dipenghujung Ramadhan.. walaupun rasa tak sabar2 nak celebrate raya, tapi rasa sedih jugak nak meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ni...

setelah boleh dikatakan setiap hari berbuka puasa di rumah sahaja dan kerana kesuntukan masa, hari2 mampu singgah bazar Ramadhan di semenyih boleh dikatakan semua kedai aku dah try masakan mereka.

not bad at all.

tapi dihujung Ramadhan ni, alhamdulillah ada rezeki lebih untuk berbuka puasa diluar..

seperti yang ada sedia maklum, aku merupakan seorang fasilitator disebuah syarikat consultancy dipanggil Al-Badru Training. & setiap tahun big boss a.k.a Cikgu Mahadzir akan buat berbuka puasa bersama2 jurulatih dan fasilitator.

tahun ni tempat pilihan adalah di Bangi Golf Resort.

MasyaAllah.. betapa ramainya orang berbuka disana.. suasana sangat meriah dan makanan boleh tahan..

so, biarlah gambar yang menceritakan segala2nya..