nuff said

Sunday, 4 August 2013

Iftar di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum & good day all~~ :)

wahh.. tak sangka kita dah berada dipenghujung Ramadhan.. walaupun rasa tak sabar2 nak celebrate raya, tapi rasa sedih jugak nak meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ni...

setelah boleh dikatakan setiap hari berbuka puasa di rumah sahaja dan kerana kesuntukan masa, hari2 mampu singgah bazar Ramadhan di semenyih boleh dikatakan semua kedai aku dah try masakan mereka.

not bad at all.

tapi dihujung Ramadhan ni, alhamdulillah ada rezeki lebih untuk berbuka puasa diluar..

seperti yang ada sedia maklum, aku merupakan seorang fasilitator disebuah syarikat consultancy dipanggil Al-Badru Training. & setiap tahun big boss a.k.a Cikgu Mahadzir akan buat berbuka puasa bersama2 jurulatih dan fasilitator.

tahun ni tempat pilihan adalah di Bangi Golf Resort.

MasyaAllah.. betapa ramainya orang berbuka disana.. suasana sangat meriah dan makanan boleh tahan..

so, biarlah gambar yang menceritakan segala2nya..