nuff said

Wednesday, 9 October 2013

why so serius?? jom ketawa sat..


Salam Rabu yg terasa seolah2 hari Isnin…


Kalau stress keje ke ada masalah lain ke..


Jom rileks santai sat membaca lawak2 bodoh drpd kartunis Lambok drpd majalah Ujang.


Dulu masa muda2 (mcm lah skang dh tua sgt) suke abiskan duit mak bapak beli majalah ni..


Siap buat koleksi lagi..


Skang ni x lagi sejak zaman canggih segalanya dihujung jari..

Nak citer lawak ke lucu ke, google sudah.. thanks google.. 
I love g+ .. haha


Takmoh cakap byk.. so.. enjoys~ selamat bergelak ketawa dengan lawak yg sempoi~~

sila click pada gambar untuk baca dengan lebih jelas.. :D


 






Tuesday, 8 October 2013

destinasi cinta halal



its been three years now since 2010..

hubungan jarak jauh yg menyesakkan jiwa..

setiakah dia..?

curangkah dia..?

jujurkah dia..?

tahun yg pertama penuh dengan pertikaman lidah..

alhamdulillah.. bergaduh & selisih faham membuatkan hubungan ni semakin sempurna..

destinasi yang dituju adalah destinasi cinta halal yang diredhai Allah..

bila masanya..? hanya Allah yang tahu..

hanya DIA yang mengetahui aturan masa yang terbaik buat hamba-NYA.




Monday, 7 October 2013

Gedik Santai di Kem

Bismillahirahmanirrahim~~

Assalamualaikum & Happy Monday..
wahh.. penatnya as usual.. .. rehat x cukup..lalalala~~
tapi bagi aku,, isnin ke.. rabu ke.. sabtu ke.. no different.. sbb weekend pun tetap bertugas.. jadi waktu rehat aku cuma hari ahad selepas zohor and thats it..

minggu ni selesai bersama adik2 drpd SK Sentul 1 .. Kem Unit Beruniform.. tapi bukan perkhemahan.. kali ni adik2 peserta menginap di Dorm asrama yang disediakan oleh pihak pengurusan..

seramai 116 orang peserta dan lebih kurang 25 orang guru pengiring bermalam di Kem Idama Nurani, Hulu Langat.

minggu ni aku ditugas untuk mengendali kumpulan Tunas Puteri.. tapi sedih sket sbb kumpulan ni tidak berjaya merangkul apa2 anugerah.. tewas dengan puteri islam..

walaupun memenatkan spt kebiasaan, tapi bila dh jumpa geng opkoss kepenatan tu hilang.. jumpa tiap2 minggu.. tp setiap kali jumpa excited mcm dh setahun x bersua muka... so biarlah gambar yang menceritakan segalanya.. please ignore our gedikness.. 






Friday, 4 October 2013

Orang yang baik x selamanya baik...Orang yang jahat x selamanya jahat.



Bismillahirahmanirrahim~

Salam Jumaat semua..

Marilah kita berselawat keatas Nabi Muhammad saw & moga2 kita menerima syafaat daripada Baginda diakhirat kelak..

Orang yang baik x selamanya baik.
Orang yang jahat x selamanya jahat.

Itu prinsip yang aku pegang setiap kali aku “ter”judge seseorang.

Aku dulu suke judge orang tu baik lah.. jahat lah.. melalui luarannya..

Tapi apabila berlaku beberapa insiden depan mata, alhamdulillah aku berjaya reset semula
Otak aku.. & sumtimes bila aku terjudge seseorang, aku cepat2 muhasabah diri aku semula dan akan mendoakan yang terbaik untuk org tersebut..

Artis

Kalau kita tgk balik artis2 yang dahulunya seksi tahap gaban.. mmg mereka ni selalu dikutuk lah seolah2 mereka ni kompem neraka… tapi dengan kuasa Allah.. hidayah itu milik-NYA.. bila mereka ni berubah, boleh dikatakan mereka ni lebih mulia drpd orang2 yg mengutuk mereka dulu.. spt Wardina Safiyah, Irma Hasmie, Adam AF, & lain2.. unlike artis2 yg mmg dr dulu bertudung tp masih gagal menutup aurat. Sebab tudung yg dipakai masih belum menepati syariat. 

Kawan lama di sekolah

Kawan2 kat sekolah dulu, ramai yg mmg bertudung.. bertudung masa sukan, masa dalam kelas.. boleh dikatakan full time lah.. tapi bila dh meninggalkan sekolah.. tudung ntah ke mana.. rambut dh mcm2 kaler.. baju berlubang sana sini.. 

& kawan2 yg dulu x bertudung waktu disekolah.. siap seluar pendek waktu sukan skang ni dah bertutup.. tudung lebih labuh drpd aku.. baju lebih longgar drpd aku..
Perubahan yang positive mmbuatkan aku kagum dan malu sendiri..

Kawan di pejabat

Kat office ni majoriti perempuan melayu mmg bertudung.. ada yg tutup aurat dengan sempurna, ada yg untuk berfesyen saja & tidak mengikut syariat..

Tapi disurau office, rata2 yang free hair plak menjadi pengunjung setia menunaikan solat..
Aku hanya mampu senyum dalam diam.. sedih melihat insiden ini..

Alhamdulillah.. tak berapa lama lepas tu,, mereka2 yg free hair ni ada yang sudah menutup aurat.. tudung di pin bawah.. & berbaju kurung setiap hari..

Solusi

Benarlah apa yang seorang ustaz (tak ingat nama) kata dalam majalah solusi.. bahawa “pakaian menutup aurat” adalah pakaian wanita yang baik2 sahaja.

Jika seorang wanita yg mmg bertudung, tapi masih kuat mengumpat , solat tak cukup, masih buat maksiat… potensi untuk wanita itu buka semula auratnya sangat tinggi.. & auratnya juga pasti tidak ditutup dengan sempurna.. pakai tudung tp singkat.. pakai tudung tp bj lengan pendek & etc..

Tapi, jika seorang wanita yang free hair,, tp solat dia jaga, pergaulan dia jaga, pertuturan dia jaga.. potensi untuk dia menutup aurat juga sangat tinggi..mungkin memakan masa yg lama tapi x mustahil dia sedang berusaha ke arah itu. kerana setiap manusia itu berubah.. dan setiap manusia mmg sentiasa berusaha untuk jd yg terbaik..

Jadi, jom sama2 muhasabah diri kita..

Mungkin hari ini dia hina, tp esok mungkin mulia disisi Allah.
Hari ini mungkin kita mulia, tp esok mungkin hina disisi Allah.

Adakah dengan menghina pemakaian seseorang itu akan membuka hatinya untuk berubah?
Atau dengan menghina akan membuatkan dia lebih jauh drpd Allah?

Jangan kita jd punca orang yg berniat untuk berubah, terbantut..

Wednesday, 2 October 2013

kalau tak reti jaga kebersihan jangan meniaga!!



Eeeeeiii.. geramnyerr.. 

pagi2 dah buat hanginn..

Pagi tadi.. baru je sat tadi.. beli meehun goreng dan daging paru untuk breakfast kat office..

Sampai je kat office, terus gi pantry untuk makan… kat plastik tu ada la 2 ekor semut merah.. tapi kecik je.. so I don’t mind.. just buang and makan..

Bila makanan tu dh tinggal suku.. sekali tgk ada jenazah lalat gemuk dicelah2 antara daging paru tu.

Oh my god~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tetiba muka jadi biru.. perpeluh pun ada menahan muntah.

Terus buang makanan tu dlm tong smpah and kumur byk2.

Walaupun hampir separuh dh selamat kat dalam perut ni..

Risaunyaaa keracunan makanan.. lagi2 plak baru je ada kes kematian sebab keracunan makanan..

Esok nak pergi kedai tu balik and sound dia.. tp sound dgn berhemah lah..

Supaya lebih berjaga2 dan jaga kebersihan.. sebab nnti apa2 berlaku..

Nyawa org yg melayang..

Ppffttt!!!!!