nuff said

Friday, 4 October 2013

Orang yang baik x selamanya baik...Orang yang jahat x selamanya jahat.



Bismillahirahmanirrahim~

Salam Jumaat semua..

Marilah kita berselawat keatas Nabi Muhammad saw & moga2 kita menerima syafaat daripada Baginda diakhirat kelak..

Orang yang baik x selamanya baik.
Orang yang jahat x selamanya jahat.

Itu prinsip yang aku pegang setiap kali aku “ter”judge seseorang.

Aku dulu suke judge orang tu baik lah.. jahat lah.. melalui luarannya..

Tapi apabila berlaku beberapa insiden depan mata, alhamdulillah aku berjaya reset semula
Otak aku.. & sumtimes bila aku terjudge seseorang, aku cepat2 muhasabah diri aku semula dan akan mendoakan yang terbaik untuk org tersebut..

Artis

Kalau kita tgk balik artis2 yang dahulunya seksi tahap gaban.. mmg mereka ni selalu dikutuk lah seolah2 mereka ni kompem neraka… tapi dengan kuasa Allah.. hidayah itu milik-NYA.. bila mereka ni berubah, boleh dikatakan mereka ni lebih mulia drpd orang2 yg mengutuk mereka dulu.. spt Wardina Safiyah, Irma Hasmie, Adam AF, & lain2.. unlike artis2 yg mmg dr dulu bertudung tp masih gagal menutup aurat. Sebab tudung yg dipakai masih belum menepati syariat. 

Kawan lama di sekolah

Kawan2 kat sekolah dulu, ramai yg mmg bertudung.. bertudung masa sukan, masa dalam kelas.. boleh dikatakan full time lah.. tapi bila dh meninggalkan sekolah.. tudung ntah ke mana.. rambut dh mcm2 kaler.. baju berlubang sana sini.. 

& kawan2 yg dulu x bertudung waktu disekolah.. siap seluar pendek waktu sukan skang ni dah bertutup.. tudung lebih labuh drpd aku.. baju lebih longgar drpd aku..
Perubahan yang positive mmbuatkan aku kagum dan malu sendiri..

Kawan di pejabat

Kat office ni majoriti perempuan melayu mmg bertudung.. ada yg tutup aurat dengan sempurna, ada yg untuk berfesyen saja & tidak mengikut syariat..

Tapi disurau office, rata2 yang free hair plak menjadi pengunjung setia menunaikan solat..
Aku hanya mampu senyum dalam diam.. sedih melihat insiden ini..

Alhamdulillah.. tak berapa lama lepas tu,, mereka2 yg free hair ni ada yang sudah menutup aurat.. tudung di pin bawah.. & berbaju kurung setiap hari..

Solusi

Benarlah apa yang seorang ustaz (tak ingat nama) kata dalam majalah solusi.. bahawa “pakaian menutup aurat” adalah pakaian wanita yang baik2 sahaja.

Jika seorang wanita yg mmg bertudung, tapi masih kuat mengumpat , solat tak cukup, masih buat maksiat… potensi untuk wanita itu buka semula auratnya sangat tinggi.. & auratnya juga pasti tidak ditutup dengan sempurna.. pakai tudung tp singkat.. pakai tudung tp bj lengan pendek & etc..

Tapi, jika seorang wanita yang free hair,, tp solat dia jaga, pergaulan dia jaga, pertuturan dia jaga.. potensi untuk dia menutup aurat juga sangat tinggi..mungkin memakan masa yg lama tapi x mustahil dia sedang berusaha ke arah itu. kerana setiap manusia itu berubah.. dan setiap manusia mmg sentiasa berusaha untuk jd yg terbaik..

Jadi, jom sama2 muhasabah diri kita..

Mungkin hari ini dia hina, tp esok mungkin mulia disisi Allah.
Hari ini mungkin kita mulia, tp esok mungkin hina disisi Allah.

Adakah dengan menghina pemakaian seseorang itu akan membuka hatinya untuk berubah?
Atau dengan menghina akan membuatkan dia lebih jauh drpd Allah?

Jangan kita jd punca orang yg berniat untuk berubah, terbantut..

No comments: