nuff said

Thursday, 5 March 2015

Mengapa Mereka Lebih Baik Daripada Kita?

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua~

sekarang ni musim panas and hujan lebat tetiba yang tak menentu...

maka, ramai yg demam, batuk2 and selsema..

kesihatan itu satu nikmat, jadi apabila dah sakit... carilah penawar yang sebaik2nya...

ok... saya nak tanyalah kepada kawan2 semua..

majoriti yang singgah ke blog ni adalah orang melayu islam kan..

kita sedia maklum bahawa agama Islam ni adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita.. Islam adalah cara hidup yang sempurna... sesiapa yg praktis apa yang terkandung didalam al-quran, insyaAllah selamat and bahagia sepanjang hayat...

tetapikan.. saya nak tanyalah.. apa masalah umat islam sekarang ni..? (termasuk diri sendiri)

kalau di Jepun, sesiapa yang pernah ke sana mesti setuju bahawa mereka sangat menepati masa..

kat sini kita meeting waktu genap such as pukul 2 tepat... pukul 3.30 petang... tapi itu pun pasti ada yang lambat 5-10 minit..

tetapi di Jepun, meeting mereka pada jam 2.17 petang atau 3.48 petang ..

pada mereka, setiap minit itu penting... setiap minit itu dikira...

lihat pula pada gambar rajah di bawah ni..



mengapa di kuil , adab mereka sangat tinggi.. sedangkan kita orang Islam juga dituntut untuk mempunyai akhlak dan adab yang baik..? 

lihat juga dinegara luar, boleh cari video2 di youtube.. di negara eropah..

dimana, setiap makhluk yang bernyawa itu berharga..

apabila ada anjing/kucing/itik melintas jalan... mereka memperlahankan kenderaan masing2 dan membantu haiwan tersebut melintas jalan... tak seperti majoriti rakyat di Malaysia... nampak anjing/kucing/itik/ayam nak melintas laju je kenderaan.. maka, banyaklah bangkai bergelimpangan di jalan raya..

what happened to us?

kita solat.
kita tutup aurat.
kita bersedekah.

tapi kenapa adab dan akhlak kita masih kebelakang?

why not kita mula dari sekarang... jadi yang terbaik.. beri contoh yang baik kepada ahli keluarga kita dan kawan2 kita...

susun kasut... buang sampah dalam tong sampah... beri laluan kepada makhluk lain ciptaan Allah.. tepati masa... 

di stesen LRT Ampang Park, ada satu tong sampah ditepi tangga.. dan tong sampah itu ada satu nota "Tolong Gunakan Saya" , ya Allah.. saya sedih.. even tong sampah pun mintak tolong gunakan dia...

mari muhasabah diri kita...

wassalam~

Monday, 2 March 2015

Hari Keluarga Hajah Khalijah & Abdullah Azizi

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua~

2 hari tak update blog due to kekangan masa..

saya baru balik daripada Hari Keluarga Azizi & Hajah Khalijah iaitu keluarga belah abah saya yang tercinta... event tersebut berlangsung daripada hari jumaat hingga ahad semalam. bertempat di Teratak Chalet Atie Iera, Pengkalan Balak , Melaka.

untuk tempat tersebut saya bagi 5 bintang kerana lokasinya yang strategik. sangat dekat dengan pantai laut dan ruang yang agak privasi untuk akitiviti keluarga...

bayaran 3 hari 2 malam berserta makan pagi, tengahari dan malam dan caj tambahan yang lain dimana seorang hanya perlu membayar RM93.00 sahaja. Murahkan? untuk keluarga saya yang 3 orang, RM93.00 darabkan dengan 3.

well.. bila dah hari keluarga.. haruslah pelbagai aktiviti dijalan.. games , santai , karoke and macam2.. we really had fun... 

suka saya nak kongsikan gambar2 dgn kawan2 semua~



with cousins~

senaman pagi dan sunburn?

budak2 halus yang comel

le cousins

with opah ku sayang

gambar family yang not ready / all the uncles / gambar depan chalet

games 1.shake it off 2. dugong terdampar 3.persediaan persembahan anak sedara

demi memberi penghargaan kepada pakcik dan makcik kami, all anak sedara votes for every category for respective uncles.

thanks for reading.. wassalam



Thursday, 26 February 2015

Salah Siapa : Peniaga atau Pembeli?

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangans semua~

sekejap je dah hari khamis.. esok dah jumaat, lepas tu weekend~

cepat sangat masa berlalu kan...

semalam terjumpa satu post ni... katanya "Peniaga Melayu be like"



& ramai yang mengutuk peniaga melayu tersebut..

well.. dalam kes ni sy lebih suka diam dulu.. chill dulu.. baru meluahkan pendapat saya..

masing-masing ada salah masing-masing..

mari kita bersangka baik dengan peniaga dahulu.

mungkin padanya leceh untuk mengembalikan baki kepada pelangan. bayangkan kalau 100 pelangannya beri bayaran yang lebih, berapa banyak perlu dia pulangkan dan letakkan dalam envelope. lebih-lebih lagi letak duit dalam envelope untuk di pos adalah bahaya dan tidak digalakan oleh prosedur pos malaysia/ courier company itu sendiri.. buatnya hilang? macam mana? dan bayangkan jika ada baki yang sen sen..? tidakkah itu leceh dan tambah kerja pula kepada si peniaga?

bagaimana pula dengan pembeli.. ?

mungkin dia memang takde maybank2u atau mana-mana online banking yang lain. & ini merupakan kali pertama dia membeli secara online, kerana itu dia tidak familiar dengan prosedur pembelian online, semoga dia jadikan ini satu pengajaran.

my 2cents

takde perkara yang tidak boleh diselesaikan selagi peraturan tersebut ditetapkan oleh manusia.

si peniaga seharusnya lebih mesra dan tidak mudah melatah. & pulangkan sahaja baki kepada pembeli tersebut dengan memberi nasihat agar perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. jadilah seorang peniaga yang ada toleransi agar pembeli tidak lari. prosedur hanyalah prosedur.. sedangkan undang-udang negara pun boleh ditambah tolak. 

bila kita menyenangkan urusan orang, InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita... begitu juga sebaliknya..

& pembeli juga haruslah fikirkan keadaan si peniaga.. lebih-lebih lagi online shopping. kalau takde online banking, minta bantuan daripada kawan2 yang ada or tanya si peniaga alternative lain yang boleh dilakukan.. sesetengah peniaga mmg takkan bagi diskaun walaupun sepuluh sen lebih2 lagi dengan customer baru.. lainlah kalau kita dah kerap beli dekat dia,, semestinya dapatlah diskaun as regular customer ye dok..

saya sendiri merupakan seorang yang kerap membeli secara online. dan saya faham mmg rumit jika saya bayar lebih dan mengharapkan baki daripada peniaga tersebut. jadi, saya usaha lebih sikit dengan mendaftarkan online banking atau minta bantuan kawan yang ada online banking untuk membuat transaksi duit. kalau susah sangat tak perlu beli online, kita beli kat kedai je mudah.

apa-apa pun.. hal ini boleh diselesaikan.. jika masing-masing ada sikap tolak ansur.

& saya kira cukup baik si peniaga memberi kelonggaran bahawa baki itu akan ditolak daripada pembelian akan datang.

we can say NO. tapi pasti ada cara yang lebih berhemah dan pasti akan diterima oleh sesiapa pun.

kadang-kadang orang tak marah pun , cuma terkilan dengan "cara" penyampaian kita sahaja.

wassalam~



Wednesday, 25 February 2015

Tuesday, 24 February 2015

Petua Mengatasi Masalah Masakan - Makanan terlebih masin

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Hari ni ramai yang dah kembali berkerja setelah cuti sakan~

KL dan kembali jem... tren dah mula sesak...

ok..ok.. ada kemusykilan sikit la yang ingin saya kongsikan pagi ni..

adalah satu buku ni... buku resepi and petua masak-memasak ni..



mmg menarik petua2nya sebab kitakan manusia biasa...

mesti ada terbuat silap.. terlebih masin.. terlebih manis.. terlepas pedas.. and mcm2 lagi..

yang menarik mata saya adalah petua menghilang/mengurangkan rasa masin pada makanan...

cerr tengok ni..


katanya :

".....setelah gulai mendidih, tutup api & periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan keringkan.. tutup semula masakan tadi . Rasa masin akan hilang dengan sendirinya"

errk.. kelembapan melanda.. apabila sel-sel otak tak berapa nak berhubung..

apa kena mengena tudung periuk dengan makanan masin tu?



acanerr bleh kurang masin dengan sendirinya?

mohon pakar masak memasak beri pencerahan sikit..

hihihihihi... 

wassalam~