nuff said

Monday, 23 September 2013

masih ada sebab ke untuk aku bersangka baik?!



Susahnya nak bersangka baik lebih2 lagi dah takde alasan untuk bersangka baik lebih2 lagi dengan Iman dalam hati yang x berapa nak baik.. doa ku panjatkan agar Allah membersihkan hati ku yang kotor dan berkulat ini..


Ada seorang hamba Allah yang bernama Kubis (bukan nama sebenar) . Beliau seorang setiausaha tempat aku bekerja skang ni. Kubis ni masa awal2 aku kenal dia dulu aku dah mmg x berkenan. 

Sebab Kubis ni seorang isteri orang yang sudah punya 2 orang anak.. aku tak kenan ngan dia bukan sebab jeles ke ape.. tapi kerana aku x suke tgk isteri orang bergelak ketawa seperti keldai dengan laki2 orang (staff lelaki) .. 

Kubis ni pun rajin lepak kat kaki tangga sambil menghisap rokok cap Malboro.

 
 
Tak indah pemandangan mata aku melihat wanita sebegini. Bila aku dah terlalai dengan keangkuhan diri. Aku cepat2 istigfar dan CUBA BERSANGKA BAIK.. mungkin Kubis ni ada masalah keluarga kot sebab tu cara hidup dia cenggitu. 

Setiap kali bertembung ngan Kubis aku paksa diri aku melemparkan senyuman paling manis kepadanya. Aku cuba menjadi orang yang berbaik sangka.

Tiba bulan puasa yg lepas sekali lagi iman aku tercabar apabila Kubis dengan selamba rock makan depan kami staff muslim ni.. 

FYI Kubis is a muslim. Tak cukup dengan memakan, beliau tetap menjadi naga yang menghembuskan asap kepul2 ditepi tangga. 1-2 minggu yg pertama dibulan puasa aku pikir maybe dia uzur.. 

tapi..bila dh nk smpai raya.. aku xtau nk pikir apa lagi.. Setan membisik ke telinga ku dengan kata2 hasutan agar aku membenci orang sebegini.

 
 
Kemudian, aku muhasabah diri aku semula agar hanya membenci kelakuannya bukan si pelakunya.. dia mesti ada alasan yang tersendiri.

Kubis ni ada masalah disiplin sket dlm hal2 kedatangan ni.. dtg lambat tapi balik awal. Tapi hal ini dibenarkan di pejabat aku asalkan for a good reason. Tapi kerana kekerapan yang dilakukan oleh Kubis ni membuatkan bos besar aku hanginn satu badan.. & kuar 1 memo, dah tak boleh balik awal langsung!! For whatever reason!!!.. hampir 100 orang staff hangin dgn peraturan baru ni tapi mereka tak tahu kerana angkara si Kubis ni.. aku tahu kerana Kubis ni laaa yang membuatkan bos buat peraturan zalim mcm tu.. kerana aku HR.. 

Setiap kali aku lalu tempat Kubis, aku Nampak dia main game.. bukan buat keje..

Aduhaaiii~~!!! Panas nyerrrrr hati aku ni..

Aku dah x tau nak bersangka baik mcm ne lagi dah..
Kerana dia , aku dh x boleh nak balik awal kalau ada urusan penting yang perlu diuruskan.

Your business is your business, but once your business affected others people business it became our business also.. 

apa aku merepek daa…

Ya Allah! Cucilah hati ku daripada kebencian ini…  berilah petunjuk pada Kubis untuk berubah .

No comments: