nuff said

Tuesday, 17 September 2013

Pelajar2 Istimewa - SMK Bandar Rinching



Bismillahirahmanirahim..



Minggu lepas selesai Program Motivasi Gemilang bersama adik2 daripada SMK Bandar Rinching.


Seramai 36 pelajar yang terlibat dan mereka ini adalah pelajar2 yang lain daripada yang lain.


Rata2 mereka mempunyai masalah disiplin yang berbeza seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, kaki

Buli, tak buat kerja sekolah & etc.



Sedih dan pilu apabila melihat mereka2 ini berwajah cantik dan manis, kacak dan tampan.


Alangkah indahnya jika dalaman mereka secantik luaran mereka.



Aku ingat lagi pada malam pertama iaitu hari Jumaat, aku mendekati pelajar yang paling tertutup minda nya. Namanya Raj , pelajar tingkatan 4 berbangsa india yang terkenal dengan kesalahannya ponteng kelas dan diantara “abang long” bagi pelajar2 berbangsa india.



Sepatah aku Tanya, sepatah dia menjawab.



Langsung tidak menunjukkan reaksi yang mesra dan jelas kelihatan dia bosan berada di kem.


Aku ambil pendekatan tidak terlalu “pushy” dan terus bermesra dengan rakan2nya yang lain dan turut bergurau senda dengan mereka. 







Aku ingin tunjukkan pada mereka bahawa aku tidak akan sesekali menghukum mereka diatas kesalahan mereka yang aku tidak Nampak didepan mata agar mereka selesa bergaul dengan aku.



Kemudian, aku ditugaskan untuk mengendalikan kumpulan 1 dimana kumpulan ini dianggotai oleh semua pelajar lelaki serama 9 orang. Nama2 mereka ialah Adam,Angah, Azman, Wan, Azim, SriRaj , Raj, Teenesh  & Tores.



Dugaan yang besar bagi aku mengendalikan kumpulan ini. Kerana mereka2 ini adalah pelajar2 yang sangat nakal dan kerap dihukum oleh Guru Disiplin dan sering melakukan kesalahan yang agak berat.

Tetapi, tidaklah sukar menguruskan mereka kerana dengan ilmu yang terbekal didada dan pengalaman silam diri sendiri sewaktu di bangku persekolahan, aku Berjaya membimbing mereka sehingga mereka dinobatkan Kumpulan Terbaik .



Dalam aku bermesra dengan mereka sebagai kawan, aku juga tegas dalam sesetengah keadaan. 


& Alhamdulillah , perangai mereka yang seakan2 “Beruk” di hari pertama berubah sama sekali pada hari Kedua.. lebih matang dan beradab.. aku tahu mereka hanya insan biasa yang lemah yang kurang perhatian dan dorongan daripada keluarga dan masyarakat.



Bermacam2 aktiviti dijalankan selama 3 hari 2 malam ini untuk membuka mata mereka bahawa mereka Adalah insan istimewa dan amat rugi jika mereka mensia-siakan peluang yang ada.



& aku terkejut dan tersentuh apabila Raj sangat mesra dengan aku. Setiap kali berselisih dia akan memberi salam sejahtera kpd aku , sentiasa tersenyum dan selalu menanya khabar .



Bukan Raj sahaja malah hampir kesemua ahli kumpulan 1 menunjukkan sikap yang amat positif.



Aku mendoakan agar Allah melindungi adik2 SMK Bandar Rinching daripada musibah dan semoga mereka beroleh kesabaran mengharungi segala dugaan & cabaran..




No comments: