Bismillahirahmanirahim~~
Assalamualaikum semua… back to work!
Setelah seharian cuti
semalam.. rasa mcm hari isnin plak hari ni.. padahal khamis ye.. esok
jumaat..pastuh cuti lagi.. weehooo~~ mood akhir tahun.. xde mood nk bekerja..
ohhh sungguh pemikiran yang tak sihat..
Ok.. sy sgt sgt x sabar nk berkongsi cerita ni..
Semalam saya sangat emosi selepas selesai menonton 47 RONIN
di Alamanda.
Pada saya cerita tu sangat sangat menarik dan wajib ditonton
oleh semua golongan masyarakat.
Berdasarkan kisah benar disebuah Empayar Zaman Jepun dahulu .
Kisah menuntut keadilan diatas kematian Tuan AKO yang dianggap tidak adil
kerana Tuan AKO disihir sewaktu beliau melakukan jenayah yang tidak
disengajakan.
Kai (Keanu Reeves) , Samurai Oishi dan beberapa samurai yang
lain berkumpul untuk menuntut bela diatas kematian tuan mereka.
Cerita ini menunjukkan betapa susahnya hidup
mereka setelah tuan mereka dihukum mati secara terhormat (kamikaze) .
Samurai2
ini digelar Ronin kerana mereka tidak bertuan dan dibuang daerah oleh pihak
jahat. Oishi pula dikurung dibawah tanah selama setahun manakala Kai dijadikan
hamba di pelabuhan perkapalan.
Apabila Oishi dibebaskan , dia mengumpulkan kesemua samurai2
yang pernah diusir termasuk Kai. Strategi perlawanan ketenteraan yang sangat
menarik. Terlalu banyak unsur2 pengajaran dalam cerita ni. Kesetiaan , hormat
menghormati, pegang pada janji , amanah dan setiakawan.
Bagi orang jepun, kematian secara kamikaze adalah yang
terhormat. Ala-ala jihad lah. Dimana bagi kepercayaan mereka kompem syurga lah.
& mereka tahu tindakan mereka menuntut bela ni akan membawa mereka ke tali
gantung. Tapi mereka nekad untk menegakkan keadilan.
Part yang paling sedih apabila sehari sebelum mereka mahu
menyerang untuk merampas kembali AKO. Masing2 menuliskan nama masing2 agar
diperingati jasa mereka berjuang untuk rakyat2 AKO.
& as always… yang baik
pasti menang.. mereka berjaya menawan AKO kembali dengan membunuh pihak2 yang
jahat.
Apabila urusan mereka selesai.. mereka menyerah diri kepada
Ketua Samurai (Shogun) untuk menerima balasan dan hukuman . memandangkan mereka
yg 47 orang ni merupakan Samurai, mereka diberi pengiktirafan untuk mati bunuh
diri (Kamikaze) seperti yang mereka idamkan.
Tamat~~
So, kenapa saya sgt emosi?
Sebab melalui cerita ni org2
jepun yang dok kat AKO sekarang ni akan lebih buka mata dan menghargai
pahlawan2 yang berjuang sehingga membawa kesenangan pada mereka sekarang ni.
Seperti pejuang2 tanah melayu kita Dol Said, Rentap, Hj Abd
Rahman Limbong, Maharajalela , mereka berjuang demi penduduk di Tanah Melayu.
Tapi
sadly ada anak2 muda yang don’t even bother to know them & tak peduli pun
nk menghargai mereka sedangkan mereka ni
lah yg berjuang untuk nasib kita sehingga kita mendapat kesenangan yg dinikmati
sekarang ni.
Serius.. cerita 47 Ronin sangat best.. must watch ok..
100
bintangs~
No comments:
Post a Comment