Bismillahirahmanirahim~
Assalamualaikum wbt dan Salam Hari Isnin..
Alhamdulillah,, syukur kerana kita masih dipinjamkan udara
dan segala pancaindera untuk kita menikmati segala nikmat yang Allah berikan
pada kita.. Amin ya Rabb.. sesungguhnya DIA Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.
Jom berselawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW
moga2 kita diantara umatnya yg layak menerima syafaat daripada baginda.
InsyaAllah.
Hari ni nak menceritakan tentang kasih sayang Allah.
Kasih sayang Allah sangatlah hebat kepada kita hambaNYA.
Walau mcm mana pun kita diduga dengan kesusahan, DIA tidak
pernah sesaat pun meninggalkan kita.
Alhamdulillah.. sy salah seorang hamba-NYA yang sering diuji
dan diduga.
Diuji dengan kesusahan hidup.. diuji dengan kekurangan harta
dan ilmu agama.
Rata2 rakan2 sebaya sy yg mengalami senasib dgn saya, sudah
tersesat jauh.
Ujian yang melanda mereka menyebabkan mereka semakin jauh
drpd agama.
Sy doakan rakan2 sy kembali ke pangkal jalan dan
meninggalkan dunia maksiat.
Sy bukanlah seorang yg ilmu agama tebal didada..
Tetapi, Kasih sayang Allah yang Maha Hebat.. DIA
menganugerahkan keluarga yang penyayang dan
Kawan2 yang sejati.
Setiap kali sy jatuh.. didepan sy pasti ada pintu
penyelesaian.
Jika dilihat diri ini 10 tahun yg lepas dan diri ini yang
sekarang..
Alhamdulillah… bersyukur sangat2 kerana air mata yg jatuh
kerana ujian dan dugaan yang dulu membuatkan diri ini menjadi lebih baik dan
lebih matang.
Moga-moga , Allah tidak menarik nikmat ini drpd sy. Terlalu byk
perubahan yg perlu sy lakukan.
Tertarik dengan kata2 Abg Sham Kamikaze.. katanya “hijrah
bukan sekali, tetapi berkali-kali”
Janganlah kita anggap perubahan yg kita lakukan ini sudah
cukup.
Gali lah lagi ilmu agama .. selamlah lebih dalam ilmu
al-quran.
Moga2 kita selamat drpd fitnah dunia dan bahagia selamanya
di akhirat yang kekal selamanya.
Wassalam~ thanks for reading.
No comments:
Post a Comment