nuff said

Wednesday, 17 April 2013


Mama & Abah,
Anakmu yang berada jauh ini dalam kerinduan,
Walaupun tidak terkata, Meskipun tidak terucap,
Kalau dulu mungkin sibuk menjadi alasan,
Ego menjadi rintangan.

Kini, anakmu ini sedang cuba untuk berubah,
Walaupun sedikit, dan mungkin banyak silapnya di matamu,
Mohon  terus sabar,
Sentiasalah mendoakan anakmu yang sangat merinduimu ini.


Mama & Abah,
Anakmu ini mohon ampun,
Atas segala perbuatan yang derhaka,
Yang melukakan hatimu.

Maaf Mama & Abah,
Kedegilan anakmu ini,
Ditambah dengan rasa bongkak,
Membuatkan anakmu ini lupa,
Seolah-olah tidak tahu betapa beratnya pengorbananmu,
Yang mengandungkanku sembilan bulan,
Yang sentiasa bersabar melayan karenahku,
Maafkan anakmu ini..

Mama & Abah,
Dulu aku tertanya-tanya,
Mungkin juga aku pandang pelik,
Kenapa Mama & Abah, sering bersujud?
Kenapa Mama & Abah, asyik berdoa?
Kenapa Mama & Abah, sikit-sikit menyuruh bersolat,
Menyuruh mendekatkan diri kepada Tuhan.

Semuanya bagaikan masuk ke telinga kanan,
Keluar entah ke mana..
Rupanya itulah kekuatanmu, Mama & Abah,
Kekuatanmu yang sering memohon kepada Allah,
Dialah yang menguatkanmu,
Sepanjang menjagaku.

Subhanallah,
Berat sungguh ujianmu Mama & Abah,
Berhadapan dengan putera & puterimu,
Yang setiap seorang punya perangai sendiri.

Mama & Abah,
Andai anakmu ini pergi dahulu sebelummu,
Halalkanlah segala yang Mama berikan,
Restuilah segala yang anakmu ini lakukan,
Mohon Mama & Abah sabar dalam segala yang Allah tentukan,
Doakan anakmu dapat bertemu denganmu di Syurga,
Marilah sama-sama kita merasai cinta Yang Maha Esa.

Mama & Abah,
Satu hari nanti,
Andai aku juga bergelar ibu,
Aku mahu mencontohimu,
Malah ingin cuba menjadi lebih baik, biiznillah,
Doakan anakmu ini..

- Artikel iluvislam.com

Mama

The queen of my heart
My best girl Friend
My best stylist
Cantik
Comel
Gorgeous 
Hot
Superwoman
Brilliant
Super friendly
&
Gediks :P

Thats my Mama.... 




Anak sulong daripada 5 orang adik beradik. Dilahirkan di negeri Perak dan bekas pelajar SMK Raja Muda Musa diberi nama Roziah Binti Yahaya.

Mama seorang yang seperti aku nyatakan di atas. If i could describe an ideal Mother, i will describe mama.
Pada pendapat aku, mama seorang yang perfect.

Mama sangat kasih pada anak2 nya Nurul Ayesha, Nurul Ain Diyana, Wan Jaffri dan Nur Deenee. Mama akan pastikan segala keperluan anak2 nya terjaga. Walaupun aku dan kakak sudah bekerjaya, tetapi kadang2 kami tetap dilayan seperti anak yang masih bersekolah.

Mama tidak seperti mak2 orang lain. Bayangkanlah boleh dikatakan kami selalu pergi karoke bersama2.. tengok wayang sama2... shopping sama2... bergossip pun sama2.. perkara2 yang rata2 orang muda zaman ini lakukan bersama kawan2 sebaya, tetapi aku lakukannya bersama mama..

dengan mama , aku boleh berkongsi apa sahaja... cerita pasal putus cinta ke ape ke.. semua aku kongsi kan dengan mama... mama tak pernah marah jika apa yang aku ceritakan tu agak tidak boleh diterima olehnya, sebaliknya mama akan nasihat dengan penuh hemah .

aku tak pernah rasa dikongkong. aku boleh keluar dengan sesiapa sahaja ASALKAN aku jujur beritahu kemana aku pergi dan dengan siapa aku bersama...

Sikap mama & abah yang sangat penyayang dan sangat mempercayai aku 100% takkan sesekali aku pandang ringan... malah aku gunakan kepercayaan mereka pada aku sebaik2nya untuk menjaga diri aku dan tidak mahu mengaibkan mereka di mata masyarakat.

walaupun mama masih kelihatan cantik dan sihat, tetapi aku tahu bahawa usia mama semakin meningkat.
aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mama...dan sentiasa berusaha menjadi anak yang berjasa.

aku sayang mama... dunia & akhirat...

Abah


Assalamualaikum wbt..

Pada pagi yang penuh barakah ini, aku nak berkongsi tentang seorang Insan yang amat aku sanjungi dan sayangi.. Seorang Insan yang tabah dan cekal menempuh kehidupannya sebagai seorang BAPA.

Nama diberi, Ahmad Annuar Bin Abdullah Azizi . Pelajar lepasan Malay College Kuala Kangsar dan berkhidmat sebagai Air Traffic Officer didalam TUDM. Dilahirkan di negeri Perak pada 9 July 1950. Anak ke-3 daripada 10 org adik beradik. Di kalangan keluarga terkenal dgn gelaran Che Yang, Pak tua dan Tok Maharaja.

Dikurniakan 2 orang cahaya mata yang amat menyayangi dan mengasihi beliau iaitu Nurul Ayesha dan Nurul Ain Diyana. Kami memanggil insan hebat ini, Abah.

Abah seorang bapa yang sangat penyayang. Abah sanggup buat apa saja demi kami anak2 nya. Abah bukan seorang yang kaya dengan harta. Tetapi dia sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi kehendak kami.

Teringat masa kecil dulu, sebelum tidur abah pasti akan dodoikan kami dengan lagu2 rekaannya dan bercerita tentang apa sahaja mengikut kehendak kami.. Dulu aku dan kakak sangat gila kan Ultraman. Jadi abah akan gunakan kretiviti & imaginasi nya untuk mereka cerita2 tersebut.

Kadang2 bila takde sesiapa yg "available" untuk menjaga aku dan kakak. Abah akan bawa kami ke pejabatnya dan bermalam disana. Abah langsung tak peduli apa rakan2 sekerja nya akan kata kan mengenai kami. Asalkan anak2 nya berada disisi.

Dulu masa sekolah rendah, abah akan hantar kami ke sekolah dengan menaiki motor. Perjalanan daripada rumah ke sekolah makan masa 20 minit. Selalu juga bila sampai sahaja disekolah, rupa-rupanya aku terlupa bawa beg sekolah. Sungguh! abah tak pernah marah mahupun merungut. Abah patah balik semula ke rumah untuk mengambil beg sekolah aku.

Selama aku hidup dimuka bumi ini, aku tak pernah dicederakan mahupun dijentik oleh Abah. Kerana abah mengajar kami dengan cara yang penuh hikmah. Abah selalu menasihati kami agar menghormati orang tua. Bila berjumpa dengan saudara-mara mesti salam dan cium tangan. Sentiasa memberi tempat duduk pada orang yg memerlu kan.. selalu bersedekah pada org miskin... buang sampah tidak boleh merata2...

Alhamdulillah.. dengan didikan abah, aku boleh dikata menjadi manusia yang terbentuk. Walaupun pasti akan ada ruang kelemahan pada aku dan kakak.. Tetapi apa yang abah ajar pada kami, sehingga hari ini kami praktik kan... Respect orang tua , tidak buang sampah merata2 , bersedekah dan lain2..

sebab tu kadang kala sakit mata dan sakit hati apabila ada segelintir orang yang muda2 tiada nilai mulia dalam diri.. aku percaya bahawa didikan ibu bapa itu penting untuk membentuk insan yang berguna satu hari nanti...

terlalu banyak keistimewaan abah pada kami yang tak dapat digambar kan dengan kata-kata.. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang mengkagumi dia.. Abah seorang yang ceria, penyayang dan easy going. Ramai orang senang dengan sikap abah.

sekarang abah dalam keadaan kesihatan yang tidak baik. Aku dan kakak bertungkus lumus memastikan abah sentiasa selesa dan kehendak abah dipenuhi. walaupun kami tahu, jasa abah takkan mampu kami balas.  Tapi kami sentiasa mencuba yang terbaik.

aku sangat sayangkan abah.

Moga2 Allah menyayangi abah sepertimana abah menyayangi kami.

Monday, 15 April 2013

Crazy Little Thing Called Love

Assalamualaikum wbt.

Di pagi Isnin yang serba indah ini, aku nak berkongsi sebuah Filem Thailand yang berjaya menambat hati aku. Aku ni Bukanlah peminat tegar filem2 ni tetapi bila aku dh lekat depan TV more than 30 Mins, maksudnya cerita tu berjaya mengikat minat aku untuk terus menonton sehingga tamat.

"Crazy Little Thing Called Love" comedy romantic movie merupakan 1 of my favorite movie. Cerita dia berkisarkan kisah pengalaman pelajar perempuan sebuah sekolah yang meminati abg senior nya dalam diam. Aku pasti ramai diluar sana mempunyai pengalaman syok pada seseorang waktu dibangku sekolah & aku tidak terkecuali.

Nam adalah watak heroin dalam cerita ni. Seorang junior yang berkulit sawo matang meminati Shone (Hero) , seorang senior yang famous dengan kehensemannya & aktif dalam activity sukan dan persatuan.

Berbagai2 cara yang dilakukan oleh Nam untuk membuat Shone sedar akan kehadirannya. Diantara nya :

1.  Nam selalu nak pergi tandas semata2 nak lalu depan kelas Shone
2.  Nam selalu mengekori Shone secara senyap (not in a creepy way)
3.  Nam akan menyimpan apa saja barang yg pernah disentuh oleh Shone
4.  Nam akan telefon rumah shone semata2 nak dengar suara Shone
5.  Nam menjadi pelajar yang aktif supaya Shone tahu kewujudan dia

& sebenarnya dalam diam, Shone mmg menyukai Nam tetapi dia terlalu Ego untuk meluahkannya. Kerana watak Shone merupakan watak yang punyai karakter sangat misteri dan pendiam. Dan rupa2nya Shone pun suka pada Nam dalam diam.

Memang Best sgt cerita ni.. Tangkap leleh menangis je.. Tak rugi tgk..

Nah , aku selit kan gambar Shone dan Nam !




Friday, 12 April 2013

Ketua Bidadari Syurga



Wanita Hiasan Dunia
Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah


note to myself : This is you. One day. InsyaAllah