nuff said

Wednesday, 17 April 2013

Abah


Assalamualaikum wbt..

Pada pagi yang penuh barakah ini, aku nak berkongsi tentang seorang Insan yang amat aku sanjungi dan sayangi.. Seorang Insan yang tabah dan cekal menempuh kehidupannya sebagai seorang BAPA.

Nama diberi, Ahmad Annuar Bin Abdullah Azizi . Pelajar lepasan Malay College Kuala Kangsar dan berkhidmat sebagai Air Traffic Officer didalam TUDM. Dilahirkan di negeri Perak pada 9 July 1950. Anak ke-3 daripada 10 org adik beradik. Di kalangan keluarga terkenal dgn gelaran Che Yang, Pak tua dan Tok Maharaja.

Dikurniakan 2 orang cahaya mata yang amat menyayangi dan mengasihi beliau iaitu Nurul Ayesha dan Nurul Ain Diyana. Kami memanggil insan hebat ini, Abah.

Abah seorang bapa yang sangat penyayang. Abah sanggup buat apa saja demi kami anak2 nya. Abah bukan seorang yang kaya dengan harta. Tetapi dia sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi kehendak kami.

Teringat masa kecil dulu, sebelum tidur abah pasti akan dodoikan kami dengan lagu2 rekaannya dan bercerita tentang apa sahaja mengikut kehendak kami.. Dulu aku dan kakak sangat gila kan Ultraman. Jadi abah akan gunakan kretiviti & imaginasi nya untuk mereka cerita2 tersebut.

Kadang2 bila takde sesiapa yg "available" untuk menjaga aku dan kakak. Abah akan bawa kami ke pejabatnya dan bermalam disana. Abah langsung tak peduli apa rakan2 sekerja nya akan kata kan mengenai kami. Asalkan anak2 nya berada disisi.

Dulu masa sekolah rendah, abah akan hantar kami ke sekolah dengan menaiki motor. Perjalanan daripada rumah ke sekolah makan masa 20 minit. Selalu juga bila sampai sahaja disekolah, rupa-rupanya aku terlupa bawa beg sekolah. Sungguh! abah tak pernah marah mahupun merungut. Abah patah balik semula ke rumah untuk mengambil beg sekolah aku.

Selama aku hidup dimuka bumi ini, aku tak pernah dicederakan mahupun dijentik oleh Abah. Kerana abah mengajar kami dengan cara yang penuh hikmah. Abah selalu menasihati kami agar menghormati orang tua. Bila berjumpa dengan saudara-mara mesti salam dan cium tangan. Sentiasa memberi tempat duduk pada orang yg memerlu kan.. selalu bersedekah pada org miskin... buang sampah tidak boleh merata2...

Alhamdulillah.. dengan didikan abah, aku boleh dikata menjadi manusia yang terbentuk. Walaupun pasti akan ada ruang kelemahan pada aku dan kakak.. Tetapi apa yang abah ajar pada kami, sehingga hari ini kami praktik kan... Respect orang tua , tidak buang sampah merata2 , bersedekah dan lain2..

sebab tu kadang kala sakit mata dan sakit hati apabila ada segelintir orang yang muda2 tiada nilai mulia dalam diri.. aku percaya bahawa didikan ibu bapa itu penting untuk membentuk insan yang berguna satu hari nanti...

terlalu banyak keistimewaan abah pada kami yang tak dapat digambar kan dengan kata-kata.. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang mengkagumi dia.. Abah seorang yang ceria, penyayang dan easy going. Ramai orang senang dengan sikap abah.

sekarang abah dalam keadaan kesihatan yang tidak baik. Aku dan kakak bertungkus lumus memastikan abah sentiasa selesa dan kehendak abah dipenuhi. walaupun kami tahu, jasa abah takkan mampu kami balas.  Tapi kami sentiasa mencuba yang terbaik.

aku sangat sayangkan abah.

Moga2 Allah menyayangi abah sepertimana abah menyayangi kami.