Assalamualaikum wbt.
Di pagi Isnin yang serba indah ini, aku nak berkongsi sebuah Filem Thailand yang berjaya menambat hati aku. Aku ni Bukanlah peminat tegar filem2 ni tetapi bila aku dh lekat depan TV more than 30 Mins, maksudnya cerita tu berjaya mengikat minat aku untuk terus menonton sehingga tamat.
"Crazy Little Thing Called Love" comedy romantic movie merupakan 1 of my favorite movie. Cerita dia berkisarkan kisah pengalaman pelajar perempuan sebuah sekolah yang meminati abg senior nya dalam diam. Aku pasti ramai diluar sana mempunyai pengalaman syok pada seseorang waktu dibangku sekolah & aku tidak terkecuali.
Nam adalah watak heroin dalam cerita ni. Seorang junior yang berkulit sawo matang meminati Shone (Hero) , seorang senior yang famous dengan kehensemannya & aktif dalam activity sukan dan persatuan.
Berbagai2 cara yang dilakukan oleh Nam untuk membuat Shone sedar akan kehadirannya. Diantara nya :
1. Nam selalu nak pergi tandas semata2 nak lalu depan kelas Shone
2. Nam selalu mengekori Shone secara senyap (not in a creepy way)
3. Nam akan menyimpan apa saja barang yg pernah disentuh oleh Shone
4. Nam akan telefon rumah shone semata2 nak dengar suara Shone
5. Nam menjadi pelajar yang aktif supaya Shone tahu kewujudan dia
& sebenarnya dalam diam, Shone mmg menyukai Nam tetapi dia terlalu Ego untuk meluahkannya. Kerana watak Shone merupakan watak yang punyai karakter sangat misteri dan pendiam. Dan rupa2nya Shone pun suka pada Nam dalam diam.
Memang Best sgt cerita ni.. Tangkap leleh menangis je.. Tak rugi tgk..
Nah , aku selit kan gambar Shone dan Nam !