nuff said

Wednesday, 22 May 2013

Pagi yg gelap, kini sudah terang


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.. ^___^

pagi2 buta ni godek2 blog org terjumpa lah satu blog ni..

katanya sesapa yg ada blog , boleh copy & paste few questions about ourselves.

so, aku kan rakyat malaysia. suke meniru. so.. here goes :D

Soalan 



Andai Rasulullah s.a.w ada di hadapan awak ,apa yang awak nak kata kepada Baginda?
       
Subhanallah.. soalan pertama dah susah.. jika Baginda betul ada didepan mata aku.. aku nak tatap wajahnya lama-lama.. x tahu lah mulut ni boleh keluarkan kata2 ke x..jika mampu, aku nak mintak Baginda memberikan nasihat yang terbaik kpd aku agar aku mampu menjadi anak yang solehah & insan yang Berjaya mendapatkan syafaat Baginda di akhirat kelak.

Apa anime atau karton pertama awak semasa kecil ? 
      
Doraemon tu anime ke? Kalau x, maybe Ranma kot.



Suka makan belacan tak ?
   
Dulu x suke, skang dah slow slow suke… hehehehe

Apa tragedi yang berlaku ke atas diri awak yg sampai sekarang awak tak boleh lupa kannya?

Banyaaakkk… tapi yg paling x dpt dilupakan apabila Abah dalam keadaan yg sgt kritikal di hospital besar kuala lumpur.

Awak paling geli dengan apa?

 cicakk~!!!!!

Awak ada tak menghidap sebarang penyakit ?

at the moment,I don’t think so. Alhamdulillah 

Awak rasa apa kelebihan yang selalu ada pada orang gemuk ?
      
Org gemuk ni selalunya sense of humor tinggi. & personality lebih menarik drpd yg kurus. Sebab org yg gemuk ni impressed people by their attitude not their looks. J

Awak rasa Malaysia sepatutnya contohi negara apa ?
Technology - Jepun

Apa keburukan k-pop ?

Tarian dia kot.. sangat provokasi. 18SX~~!!!

Pernah tak sakit hati dengan seorang blogger ?

blogger yg kaki kutuk. hehe

Suka berangan dalam bilik air tak?
  
Kadang2 time termenung.. wakakaka

Tuesday, 21 May 2013

Nurul Wahab - SATU PEDOMAN SEMPENA HARI IBU… SELAMAT HARI IBU..

Nurul Wahab.. bekas isteri Ajai. merupakan seorang penyanyi yang bersuara lunak. kulit hitam manis berasal drpd penang.

gaya hidup dia yang agak sosial & cara pemakaian dia cukup membuatkan aku tidak berkenan dengan penyanyi ini..

tetapi.. sedikit demi sedikit perasaan kurang senang aku pada dia terhakis.

aku mula membaca penulisan dia di laman blog nya.

kata-kata yang diluahkan oleh Nurul sangat direct tapi penuh dgn pengisian yg positive.

& aku yakin, Nurul seorang wanita yg baik. & sedang berusaha menjadi yg lebih baik. aku doakan yg terbaik buat Nurul.

aku akan kongsikan diantara luahan hati Nurul di blog nya.



SATU PEDOMAN SEMPENA HARI IBU… SELAMAT HARI IBU..

Monday, 13 May 2013

Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu pada tahun ini sangat menyeronokkkan.

Kami hadiahkan kek buat mama tersayang.

kemudian kami ke Sogo sebab Kementerian Wanita ada buat sambutan Hari Ibu disana.

Mereka mengagihkan cup cake & bunga pada ibu2 yang ada disana.

Kami tiba agak lewat .

Wakil drpd Kementerian menemuramah mama kemudia kami didekati oleh seorang wartawan daripada Bernama meminta izin untuk mengambil gambar kami sekeluarga.

& tak disangka pada malam tersebut, aksi kami keluar di Buletin Utama TV3 dan keesokannya gambar kami keluar pd surat khabar The Stars dan Utusan..






sungguh tak disangka..

Friday, 3 May 2013

my dream guy

Bismillahirahmanirahim~~...

Lelaki Idaman.... hmm.. setiap wanita samada si wanita tu cantik/buruk , baik/jahat masing2 mesti ada ciri2 lelaki idaman masing2... & aku tidak terkecuali...

Aku pun ada ciri2 lelaki idaman yang hanya dalam mimpi je lah boleh dapat... tapi kalau Allah sanggup tunaikan hasrat perempuan kerdil yang kurang cantik dan kurang baik mcm aku ni.. Alhamdulillah..
andai tidak.. aku terima dengan penuh redha... Bukannya aku mengharapkan sangat pun... cuma sebagai manusia biasa... OPKOS... suke berangan-rangan kan sesuatu yg mustahil...

Lelaki mahupun wanita adalah manusia biasa yang TIDAK PERFECT!!

tapi kalau ada sedikit2 kene ngan ciri-ciri lelaki idaman aku... dipersilakan isi borang.. cheewaaahh!!!

harap korang x termuntah membaca nya...

Lelaki tersebut mesti :

1.   Ada ilmu agama yang mencukupi (sebab aku suke borak2 hal agama, jd aku perlukan lelaki yg boleh berkongsi pandangan & pendapat ngan aku)

2.   Hormat dan kasih pada kedua2 orang tua nya.

3.   Hormat dan kasih pada orang2 tua tanpa mengira keluarga atau tidak.

4.   Tidak membuang sampah merata2.


5.   Animal lover!!!! terutama kucing!!

6.   Pandai main gitar



7.   Pandai main bola sepak

8.   Suka memasak

9.  Suke lagu2 omputih (blues,jazz,ballads)

10. Solat 5 waktu!!


11.  Romantik yang tidak merunsingkan.

12.  Suara sedap. boleh nyayi untuk aku.

13.  Sensitive.

14.  Tegas.

15.  Kelakar.

16.  Berani menegur segala kelemahan & keburukan aku.




ok x? buat masa ni.. ni je aku boleh fikir... & alhamdulillah.. untuk ketika ini.. my Mr N ada la kene sikit ciri2
di atas..

my Mr N merupakan seorang yang = 2 + 3 + 8 + 10 & 16 . oklah tu... ^___^

Monday, 29 April 2013

SMK Seri Saujana

Pada 26 Apr 2013 - 28 Apr 2013, Kem Kepimpinan Pengawas SMK Seri Saujana. Seramai 113 orang pengawas hadir yang majoritinya berbangsa cina dan india.

Bila berhadapan dengan pemimpin2 muda yang bukan berbangsa melayu ni lain sikit. Mereka lebih outspoken, friendly & very talkative .

dengan mereka ni tak boleh guna pendekatan agama kerana masing2 punyai fahaman agama yang berbeza. jadi aku sedaya upaya tidak menyentuh soal ibadah dalam kepimpinan .

aku lebih tekan kan adab sopan dan budaya ketimuran yang hampir dilupakan oleh golongan muda sebaya mereka.

kerana sebagai pemimpin , berlaku adil dan tegas tidak cukup untuk menjadi pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik bermula dengan insan yang punya keperibadian yang tinggi dan dihormati oleh masyarakat.

Sikap ini yang perlu dibentuk dan dipupuk untuk pemimpin2 muda ini.

& aku sangat kagum dengan mereka kerana mereka tidak punya pengalaman dengan lagu2 tradisional masyarakat melayu seperti boria dan dikir barat.

dengan masa yang singkat untuk membuat persediaan sebelum malam kesenian kebudayaan, mereka mampu melakukan sehabis baik lagu2 boria dan dikir barat.

moga-moga adik2 pemimpin SMK Seri Saujana berjaya menjadi insan yang berguna dan memimpin mereka yang masih tersasar drpd landasan kemanusiaan.