Pada 26 Apr 2013 - 28 Apr 2013, Kem Kepimpinan Pengawas SMK Seri Saujana. Seramai 113 orang pengawas hadir yang majoritinya berbangsa cina dan india.
Bila berhadapan dengan pemimpin2 muda yang bukan berbangsa melayu ni lain sikit. Mereka lebih outspoken, friendly & very talkative .
dengan mereka ni tak boleh guna pendekatan agama kerana masing2 punyai fahaman agama yang berbeza. jadi aku sedaya upaya tidak menyentuh soal ibadah dalam kepimpinan .
aku lebih tekan kan adab sopan dan budaya ketimuran yang hampir dilupakan oleh golongan muda sebaya mereka.
kerana sebagai pemimpin , berlaku adil dan tegas tidak cukup untuk menjadi pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik bermula dengan insan yang punya keperibadian yang tinggi dan dihormati oleh masyarakat.
Sikap ini yang perlu dibentuk dan dipupuk untuk pemimpin2 muda ini.
& aku sangat kagum dengan mereka kerana mereka tidak punya pengalaman dengan lagu2 tradisional masyarakat melayu seperti boria dan dikir barat.
dengan masa yang singkat untuk membuat persediaan sebelum malam kesenian kebudayaan, mereka mampu melakukan sehabis baik lagu2 boria dan dikir barat.
moga-moga adik2 pemimpin SMK Seri Saujana berjaya menjadi insan yang berguna dan memimpin mereka yang masih tersasar drpd landasan kemanusiaan.