nuff said

Monday, 23 September 2013

masih ada sebab ke untuk aku bersangka baik?!



Susahnya nak bersangka baik lebih2 lagi dah takde alasan untuk bersangka baik lebih2 lagi dengan Iman dalam hati yang x berapa nak baik.. doa ku panjatkan agar Allah membersihkan hati ku yang kotor dan berkulat ini..


Ada seorang hamba Allah yang bernama Kubis (bukan nama sebenar) . Beliau seorang setiausaha tempat aku bekerja skang ni. Kubis ni masa awal2 aku kenal dia dulu aku dah mmg x berkenan. 

Sebab Kubis ni seorang isteri orang yang sudah punya 2 orang anak.. aku tak kenan ngan dia bukan sebab jeles ke ape.. tapi kerana aku x suke tgk isteri orang bergelak ketawa seperti keldai dengan laki2 orang (staff lelaki) .. 

Kubis ni pun rajin lepak kat kaki tangga sambil menghisap rokok cap Malboro.

 
 
Tak indah pemandangan mata aku melihat wanita sebegini. Bila aku dah terlalai dengan keangkuhan diri. Aku cepat2 istigfar dan CUBA BERSANGKA BAIK.. mungkin Kubis ni ada masalah keluarga kot sebab tu cara hidup dia cenggitu. 

Setiap kali bertembung ngan Kubis aku paksa diri aku melemparkan senyuman paling manis kepadanya. Aku cuba menjadi orang yang berbaik sangka.

Tiba bulan puasa yg lepas sekali lagi iman aku tercabar apabila Kubis dengan selamba rock makan depan kami staff muslim ni.. 

FYI Kubis is a muslim. Tak cukup dengan memakan, beliau tetap menjadi naga yang menghembuskan asap kepul2 ditepi tangga. 1-2 minggu yg pertama dibulan puasa aku pikir maybe dia uzur.. 

tapi..bila dh nk smpai raya.. aku xtau nk pikir apa lagi.. Setan membisik ke telinga ku dengan kata2 hasutan agar aku membenci orang sebegini.

 
 
Kemudian, aku muhasabah diri aku semula agar hanya membenci kelakuannya bukan si pelakunya.. dia mesti ada alasan yang tersendiri.

Kubis ni ada masalah disiplin sket dlm hal2 kedatangan ni.. dtg lambat tapi balik awal. Tapi hal ini dibenarkan di pejabat aku asalkan for a good reason. Tapi kerana kekerapan yang dilakukan oleh Kubis ni membuatkan bos besar aku hanginn satu badan.. & kuar 1 memo, dah tak boleh balik awal langsung!! For whatever reason!!!.. hampir 100 orang staff hangin dgn peraturan baru ni tapi mereka tak tahu kerana angkara si Kubis ni.. aku tahu kerana Kubis ni laaa yang membuatkan bos buat peraturan zalim mcm tu.. kerana aku HR.. 

Setiap kali aku lalu tempat Kubis, aku Nampak dia main game.. bukan buat keje..

Aduhaaiii~~!!! Panas nyerrrrr hati aku ni..

Aku dah x tau nak bersangka baik mcm ne lagi dah..
Kerana dia , aku dh x boleh nak balik awal kalau ada urusan penting yang perlu diuruskan.

Your business is your business, but once your business affected others people business it became our business also.. 

apa aku merepek daa…

Ya Allah! Cucilah hati ku daripada kebencian ini…  berilah petunjuk pada Kubis untuk berubah .

SK Bukit Tinggi - Kem Unit Beruniform yang awesome~~!!



Bismillahirahmanirrahim..

Selamat Pagi dan moga2 hari Isnin yang suram ni akan menjadi hari pembuka yang baik untuk minggu ini.

Alhamdulillah.. 20-22 Sep 2013 selesai menjalani aktiviti Kem Unit Beruniform bersama adik2 dari SK Bukit Tinggi , Klang. Seramai 81 org peserta yang terdiri daripada Unit Beruniform KRS, Pengakap, Bulan Sabit Merah , dan Puteri Islam.

Mencabar sungguh pengalaman kali ini kerana aku ditugaskan untuk mengendali unit beruniform Bulan Sabit Merah. 

Bukan kerana mereka nakal atau apa tetapi aku perlu melatih mereka dalam kawad kaki kerana pada hari ahad akan berlangsungnya pertandingan kawad kaki antara badan beruniform yang terlibat.   

Rata2 mereka tak pnah berkawad but cannot blame them bcoz kawad kaki is not a major things untuk PBSM unlike Kadet .

Untuk persembahan malam kesenian pula, selepas cabutan dibuat, PBSM ditugaskan untuk mempersembahkan sebuah Koir.

Koir should be easy isn’t it? Tp dalam group yang berbilang bangsa ni susah nak cari even 1 song yang semua tahu. 

So, I came out with a song Sahabat (upin ipin) , Sahabat (najwa latiff) & Putih2 Melati (ST 12). 

Just the chorus part and adjust sket sket the lyrics agar bersesuaian dgn perkhemahan tersebut.

Walaupun PBSM tidak Berjaya memenangi kumpulan terbaik kerana tewas dengan pasukan Pengakap yang lebih mantap dari segi kawad kaki dan kerjasama kumpulan tetapi aku tidak kecewa kerana aku tahu PBSM dah cuba sehabis baik. 

Walaupun mereka budak sekolah rendah lagi tapi minat mereka untuk menuntut ilmu sangat jelas dan aku bersyukur menjadi Fasilitator kumpulan mereka.

Moga2 adik2 SK Bukit Tinggi, Klang terus maju dan Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Thursday, 19 September 2013

nasib badan dapat bos macam hantu



Nasib badan la dapat bos yang mcm ni. 

Tak pernah aku jumpa orang yg dah 5 kali pergi Haji tapi sikap masyaAllah.. semoga Allah mengampuni dia.

Dia merupakan bekas pelajar RMC (Royal Military College) so dia expect staff dia bekerja dengan penuh disiplin seperti seorang tentera.

Hekeleh, bapak aku pun bekas student RMC jugak.. tak perlu kot nk berbangga sangat dengan title college tu.

Bekerja dalam Human Resources Department membuatkan aku pikior banyak kali nak cari keje lain ke tak.

Sebab dalam department ni, segala internal issue dan hal2 sulit kami ketahui.

Berapa ramai yg kene pecat dalam masa sebulan.

Berapa ramai yg kene jerit dan maki dalam masa seminggu.

I mean like… OMG~!!!!

“get out from my office!! “

“ go home & don’t come back!! “

“who’s the boss here!!”

Adalah bunyi bunyian yang biasa aku dengar yg dtg daripada bilik dia. 

Ya Allah, berilah aku kesabaran berhadapan dengan majikan yg mcm ni.

Kalau rezeki aku bukan kat sini, KAU bukalah pintu rezeki untuk aku ditempat lain.

Amin..

Tuesday, 17 September 2013

lelaki and perempuan tak boleh berkawan baik



Assalamualaikum & I hope its not too late to wish Selamat Hari Malaysia to all Malaysians~

I don’t know if its just me or semua orang mengalami situasi yang aku sedang alami sekarang ni.

Its Tiring.

Its Exhausting.

Its so Sickening!





Apabila kita dah selesa berkawan dengan seseorang yang berlainan jantina dengan kita tetiba dia rosakkan persahabatan tersebut dengan meluahkan isi hati yang terbuku di dada..

I mean like..  seriously~ u hv just killed our friendship..!! & you said eventho you know I already ada someone and you willing to wait and be in the queue. Ko ingat aku ada waiting list ke ape?

So, since you confessed to me mcm ne nak act normal and treat u like before..


Cara ko pandang aku pun dh menakutkan..

& im so sorry if I have to distance myself from you in future sbb aku x selesa.

& aku sedih sbb ko pun mcm lelaki yg lain sbb berkawan ngan aku ada agenda yang lain bukan ikhlas nak berkawan semata2.

Maybe betul pepatah lelaki and perempuan tak boleh berkawan baik sebab salah seorang mesti akan TERjatuh cinta pada kawannya.


Tapi minta maaf bebanyak sebab aku tak boleh terima kenyataan ini dan aku tak tahu mcm ne nak berhadapan secara professional dgn org yg menaruh hati.

We still friends but maybe x boleh rapat mcm dulu.
  

Pelajar2 Istimewa - SMK Bandar Rinching



Bismillahirahmanirahim..



Minggu lepas selesai Program Motivasi Gemilang bersama adik2 daripada SMK Bandar Rinching.


Seramai 36 pelajar yang terlibat dan mereka ini adalah pelajar2 yang lain daripada yang lain.


Rata2 mereka mempunyai masalah disiplin yang berbeza seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, kaki

Buli, tak buat kerja sekolah & etc.



Sedih dan pilu apabila melihat mereka2 ini berwajah cantik dan manis, kacak dan tampan.


Alangkah indahnya jika dalaman mereka secantik luaran mereka.



Aku ingat lagi pada malam pertama iaitu hari Jumaat, aku mendekati pelajar yang paling tertutup minda nya. Namanya Raj , pelajar tingkatan 4 berbangsa india yang terkenal dengan kesalahannya ponteng kelas dan diantara “abang long” bagi pelajar2 berbangsa india.



Sepatah aku Tanya, sepatah dia menjawab.



Langsung tidak menunjukkan reaksi yang mesra dan jelas kelihatan dia bosan berada di kem.


Aku ambil pendekatan tidak terlalu “pushy” dan terus bermesra dengan rakan2nya yang lain dan turut bergurau senda dengan mereka. 







Aku ingin tunjukkan pada mereka bahawa aku tidak akan sesekali menghukum mereka diatas kesalahan mereka yang aku tidak Nampak didepan mata agar mereka selesa bergaul dengan aku.



Kemudian, aku ditugaskan untuk mengendalikan kumpulan 1 dimana kumpulan ini dianggotai oleh semua pelajar lelaki serama 9 orang. Nama2 mereka ialah Adam,Angah, Azman, Wan, Azim, SriRaj , Raj, Teenesh  & Tores.



Dugaan yang besar bagi aku mengendalikan kumpulan ini. Kerana mereka2 ini adalah pelajar2 yang sangat nakal dan kerap dihukum oleh Guru Disiplin dan sering melakukan kesalahan yang agak berat.

Tetapi, tidaklah sukar menguruskan mereka kerana dengan ilmu yang terbekal didada dan pengalaman silam diri sendiri sewaktu di bangku persekolahan, aku Berjaya membimbing mereka sehingga mereka dinobatkan Kumpulan Terbaik .



Dalam aku bermesra dengan mereka sebagai kawan, aku juga tegas dalam sesetengah keadaan. 


& Alhamdulillah , perangai mereka yang seakan2 “Beruk” di hari pertama berubah sama sekali pada hari Kedua.. lebih matang dan beradab.. aku tahu mereka hanya insan biasa yang lemah yang kurang perhatian dan dorongan daripada keluarga dan masyarakat.



Bermacam2 aktiviti dijalankan selama 3 hari 2 malam ini untuk membuka mata mereka bahawa mereka Adalah insan istimewa dan amat rugi jika mereka mensia-siakan peluang yang ada.



& aku terkejut dan tersentuh apabila Raj sangat mesra dengan aku. Setiap kali berselisih dia akan memberi salam sejahtera kpd aku , sentiasa tersenyum dan selalu menanya khabar .



Bukan Raj sahaja malah hampir kesemua ahli kumpulan 1 menunjukkan sikap yang amat positif.



Aku mendoakan agar Allah melindungi adik2 SMK Bandar Rinching daripada musibah dan semoga mereka beroleh kesabaran mengharungi segala dugaan & cabaran..