nuff said

Friday, 14 March 2014

Dinner with 7 Famous People - who would it be?

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah... post ke-2 untuk hari ini...

belek2 FB terjumpa gambar kat bawah ni.. 


maka, untuk suka2 saje... celebrity pilihan saya adalah...

seat no. :-


1. Britney Spears ~~ (sebab, sy mmg sgt meminati lagu2 dia drpd dulu lagi)


2. Khairy Jamaludin ~ (well.. off politik ye.. dia hensem kan... hehehe)

3. Adam Levine~ (tgk mata dia.. awww cair ok)

4. Nazim Othman~ ( pnah jumpa dia real life.. tinggi and sejuk mata memandang)


5.Ustaz Don ~ (well, kalau duduk semeja dgn dia, mmg semua kene tarbiah la.. )

6. Ustazah Fatimah Syarha ( suke sgt dgn penulisan beliau.. org nya pun manis & lembut)

7. Keith Urban ( minat kat dia sejak American Idol.. bila dia senyum.. walaweeyyy)


ahakss... please jangan salah faham dgn sy... ini hanya suka2 je... and normal la perempuan suka lelaki hensem kan? 

u all plak mcm ne? only celebrity ok... ^__^

kewajiban menunaikan solat jumaat



Assalamualaikum dan salam jumaat kpd semua~

1 minggu sudah berlalu, dan kita masih dikurniakan kesihatan yang baik..

Maka jangan putus doa kpd mangsa2 MH370 , ahli keluarga dan pasukan penyelamat agar diberi ketabahan dan kecekalan hati menghadapi musibah ini..

Saya nak berkongsi satu kisah benar semasa sy bekerja di Jalan Tun Razak dulu..

Ada seorang pekerja lelaki melayu islam ni.. dia kalau bercakap pasal agama.. mmg tip top.. dia sgt mementingkan halal haram sesuatu perkara.. which is a good thing.

Tp saya kerap juga nampak dia tak ke masjid untuk solat jumaat.. waktu rehat, dia akan berada di office lepak2 main computer atau tidur.. tp sy buat x tahu je.. tiba2 satu hari office manager saya yg bukan beragama islam meluahkan ketidakpuasan hatinya pada sy.. dialog kami lebih kurang mcm ni :-

Sharon                  : Ain, you pnah nampak XXX semayang jumaat 
                               tak? Jujur please.
Ain                       : hmm.. x pnah.. kenapa?
Sharon                  : bukan ke lelaki islam kalau tak semayang 
                               jumaat lebih 3 kali berturut2 maksudnya sudah 
                               kafir.. maksudnya XXX tu sudah macam saya 
                               lah. Kafir.

Tersentak sy mendengarnya.. tak sangka kata2 tersebut keluar drpd bibirnya.. rupa2nya dia pun perati selama ni.. walaupun hakikatnya takdelah sampai kafir apabila meninggalkan solat jumaat.. tapi keprihatinan dia kpd XXX sangat ketara. 

Bayangkan.. org yg bukan beragama islam ambil peduli ttg solat jumaat. Mereka perhati tanpa pengetahuan kita.. itu belum lagi masuk bab2 aurat, bab2 solat.. kalau di tanya pendapat mereka.. mmg kita akan terkejut dgn pengetahuan2 mereka ni.. 

Maka, wahai kaum2 adam sekali.. kalian adalah pemimpin kami untuk kaum wanita.. kalian lebih waras dan matang dlm membuat keputusan. Dirikanlah solat.. jangan sesekali meninggalkannya.

Selamat menunaikan solat jumaat.. ^__^

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)

“Solat jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan berjemaah, selain atas empat (golongan): budak sahaya, wanita, anak kecil, atau orang yang sakit.” [Riwayat Abu Daud dalam as-Sunan no. 1067. An-Nawawi rahimahullah menyatakannya sahih dalam al-Majmu’ 4/349, demikian pula al-Albani dalam Sahih al-Jami’ no. 3111]

“Hendaknya orang-orang berhenti meninggalkan solat jumaat  atau (kalau tidak) Allah Subhanahu wa ta’ala akan menutup hati-hati mereka, kemudian tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lalai.” [Riwayat Muslim dalam Sahih-nya, “Kitabul Jumu’ah”, dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah radiyallahu ‘anhuma]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya: 

“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”

Thursday, 13 March 2014

Kasih Rasulullah saw terhadap haiwan




Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

Masuk hari ke-6 pencarian MH370 , moga2 urusan pencarian dipermudahkan oleh Allah swt.. doa diutus jangan pernah putus..

Islam adalah agama yg indah.. agama penuh kasih sayang dan ehsan kpd semua makhluk yg ada dimuka bumi ini…

Salah satu makhluk Allah yang menumpang sekali dgn kita manusia adalah haiwan.. Haiwan yang kini seakan2 tiada ruang dan tiada hak untuk memijak di bumi Allah ini gara2 ketamakan manusia..

Bayangkan.. apabila projek perumahan mahu dibina.. projek lebuhraya mahu dilakukan.. kemana haiwan2 ini mahu pergi? Dimanakah tempat tinggal mereka apabila semua tempat mahu dijadikan bandar? Zoo ?? layakkah mereka dikurung diruang sempit itu?

Mari merenung sejenak.. tanggungjawab kita sbg orang islam.. sebagai khalifah.. sebagai pemimpin di dunia ini. Adakah tanggungjawab kita hanya untuk manusia semata2?
Berikut adalah diantara firman Allah swt dan hadith berkaitan adab seorang muslim kpd haiwan.

Firman Allah:
“Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada tuhannya mereka dikumpulkan.”
Al An’am 38

"Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit" (Riwayat At-Tirmizi no.1924)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Allah melaknat orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran" (Riwayat Bukhari no. 5515, Muslim no.1958, Ahmad no. 6223)

Kucing

Sabda Rasulullah:”Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah”. Riwayat Bukhari

Burung

"Siapakah gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini karena anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya". Baginda mengatakan hal tersebut setelah baginda melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" (Riwayat Abu Daud : 2675 dengan sanad sahih)

Kuda

Rasulullah s.a.w pun telah bersabda berkenaan dengan kuda :
"Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang menjadi dosa.

Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda seseorang yang dipangkal untuk fisabilillah, ia banyak berdiam di padang rumput atau di taman. Maka apa saja yang dimakan oleh kuda itu selama dipangkal di padang rumput atau di taman itu, maka pemiliknya mendapat pahala-pahala kebajikan.

Dan sekiranya ia meninggalkannya lalu mendaki satu atau dua tempat tinggi, maka jejak dan kotorannya menjadi pahala-pahala kebajikan baginya. Maka dari itu kuda seperti itu menjadi pahala bagi pemiliknya.

Kuda yang diikat oleh seseorang karena ingin menjaga kehormatan diri (tidak minta-minta) dan ia tidak lupa akan hak Allah s.w.t pada leher ataupun punggung kuda itu, maka kuda itu menjadi pelindung baginya.

Dan kuda yang diikat (dipangkal) oleh seseorang karena kebanggaan, riya dan memusuhi orang-orang Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa baginya" (Riwayat Al-Bukhari no. 2371)

Anjing

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud,

“Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya.

Melihatkan yang demikian, lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.”

Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.”

Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?”

Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” (Hadis riwayat Muslim)

Ayam

Rasulullah SAW melaknat kepada sesiapa yang melakukan penyeksaan kepada binatang sama ada untuk tujuan menyembelihnya ataupun bukan.

Pernah pada satu masa Ibnu Umar r.a. melihat sekumpulan orang melontar seekor ayam yang sengaja ditambatkan, lalu dia berkata, maksudnya, “Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sesiapa melakukan perkara ini.” (Hadis riwayat Muslim)

Semut
 

1. lain-lain kezaliman yang dicela oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seekor semut menggigit seorang nabi di antara para nabi-nabi, lalu nabi tersebut menyuruh membakar sarang semut itu, lalu bakarlah. Maka Allah mewahyukan kepadanya, “Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan umat yang selalu membaca tasbih.”” (Hadis riwayat Muslim)


2. Ketika beliau berjalan melintasi sarang semut yang telah dibakar, beliau bersabda.

"Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api" (Riwayat Abu Daud no.2675)

Penyembelihan

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu, maka apabila kalian membunuh hendaklah berlaku ihsan di dalam pembunuhan, dan apabila kalian menyembelih hendaklah berlaku baik di dalam penyembelihan, dan hendaklah salah seorang kamu menyenangkan sembelihannya dan hendaklah ia mempertajam mata pisaunya" (Riwayat Muslim :no.1955)

Thanks for reading .. as-salam ^__^

Wednesday, 12 March 2014

Tuesday, 11 March 2014

PrayforMH370 - Tawakal sepenuh hati kpd Allah



Assalamualaikum dan salam selasa semua..


Dah masuk hari ke-4 , masih lagi tiada khabar berita mengenai MH370..


Apabila segala teori sains gagal menemui penyelesaian..


Apabila semua pakar mengalami kesusutan..


Berbalik semulalah kepada Sang Pencipta..

*Meneliti Temubual Buletin Utama TV3 bersama KAPTEN NURODIN ABD MAJID (Former, Fleet Manager B777, MAS) yang juga Kapten yang melakukan 'Test Drive' ketika MAS mula membeli pesawat B777.

Beliau menafikan semua andaian sama ada insiden MH370 ada kaitan dengan Hijack, Meletup, Terhempas, Berpatah Balik, Kerosakan Enjin dan sebagainya.

Beliau nyatakan "PESAWAT HILANG (FULL STOP)".

Kata beliau, "Ketika dunia teknologi di tahap tertinggi, Inilah keajaiban Allah SWT mengatasi teknologi. Sebagai orang beriman, kita kena percaya KUASA ALLAH. Beliau sangat yakin, pesawat akan ditemui dengan cara DOA ORANG-ORANG SOLEH, DOA AHLI KELUARGA dan USAHA DENGAN UPAYA MANUSIA".

SUBHANALLAH, saya amat kagum dengan Kapten Nurodin. Setelah semua ilmu sains digunakan akhirnya kembali menjadi HAMBA mengakui KEBESARANNYA. Harapnya, rakan media boleh jemput beliau lagi untuk ulasan isu MH370.

Copy status : Mohd Hariri Mohamad Daud

p/s : Setelah 3 hari insiden, inilah ulasan paling terbaik dan bernas dengan banyak kenyataan Kapten Nurodin berkisar tentang kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.


Bahawa ilmu kita sangatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan Allah Yang Maha Besar..


mungkin umat islam sudah lama berpecah belah.


Mungkin umat islam sudah menjadi semakin angkuh dengan harta dan kuasa mereka.


Maka, Allah turunkan kifarah kepada kita sebagai peringatan.


Berdoalah dengan bersungguh2 dan letakkan ketawakalan 100% kepada Allah swt.



InsyaAllah… Allah permudahkan urusan pencarian mangsa2 MH370.


Dalam saya berkongsi kesedihan sy di Facebook.


Ada pula status2 yg menyindir, katanya bosan asyik post mengenai MH370 sahaja.


Maka, sy pun membalas sindiran mereka..