nuff said

Thursday, 13 March 2014

Kasih Rasulullah saw terhadap haiwan




Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

Masuk hari ke-6 pencarian MH370 , moga2 urusan pencarian dipermudahkan oleh Allah swt.. doa diutus jangan pernah putus..

Islam adalah agama yg indah.. agama penuh kasih sayang dan ehsan kpd semua makhluk yg ada dimuka bumi ini…

Salah satu makhluk Allah yang menumpang sekali dgn kita manusia adalah haiwan.. Haiwan yang kini seakan2 tiada ruang dan tiada hak untuk memijak di bumi Allah ini gara2 ketamakan manusia..

Bayangkan.. apabila projek perumahan mahu dibina.. projek lebuhraya mahu dilakukan.. kemana haiwan2 ini mahu pergi? Dimanakah tempat tinggal mereka apabila semua tempat mahu dijadikan bandar? Zoo ?? layakkah mereka dikurung diruang sempit itu?

Mari merenung sejenak.. tanggungjawab kita sbg orang islam.. sebagai khalifah.. sebagai pemimpin di dunia ini. Adakah tanggungjawab kita hanya untuk manusia semata2?
Berikut adalah diantara firman Allah swt dan hadith berkaitan adab seorang muslim kpd haiwan.

Firman Allah:
“Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada tuhannya mereka dikumpulkan.”
Al An’am 38

"Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit" (Riwayat At-Tirmizi no.1924)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Allah melaknat orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran" (Riwayat Bukhari no. 5515, Muslim no.1958, Ahmad no. 6223)

Kucing

Sabda Rasulullah:”Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah”. Riwayat Bukhari

Burung

"Siapakah gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini karena anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya". Baginda mengatakan hal tersebut setelah baginda melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" (Riwayat Abu Daud : 2675 dengan sanad sahih)

Kuda

Rasulullah s.a.w pun telah bersabda berkenaan dengan kuda :
"Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang menjadi dosa.

Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda seseorang yang dipangkal untuk fisabilillah, ia banyak berdiam di padang rumput atau di taman. Maka apa saja yang dimakan oleh kuda itu selama dipangkal di padang rumput atau di taman itu, maka pemiliknya mendapat pahala-pahala kebajikan.

Dan sekiranya ia meninggalkannya lalu mendaki satu atau dua tempat tinggi, maka jejak dan kotorannya menjadi pahala-pahala kebajikan baginya. Maka dari itu kuda seperti itu menjadi pahala bagi pemiliknya.

Kuda yang diikat oleh seseorang karena ingin menjaga kehormatan diri (tidak minta-minta) dan ia tidak lupa akan hak Allah s.w.t pada leher ataupun punggung kuda itu, maka kuda itu menjadi pelindung baginya.

Dan kuda yang diikat (dipangkal) oleh seseorang karena kebanggaan, riya dan memusuhi orang-orang Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa baginya" (Riwayat Al-Bukhari no. 2371)

Anjing

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud,

“Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya.

Melihatkan yang demikian, lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.”

Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.”

Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?”

Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” (Hadis riwayat Muslim)

Ayam

Rasulullah SAW melaknat kepada sesiapa yang melakukan penyeksaan kepada binatang sama ada untuk tujuan menyembelihnya ataupun bukan.

Pernah pada satu masa Ibnu Umar r.a. melihat sekumpulan orang melontar seekor ayam yang sengaja ditambatkan, lalu dia berkata, maksudnya, “Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sesiapa melakukan perkara ini.” (Hadis riwayat Muslim)

Semut
 

1. lain-lain kezaliman yang dicela oleh Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seekor semut menggigit seorang nabi di antara para nabi-nabi, lalu nabi tersebut menyuruh membakar sarang semut itu, lalu bakarlah. Maka Allah mewahyukan kepadanya, “Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan umat yang selalu membaca tasbih.”” (Hadis riwayat Muslim)


2. Ketika beliau berjalan melintasi sarang semut yang telah dibakar, beliau bersabda.

"Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api" (Riwayat Abu Daud no.2675)

Penyembelihan

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu, maka apabila kalian membunuh hendaklah berlaku ihsan di dalam pembunuhan, dan apabila kalian menyembelih hendaklah berlaku baik di dalam penyembelihan, dan hendaklah salah seorang kamu menyenangkan sembelihannya dan hendaklah ia mempertajam mata pisaunya" (Riwayat Muslim :no.1955)

Thanks for reading .. as-salam ^__^

No comments: