Assalamualaikum dan salam jumaat kpd semua~
1 minggu sudah berlalu, dan kita masih dikurniakan kesihatan
yang baik..
Maka jangan putus doa kpd mangsa2 MH370 , ahli keluarga dan
pasukan penyelamat agar diberi ketabahan dan kecekalan hati menghadapi musibah
ini..
Saya nak berkongsi satu kisah benar semasa sy bekerja di
Jalan Tun Razak dulu..
Ada seorang pekerja lelaki melayu islam ni.. dia kalau
bercakap pasal agama.. mmg tip top.. dia sgt mementingkan halal haram sesuatu
perkara.. which is a good thing.
Tp saya kerap juga nampak dia tak ke masjid untuk solat
jumaat.. waktu rehat, dia akan berada di office lepak2 main computer atau
tidur.. tp sy buat x tahu je.. tiba2 satu hari office manager saya yg bukan
beragama islam meluahkan ketidakpuasan hatinya pada sy.. dialog kami lebih
kurang mcm ni :-
Sharon :
Ain, you pnah nampak XXX semayang jumaat
tak? Jujur please.
Ain :
hmm.. x pnah.. kenapa?
Sharon :
bukan ke lelaki islam kalau tak semayang
jumaat lebih 3 kali berturut2
maksudnya sudah
kafir.. maksudnya XXX tu sudah macam saya
lah. Kafir.
Tersentak sy mendengarnya.. tak sangka kata2 tersebut keluar
drpd bibirnya.. rupa2nya dia pun perati selama ni.. walaupun hakikatnya
takdelah sampai kafir apabila meninggalkan solat jumaat.. tapi keprihatinan dia
kpd XXX sangat ketara.
Bayangkan.. org yg bukan beragama islam ambil peduli ttg
solat jumaat. Mereka perhati tanpa pengetahuan kita.. itu belum lagi masuk bab2
aurat, bab2 solat.. kalau di tanya pendapat mereka.. mmg kita akan terkejut dgn
pengetahuan2 mereka ni..
Maka, wahai kaum2 adam sekali.. kalian adalah pemimpin kami
untuk kaum wanita.. kalian lebih waras dan matang dlm membuat keputusan. Dirikanlah
solat.. jangan sesekali meninggalkannya.
Selamat menunaikan solat jumaat.. ^__^
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)
“Solat jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim
dengan berjemaah, selain atas empat (golongan): budak sahaya, wanita, anak
kecil, atau orang yang sakit.” [Riwayat Abu Daud dalam as-Sunan no. 1067.
An-Nawawi rahimahullah menyatakannya sahih dalam al-Majmu’ 4/349, demikian pula
al-Albani dalam Sahih al-Jami’ no. 3111]
“Hendaknya orang-orang berhenti meninggalkan solat
jumaat atau (kalau tidak) Allah Subhanahu wa ta’ala akan menutup
hati-hati mereka, kemudian tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lalai.”
[Riwayat Muslim dalam Sahih-nya, “Kitabul Jumu’ah”, dari Ibnu Umar dan Abu
Hurairah radiyallahu ‘anhuma]
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran
maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali
berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya
(meninggalkannya).”
No comments:
Post a Comment