nuff said

Tuesday, 8 April 2014

Bagaimana Tunjuk Kasih Sayang pada IbuBapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk menjadi hamba-NYA..

Tidak diri ini rela menjadi hamba org lain selain Allah swt.

Seperti yang ada sedia maklum, sy merupakan seorang jurulatih di kem motivasi Hulu Langat dan hampir setiap minggu ada aktiviti2 yang dijalankan bersama2 adik-adik peserta yg dtg drpd sekolah yg berbeza.

insyaAllah, minggu ni kene uruskan 3 sekolah… SMK Taman Rakan, SMK Semenyih and 1 lagi x ingat la..

aktiviti 3 hari 2 malam pasti akan diselitkan juga aktiviti kerohanian dan selalunya kami akan terapkan nilai kasih syg seorang anak kepada ibubapanya.

Dan rata-rata soalan yg sy kerap disoal adalah bagaimana caranya nak menunjukkan rasa kasih sayang pada ibubapa tanpa kata-kata.

Terutamanya pelajar lelaki, mereka kata berat mulut ni nak ucapkan sayang pd ibu dan bapa mereka. Bukan kerana tak sayang, tapi kerana malu. Saya faham perasaan mereka.

Maka, sy nak berkongsi beberapa tips on how nak tunjuk kasih sayang pd ibu bapa kita tanpa kata-kata..

insyaAllah… ibu bapa kita pasti akan sedari dan rasai kasih syg yg disampaikan melalui perbuatan tersebut.

Bismillahirahmanirrahim~

1. Bila mak/ayah tgh tgk TV, offer diri untuk urut mereka.. mereka pasti terkejut tapi dalam hati seronok tak terkata.. urutlah dgn penuh kasih syg.. insyaAllah sentuhan seorang anak itu dapat dirasai oleh mereka.

2. Sebelum keluar ke mana2, salam dan cium tangan mereka… cium tangan , bukan letak dahi pada tangan mereka.. ada beza tu k.. nak lebih uummppsss… cium dahi mak n ayah… insyaAllah.. bahagia hati ibubapa kita dan perjalanan kita ditemani oleh doa2 mereka..

3. Bila ayah/mak tgh lepak2 tgk TV ke, tgh baca surat khabar ke, offer diri untuk buatkan air minum pada mereka.. kalau mereka menolak, kata sahaja, kamu mmg nk buat air pun, alang2 tu boleh buat sekali.. kompem mereka takkan tolak.. sapa xnak minum air drpd hasil tangan anak sendiri.

4. Bila jalan2 tu jgn lah asyik beli brg untuk diri sendiri… duit tu pun sah sah drpd mak n ayah. Maka, x salah belikan juga barang untuk mereka.. samada barang atau makanan kegemaran mereka.. mereka mesti suka sbb kamu tak lupakan mereka ketika keluar berjimba dengan rakan-rakan.

5. Sebelum tidur, maklumkan pada ibubapa.. “mak ayah, along tidur dulu ye.. assalamualaikum” and terus masuk bilik… pasti ibu bapa kamu tersenyum sendiri dan mendoakan didalam hati agar kamu tidur dengan tenang dan lena.

6. Bila mereka ke kedai, offer diri untuk ikut.. bila ikut tu jgn lah ikut sahaja.. bantu mereka angkat barang2 yg mahu dibeli.. ringan mcm ne pun, jgn dibiarkan mereka yg angkat.. ringankanlah beban mereka sebaik mungkin.

7. Kalau mulut tu berat sgt nk ucap rasa kasih dan sayang… sms pun boleh.. sms je.. “mama, I love u” “abah, I love u” … pejam mata dan tekan send . awal2 mereka akan terkezut beruk.. apa mimpi anak aku ni.. tp dlm hati mereka subhanallah hanya Allah yang tahu.. dan kamu takkan tahu akan ada air mata kegembiraan yg mengalir dr pipi mereka sebelum tidur.
 
Itulah serba serbi tips yg sy berikan kpd adik2 peserta kem motivasi yg hadir ke kem saya.

Ada tambahan tak?

Thanks for reading ^___^

Assalamualaikum!

Monday, 7 April 2014

Tips Tukar Status Kawan kepada Kekasih


Assalamualaikum dan salam hari Isnin semua..

Alhamdulillah,, sihat sokmo hendaknya kepada semua readers..

Minggu ni selesai Kem Perkhemahan Puteri Islam Negeri Selangor bermula Jumaat, 4 April 2014 hingga ahad, 6 April 2014 yang berlangsung di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat.

Seramai 470 orang peserta yang datang daripada pelbagai peringkat daerah sekolah rendah dan menengah.. Alhamdulillah.. selesai dengan jayanya..

Hari tu, ain bagi tips-tips tanda2 perlu putus dengan pasangan kan?

Ok.. hari ni.. ain nak bg tips mcm ne nak tukarkan status kawan kepada kekasih.. chewahhh..

Well.. tips ni tak selalunya menjadi.. tapi kadang2 jadi jugak.. ahaks.. kantoii sudah.. tips ni sesuai untuk wanita sebenarnya.. lelaki pun boleh jugak.. tgklah mana2 yg sesuai..

So.. here goes..

1. Jangan Melebihi si dia 


Ok..ok.. faham yang kamu ni peminat tegar bola sepak piala eropah.. sejarah bola sepak mmg ditangan anda dan setiap player tu mmg dalam otak anda.. tetapi, apabila berbual dgn lelaki yg kita suka.. jangan tunjuk kita terlebih pandai drpd dia… sebab bola sepak ni mmg passion untuk lelaki.. jadi, jatuhlah air muka dia jika perempuan lebih tahu byk ttg bola daripada dia.. tak salah nak tunjuk pandai.. tp dikhuatiri anda masuk ke dalam “friendzone” !! opppss.. taknak begitu.. so bersederhanalah ye.. 

2. Ketawa dengan jenaka dia 

Bila dia buat lawak.. ketawa lah.. tapi jangan ketawa macam keldai or kuntilanak.. terkezutt dia nanti.. walaupun lawak dia tak menjadi.. just ketawa je.. so, lelaki tersebut akan rasa dihargai dan suka nak berbual dgn kamu. 

3. Tumpu perhatian ketika dia berbicara 

Jangan menyampuk! Bila dia tgh cakap.. dengar dan tunjuk reaksi muka yang anda having fun dengan conversation tersebut. Anggukkan kepala sambil tersenyum dan lihat ke matanya. Si dia akan merasa selasa berbual dgn kamu. Jangan sesekali memalingkan muka dan menunjukkan muka yg kebosanan. 

4. Pakai pakaian yg cantik dan kemas 

Lelaki ni suka perempuan yg simple but nice. Maka, jgn make up keterlaluan sangat. Dan baju pun biarlah sopan dan kemas. 

5. Beri pendapat yang bernas 

Lelaki mudah tertarik dengan perempuan yg punyai prinsip dan berpelajaran. Maka, bila dia tanya ttg sesuatu issue.. jawablah dengan tenang dan bersahaja. Tapi andai issue tersebut anda mmg tak tahu. Jgn tunjuk pandai.. nnti terserlah kebodohannya.. just senyum and mengaku je anda kurang pasti. 

6. Jadilah seorang yg reserved 

How to say this.. hmm.. jgn terlalu memberi.. sekali sekala kene hold on. Jadikan diri anda seorang yg misteri.. jgn bg too much of information ttg kamu… biar dia sendiri yg find out dan usaha.. kat situ kita dh boleh melompat2 dalam hati yg dia berminat nak tahu lebih ttg kamu.. 

Oklah.. itulah serba serbi how to turn a friend into a lover..

Selamat mencuba~!! ^__^

Thursday, 3 April 2014

10 Sebab untuk tinggalkan pasangan


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Semoga semua berada dalam kesihatan yg baik dan mood yg ceria..

Hari ini sy nak berkongsi satu topik yg dimana tidak akan lapuk ditelan zaman..

“10 reasons why you should dump your boyfriend/girlfriend”

Agak panas topik tersebut.. cinta itu indah… cinta itu membahagiakan.. tetapi mengapa boleh wujud pepatah “bahagia dalam penderitaan” ??

Bagaimana kita boleh bahagia sedangkan sebenarnya kita menderita? Itu bermaksud kita dalam penafian .. denial … mehh check it out… 10 sebab kenapa kita patut tinggalkan pasangan kita…

1. Kita selalu pilihan yang terakhir
 
Pernah tak kita berada didalam situasi dimana, kita sering dijadikan as last resort? Bila takde apa2 plan barulah si dia akan meluangkan masa bersama kita. Kadang2 dah planning nak dating , tapi tiba2 ada plan baru yg dtg, instead of tolak plan baru tersebut, plan bsama kita yang di cancel.. so.. kalau perkara ni kerap berlaku.. u all dh kene mula tanya diri sendiri.. am I not that important? Am I an option ?  
2. Dia yang selalu mematikan perbualan ditelefon/sms

Kita yang selalu call dia.. siang..malam..pagi..petang… suka kita call si dia untuk tanya khabar dan berkongsi cerita.. tapi dia lebih byk mendengar… takde byk perkara yg ingin dia kongsikan bersama kita… sampai tak tahu nk berbual apa.. and dia plak yg mematikan perbualan tersebut spt.. “oklah,, sy nak mandi dulu..” “oklah.. sy nak tgk TV ni..” “oklah… sy ada hal ni..” always the same thing.. kadang kita terpikir.. dia ni bosan ke berbual dgn aku?

3. Kawan-kawan kita tak suka dia
Cinta itu tidak buta.. tapi yg buta itu adalah kita.. kerana terlalu leka dgn perasaan kita kpd si dia.. smpai keburukan dia pun kita pejam mata sahaja… tapi kawan-kawan kita tidak buta.. mereka boleh nampak kamu bahagia atau tidak.. mereka boleh nampak layanan si dia kpd kamu baik atau tidak.. jadi, jgnlah marah jika ada kawan2 kita yg menyuarakan tidak menyukai pasangan kita kerana mereka melahirkan kejujuran drpd pandangan mata mereka sendiri..
4. Si dia kuat mencarut/memaki ketika marah
Ni mmg pantang nenek moyang.. kesayangan semua.. andai si dia suka mencarut atau memaki ketika marah sewaktu masih bercinta ni.. imagine ketika dia marah bila nak kawen nanti.. adakah dia akan bersikap begitu depan anak2 nanti.. adakah ini pengaruh yg baik? Mengapa ye sesetengah org sanggup dihina sebegitu? Letakkan nilai harga diri setinggi yg boleh.. don’t let anybody to curse or insult you.. walau seteruk mana pun kita, takde sapa2 pun layak untuk mengeluarkan kata2 begitu kpd kita lebih2 lagi pasangan kita yg mengakui mencintai kita.
5. Si dia tidak menyukai keluarganya sendiri

Dia lebih suka spend time dengan kawan2 dia dan kita.. asyik ajak dating je.. bila tanya quality time dia dgn family dia, dia buat muka.. kadang2 dia kutuk bapak dia.. kadang2 dia kutuk mak dia.. org yg baik takkan sesekali memburukkan mak bapak sendiri walaupun mak dia tu seorang pelacur ke apa. Kalau parent dia sendiri dia boleh kutuk, bayangkan kita ni? Bayangkan mak bapak kita nanti? Jadi, jgn lah kita bahagia apabila pasangan kita pilih kita over his family.. that’s not a good thing.. it’s a bad thing.. very very very bad thing..

6. Si dia mengajak melakukan maksiat

Apabila pasangan kita mula mengajak kita cium2 sikit.. peluk2 sikit.. please.. tampar muka dia laju2.. and pasti dia akan kata.. “kalau awk sayang sy, awk kene buktikan..” haaaa nak jawab apa dgn spesis mcm ni? Sila jawab.. “jika awk benar2 syg sy, awk akan jaga saya.. bukan rosakkan sy..” tapi ramai yg tak terpikir nk jawab mcm ni.. takut kehilangan pasangan.. dilayannya nafsu serakah pasangan tersebut.. last2 setiap kali jumpa bukan sbb rindu.. tapi sbb sangap.. adakah itu cinta? Please my dear… kalau hubungan dgn Tuhan dia x mampu nak jaga… mcm mana dgn hubungan kita dan dia??????

7. Si dia tidak bersedia dengan komitmen

Rasanya semua org dh maklum bahawa bercinta sebelum kawen tu mmg tak boleh dalam Islam.. sebab risau ianya menimbulkan fitnah dan mendekati zina.. tapi jika kita bercinta kerana mmg pasang niat mmg untuk menikahi pasangan kita, itu yg sgt digalakkan… tapi apabila pasangan kita melengah2kan nak kawen ngan kita lagi 10 tahun… or even takde plan pun nk fikir ke tahap tu, better tinggalkan je lah dia.. buat apa bsama dgn org yg xde keinginan pun nk bsama2 kita..kalau dia xde niat nk kawen ngan kita buat apa kita nk tunggu punya lama untuk dia? Better putus je and stay single and beri peluang pd org lain yg serius untuk komit.

8. Si dia asyik merungut ttg kita

Well.. kalau dia merungut ttg pakaian kita atau sikap kita yg mmg kita akui tidak baik.. boleh lah anggap rungutan tersebut sbg nasihat.. tetapi jika asyik merungut mengenai bentuk badan kita yg mmg susah nak ubah… macam mana? Asyik kata kita gemuk… asyik kata kita tak cantik.. asyik kata kita pendek… mcm ne nk ubah fizikal tersebut? Kita boleh bezakan samada ianya gurauan ataupun mmg benar2 kutukan.. kalau kutukan tersebut smpai buat kita rasa down and feel bad about ourselves better say bye bye kat si dia.. si dia sepatutnya menjadi motivasi kpd kita untuk jadi lebih baik.. bukan membuatkan kita jatuh terjunam ke bawah.

9. Ibubapa kita tak suka dia
Ingatlah kesayangan semua… restu ibubapa itu penting.. kalau mak bapak kita tak suka dia walau teruk mcm ne pun kita cuba pertahankan dia.. just leave it.. sampai bila kita boleh bahagia dgn dia? Dlm setiap hubungan pasti ada jatuh bangun.. dan dikala kita sedang jatuh.. keluarga yg ada sentiasa setia bersama kita.. jadi, takde seorang bf/gf pun layak mengambil tempat teratas priority kita… no.1 always ibubapa kita… always… & apabila kita ditinggalkan oleh si dia.. siapa yg akan pujuk kita kalau bukan ibu kita?
10. Anda tidak bahagia

Bersama dgn dia dh tak rasa apa.. setiap kata2 dia membuatkan anda merasa meluat dan marah. Bila dia call, anda malas nak angkat… bila dia ajak keluar, anda malas nak follow. Dan anda dah takde effort untuk fight for the relationship anymore.. it means your heart says leave.. but kaki anda masa kaku keliru…
Sebenarnya ada byk lagi sebab yang boleh dinyatakan.. tapi cukuplah 10 ini sahaja.. sebaik2nya setiap persengketaan kita cuba cari jalan penyelesaian terbaik… dan perpisahan biarlah jadi pilihan yg terakhir..

Perkongsian ini tidak ada kena mengena secara langsung dengan sesiapa.. hanya melalui pengalaman diri sendiri + kawan2 + dan kenalan… ^___^

Wednesday, 2 April 2014

kewajipan menundukkan pandangan bagi lelaki



Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Izinkan saya berkata-kata di hari rabu yg sepatutnya tanpa kata.
Perkongsian saya pd hari ini suka saya mahu tujukan kepada kaum lelaki.

Khas untuk kaum lelaki dimana diciptakan Allah swt untuk memimpin kami kaum wanita..

Alhamdulillah.. sy sgt suka apabila masih ada lelaki yg peduli untuk menegur kami menyempurnakan penutupan aurat kami agar tidak dibakar oleh api neraka kelak.

Tetapi wahai lelaki… dalam keghairahan kalian menegur kami.. ada few things yg kalian masih pandang enteng.. dalam menegur , kalian masih lagi mengambil peluang ini untuk “mencuci” mata melihat kami yg masih terdedah auratnya. 

& jika sudah pun ada diantara kami yg sudah sempurna penutupan auratnya, itu bukanlah alasan atau penyebab untuk kalian boleh merenung kami sesuka hati.




“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” Surah An-Nur ayat 30