Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
Izinkan saya berkata-kata di hari rabu yg sepatutnya tanpa
kata.
Perkongsian saya pd hari ini suka saya mahu tujukan kepada
kaum lelaki.
Khas untuk kaum lelaki dimana diciptakan Allah swt untuk
memimpin kami kaum wanita..
Alhamdulillah.. sy sgt suka apabila masih ada lelaki yg
peduli untuk menegur kami menyempurnakan penutupan aurat kami agar tidak
dibakar oleh api neraka kelak.
Tetapi wahai lelaki… dalam keghairahan kalian menegur kami..
ada few things yg kalian masih pandang enteng.. dalam menegur , kalian masih
lagi mengambil peluang ini untuk “mencuci” mata melihat kami yg masih terdedah
auratnya.
& jika sudah pun ada diantara kami yg sudah sempurna penutupan
auratnya, itu bukanlah alasan atau penyebab untuk kalian boleh merenung kami
sesuka hati.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan.” Surah An-Nur ayat 30
No comments:
Post a Comment