nuff said
Thursday, 3 April 2014
10 Sebab untuk tinggalkan pasangan
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Semoga semua berada dalam kesihatan yg baik dan mood yg ceria..
Hari ini sy nak berkongsi satu topik yg dimana tidak akan lapuk ditelan zaman..
“10 reasons why you should dump your boyfriend/girlfriend”
Agak panas topik tersebut.. cinta itu indah… cinta itu membahagiakan.. tetapi mengapa boleh wujud pepatah “bahagia dalam penderitaan” ??
Bagaimana kita boleh bahagia sedangkan sebenarnya kita menderita? Itu bermaksud kita dalam penafian .. denial … mehh check it out… 10 sebab kenapa kita patut tinggalkan pasangan kita…
1. Kita selalu pilihan yang terakhir
Pernah tak kita berada didalam situasi dimana, kita sering dijadikan as last resort? Bila takde apa2 plan barulah si dia akan meluangkan masa bersama kita. Kadang2 dah planning nak dating , tapi tiba2 ada plan baru yg dtg, instead of tolak plan baru tersebut, plan bsama kita yang di cancel.. so.. kalau perkara ni kerap berlaku.. u all dh kene mula tanya diri sendiri.. am I not that important? Am I an option ?
2. Dia yang selalu mematikan perbualan ditelefon/sms
Kita yang selalu call dia.. siang..malam..pagi..petang… suka kita call si dia untuk tanya khabar dan berkongsi cerita.. tapi dia lebih byk mendengar… takde byk perkara yg ingin dia kongsikan bersama kita… sampai tak tahu nk berbual apa.. and dia plak yg mematikan perbualan tersebut spt.. “oklah,, sy nak mandi dulu..” “oklah.. sy nak tgk TV ni..” “oklah… sy ada hal ni..” always the same thing.. kadang kita terpikir.. dia ni bosan ke berbual dgn aku?
3. Kawan-kawan kita tak suka dia
Cinta itu tidak buta.. tapi yg buta itu adalah kita.. kerana terlalu leka dgn perasaan kita kpd si dia.. smpai keburukan dia pun kita pejam mata sahaja… tapi kawan-kawan kita tidak buta.. mereka boleh nampak kamu bahagia atau tidak.. mereka boleh nampak layanan si dia kpd kamu baik atau tidak.. jadi, jgnlah marah jika ada kawan2 kita yg menyuarakan tidak menyukai pasangan kita kerana mereka melahirkan kejujuran drpd pandangan mata mereka sendiri..
4. Si dia kuat mencarut/memaki ketika marah
Ni mmg pantang nenek moyang.. kesayangan semua.. andai si dia suka mencarut atau memaki ketika marah sewaktu masih bercinta ni.. imagine ketika dia marah bila nak kawen nanti.. adakah dia akan bersikap begitu depan anak2 nanti.. adakah ini pengaruh yg baik? Mengapa ye sesetengah org sanggup dihina sebegitu? Letakkan nilai harga diri setinggi yg boleh.. don’t let anybody to curse or insult you.. walau seteruk mana pun kita, takde sapa2 pun layak untuk mengeluarkan kata2 begitu kpd kita lebih2 lagi pasangan kita yg mengakui mencintai kita.
5. Si dia tidak menyukai keluarganya sendiri
Dia lebih suka spend time dengan kawan2 dia dan kita.. asyik ajak dating je.. bila tanya quality time dia dgn family dia, dia buat muka.. kadang2 dia kutuk bapak dia.. kadang2 dia kutuk mak dia.. org yg baik takkan sesekali memburukkan mak bapak sendiri walaupun mak dia tu seorang pelacur ke apa. Kalau parent dia sendiri dia boleh kutuk, bayangkan kita ni? Bayangkan mak bapak kita nanti? Jadi, jgn lah kita bahagia apabila pasangan kita pilih kita over his family.. that’s not a good thing.. it’s a bad thing.. very very very bad thing..
6. Si dia mengajak melakukan maksiat
Apabila pasangan kita mula mengajak kita cium2 sikit.. peluk2 sikit.. please.. tampar muka dia laju2.. and pasti dia akan kata.. “kalau awk sayang sy, awk kene buktikan..” haaaa nak jawab apa dgn spesis mcm ni? Sila jawab.. “jika awk benar2 syg sy, awk akan jaga saya.. bukan rosakkan sy..” tapi ramai yg tak terpikir nk jawab mcm ni.. takut kehilangan pasangan.. dilayannya nafsu serakah pasangan tersebut.. last2 setiap kali jumpa bukan sbb rindu.. tapi sbb sangap.. adakah itu cinta? Please my dear… kalau hubungan dgn Tuhan dia x mampu nak jaga… mcm mana dgn hubungan kita dan dia??????
7. Si dia tidak bersedia dengan komitmen
Rasanya semua org dh maklum bahawa bercinta sebelum kawen tu mmg tak boleh dalam Islam.. sebab risau ianya menimbulkan fitnah dan mendekati zina.. tapi jika kita bercinta kerana mmg pasang niat mmg untuk menikahi pasangan kita, itu yg sgt digalakkan… tapi apabila pasangan kita melengah2kan nak kawen ngan kita lagi 10 tahun… or even takde plan pun nk fikir ke tahap tu, better tinggalkan je lah dia.. buat apa bsama dgn org yg xde keinginan pun nk bsama2 kita..kalau dia xde niat nk kawen ngan kita buat apa kita nk tunggu punya lama untuk dia? Better putus je and stay single and beri peluang pd org lain yg serius untuk komit.
8. Si dia asyik merungut ttg kita
Well.. kalau dia merungut ttg pakaian kita atau sikap kita yg mmg kita akui tidak baik.. boleh lah anggap rungutan tersebut sbg nasihat.. tetapi jika asyik merungut mengenai bentuk badan kita yg mmg susah nak ubah… macam mana? Asyik kata kita gemuk… asyik kata kita tak cantik.. asyik kata kita pendek… mcm ne nk ubah fizikal tersebut? Kita boleh bezakan samada ianya gurauan ataupun mmg benar2 kutukan.. kalau kutukan tersebut smpai buat kita rasa down and feel bad about ourselves better say bye bye kat si dia.. si dia sepatutnya menjadi motivasi kpd kita untuk jadi lebih baik.. bukan membuatkan kita jatuh terjunam ke bawah.
9. Ibubapa kita tak suka dia
Ingatlah kesayangan semua… restu ibubapa itu penting.. kalau mak bapak kita tak suka dia walau teruk mcm ne pun kita cuba pertahankan dia.. just leave it.. sampai bila kita boleh bahagia dgn dia? Dlm setiap hubungan pasti ada jatuh bangun.. dan dikala kita sedang jatuh.. keluarga yg ada sentiasa setia bersama kita.. jadi, takde seorang bf/gf pun layak mengambil tempat teratas priority kita… no.1 always ibubapa kita… always… & apabila kita ditinggalkan oleh si dia.. siapa yg akan pujuk kita kalau bukan ibu kita?
10. Anda tidak bahagia
Bersama dgn dia dh tak rasa apa.. setiap kata2 dia membuatkan anda merasa meluat dan marah. Bila dia call, anda malas nak angkat… bila dia ajak keluar, anda malas nak follow. Dan anda dah takde effort untuk fight for the relationship anymore.. it means your heart says leave.. but kaki anda masa kaku keliru…
Sebenarnya ada byk lagi sebab yang boleh dinyatakan.. tapi cukuplah 10 ini sahaja.. sebaik2nya setiap persengketaan kita cuba cari jalan penyelesaian terbaik… dan perpisahan biarlah jadi pilihan yg terakhir..
Perkongsian ini tidak ada kena mengena secara langsung dengan sesiapa.. hanya melalui pengalaman diri sendiri + kawan2 + dan kenalan… ^___^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment