nuff said

Tuesday, 22 April 2014

Ingat Senang ke?


"Ingat senang?"


"Ingat senang nak berubah?"
Dari pakai tudung pendek hingga pakai tudung labuh?
Dari tak pakai handsocks hingga pakai handsocks?
Dari tak pakai stokin hingga pakai stokin?
Dari pakai seluar jeans hingga pakai seluar straight cut?
Dari pakai baju ketat hingga pakai baju longgar?
Dari gelak "HUAHUAHAHA" hingga gelak tutup mulut?
Dari solat tak cukup lima waktu hingga cukup lima waktu?


"Ingat senang ke?"

Tak. Saya serius cakap.
Saya tahu memang tak senang. Payah. Perit.
Bukan mudah.
Sebab apa? Kenapa tak mudah?
"Mujahadah Itu Pahit kerana Syurga Itu
Manis."


Setiap perubahan kearah kebaikan yang kita buat, tiada jaminan ianya mudah.
Tapi yakin satu benda.
Allah ada bersama kita.
Allah ada disetiap langkah kita.
Allah ada untuk membela kita.
Allah ada untuk menguatkan kita.
Allah ada untuk memujuk kita.



Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza.


Manusia itu sifatnya berubah.
Jika pada saat ini, kita rasa yang kita sendiri tak layak jadi A True Muslimah, macam yang lain, jadilah A Rare Muslimah.


Mereka jarang di dapati.
Normal, bila nak berubah, people will judge you without
knowing how your life is.


Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza.
Ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok.
Tak perlu berubah kerana mengikut manusia, tapi
berubahlah kerana Dia.


Percayalah, lebih indah perubahan itu jika kerana Dia. Kerana Allah.

Satu tips dari saya yang tak sempurna ini, janganlah bandingkan diri kita yang tengah bersusah untuk berubah dengan orang yang dah jauh berlari sebab itu akan mudah buat kita rasa down untuk terus berubah ke arah kebaikan.

Sebaliknya, kita mesti bandingkan diri kita hari ini dengan yang semalam.
Semoga hari ini lebih baik dari yang semalam.
Semoga hari ini, malah detik ini kita akan lebih
rasa bersemangat untuk memenangi
Pandangan dan Redha Allah.



Jika ada yang menghina dan mengejek kerana penghijrahan
kita, senyumlah dan mengadulah pada Allah.
Jangan patah balik hanya kerana kejian dan cacian mahupun kata-kata manusia.


Teruskanlah melangkah kerana Allah.
Teruskanlah melangkah untuk menjadi hamba Allah yang Terbaik diantara yang Terbaik.



Percayalah, Allah pasti kan bantu!
Berbahagialah dan tersenyumlah dengan Penghijrahanmu,
betapa Baik-Nya Allah sudi memberikan nikmat hidayah. Sesungguhnya kitalah orang yang paling bahagia jika kita orang yang Beriman.







# Petikan dari blog (membinasuperiman.blogspot)

Monday, 21 April 2014

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Bandar Rinching


Assalamualaikum semua dan salam hari Isnin…

Semoga semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tercinta…

Seperti yang dimaklumkan pada post yg lepas, hari minggu semalam saya dan rakan-rakan Fasilitator yang bernaung dibawah Al-Badru Traning Consultant selesai menguruskan adik-adik Pengawas daripada SMK Bandar Rinching yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 18 April 2014 ke 20 April 2014.

Seramai 150 orang peserta yang hadir terdiri daripada pengawas-pengawas tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Alhamdulillah… objektif kami tercapai walaupun agak sukar pada awalnya kerana mereka ni mmg banyak mulut dan bising..

Dengan kebenaran guru pengiring mereka, kami fasilatator terpaksa menggunakan pendekatan “ibu tiri” pada hari sabtu pagi…

Air mata berguguran tak kira daripada peserta lelaki mahupun peserta perempuan..

Jangan risau.. kami Fasilatator telah dilatih agar tidak sesekali membiarkan budak-budak ni “tergantung” tertanya-tanya motif setiap hukuman yang dikenakan..

Selagi adik2 peserta ini tidak mengerti dan tidak memahami, kami akan ulangi dan perjelaskan sehingga mereka benar-benar memahami. 







Pada hari ahad semuanya ceria dan semakin akrab dan berat hati mahu pulang ke rumah masing-masing.

Kumpulan saya tewas kepada kumpulan 3 yang lebih menyerlah dan lebih happening..

Tetapi sy tetap bersyukur kerana adik Achmal Yakaria daripada kumpulan saya berjaya dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik.

Balik sahaja ke rumah mmg penat dan rehat seketika.

Pada malamnya, saya dan kakak saya pergi ke Pekan Semenyih untuk menjamu makan malam disalah sebuah restaurant disana.

Masuk-masuk je terserempak dengan salah seorang peserta kem yang sedang makan bersama keluarga.

Tentu dia ada maklumkan pada ayahnya kerana tiba-tiba ayahnya menyapa saya dan menanyakan khabar ttg anak nya ketika di kem.

Saya tersenyum dan menjawab bahawa anak dia baik sahaja di kem dan memberi kerjasama yang sgt baik.

Ayahnya tersenyum tanda puas hati dgn jawapan yang diberikan.

Kemudian, selepas saya dan kakak setel makan dan membuat bayaran di kaunter, terjumpa seorang lagi peserta kem bernama Rizal.

Dia tergamam seolah2 nampak hantu…

Saya senyum dan menegur dia dgn “Hai~”

Dia pun membalas “Hai~” saya dengan senyuman.

Saya pun masuk dlm kereta dan pulang ke rumah..

Hmm.. alamatnya saya akan kerap terserempaklah dengan budak-budak ni..

What a great feeling..

Thanks for reading ..

Friday, 18 April 2014

Padah tak jawab telefon


Assalamualaikum semua…

& selamat pagi… semoga semua dalam keadaan yang baik2 sahaja…

Dah hari jumaat.. cepatnya masa berlalukan…?

Kalau minggu lepas saya menguruskan bebudak “degil” SMK Bandar Rinching, minggu ni sy akan menguruskan bebudak Pemimpin SMK Bandar Rinching… pemimpin2 ni terdiri drpd pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas koperasi & pelbagai lagi…

Ok lah.. perkongsian hari ini…

Hari ni sy tergerak nak berkongsi satu pengalaman lucu yang dilalui oleh sepupu saya yang bernama Sarah.

Cerita ni berlaku few years ago if im not mistaken lah..

Ketika itu, keluarga kami ada buatlah family gathering di Bagan Lalang. BBQ and stay overnite di sana..

Saja spent time dgn sepupu2 dan pakcik makcik dan opah yg turun dari Perak.

Masa tu dh malam.. so, Sarah and her family datang daripada Bahau, Negeri Sembilan.

After makan-makan, Sarah and her family decide untuk balik malam tu jugak.

Mereka tak stay overnite.

Mereka balik around 11 malam mcm tu..

Ayakdak (bapa Sarah) drive , Sarah duduk dibahagian co-driver , manakala mak dan adiknya 2 orang duduk di belakang.

Masa tu malam.. masing2 tidur.. sunyi sepi… Ayahdak berhenti disalah sebuah stesen minyak di Negeri Sembilan untuk isi minyak kereta dan ke tandas.

Selesai semua tu, ayahdak kembali masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan pulang ke Bahau yang ambil masa lagi 1 jam sahaja lagi.

Masa tu dah pukul 2 pagi kot.. and sarah tgk HP dia ada panggilan daripada nombor yg tidak dikenali.

Sarah tak jawab panggilan tersebut sbb Sarah mmg jenis tak layan no. drpd panggilan yg tidak dikenali.

Tapi, apabila hampir 7 missed call.. Sarah pun jawab jelah panggilan telefon tersebut dalam keadaan mamai..

Sarah : Hello?

Mamat Stesen Myk : adik,, adik tertinggal mak dekat stesen minyak ni.

*terus Sarah melihat ke seat belakang and melihat emaknya takde.

Sarah : BAPAK!!!!! MAK MANA??!!!!!!!

Terkejut ayahdak dan terus membuat brek kecemasan.

Kemudian mereka pun berpatah balik ke stesen myk tersebut yang memakan masa dalam 45 minit.

Tiba mereka di stesen myk tersebut, mamat stesen myk tu hanya memberi senyuman sinis je.. yelah.. boleh pulak lupa bini/mak sendiri…

Mak sarah plak xde handphone.. nasib baik dia ingat no.tel Sarah…

Bayangkan kalau Sarah tetap tak jawab panggilan telefon tu and terus sampai ke rumah mereka, apa jadi agaknya…

Mmg kelakar la cerita ni.. mengenangkan saya tahu sgt perangai sepupu sy tu yang cepat cemas..

Tak boleh byg muka dia bila tgk seat belakang and mak takde… hahaha adoyayy..

So,, pengajaran untuk kita semua juga..

Bila travel and berhenti di RnR, check dulu semua ada ke tak, baru teruskan perjalanan ok…

Salam jumaat semua…

Wednesday, 16 April 2014

Forever Alone, are you one of them?


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Perasan tak lately ni asyik hujan je..

Mudah-mudahan kemelut masalah air disesetengah kawasan di Malaysia ni selesai..

Ingatlah kesayanganku semua, tidak ada apa2 pun yang berlaku tanpa izin Allah.

Semoga terus tabah dan sabar dengan ujian ini.

Adakah anda seorang yang “Forever Alone”?

Definisi ringkas mengikut kamus logik saya, Forever Alone ni bermaksud apabila seseorang itu sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti hariannya keseorangan tanpa teman.. such as :

Makan Sorang-sorang

Pernah tak nampak kat mana-mana restaurant, ada orang makan sorang2. Sometimes, breakfast dan lunch pun sorang2. Mesti pelik kan.. takde kawan ke dia ni…? Dia plak mcm takde perasaan je. Dia dengan dunia dia.. lepas makan.. terus ke kaunter bayar dan choww~ 


Shopping sorang-sorang

Orang lain shopping mesti ada teman untuk berkongsi pendapat ttg sesuatu barangan sebelum dibeli. Tetapi minah/mamat ni shopping sorang2 plak. Lepas belek2 baju yang diminati, cuba dalam fitting room and terus bayar. And bergerak ke kedai yang seterusnya. Adakah anda one of them? 


Tengok wayang sorang-sorang 
 
Ini lagilah forever alone.. best ke tgk wyg sorang2 ni? Gelak sorang2.. nangis sorang2.. jerit sorang2.. excited sorang2.. saya mmg kagum dgn orang yg ada guts untuk tgk wayang sorang2 ni. Orang lain beli tiket kat kaunter mesti berpasangan.. tapi dia ni, beli satu je. 

Kenapa ye ada orang yang macam ni? Haaa meh kongsi jawapan beramai2.. mana tahu masing2 tergolong dalam Forever Alone spesis ni.. 

Ehem.. malunyer nak mengaku.. well.. I am one of them..

Yup.. suke makan sorang2.. I just don’t know why.. bukannya takde kawan.. tapi maybe time tu kawan nak makan McD, sy plak nak makan burger king.. so sy x malu untuk pergi ke burger king sorang2 untuk makan and dating ngan diri sendiri.. motip ke sana untuk makan je kan… asalkan perut kenyang.. mission accomplished! 

Yup.. suke shopping sorang2.. sy jenis jarang shopping.. bila sy dah buat keputusan untuk beli kasut/baju.. itulah mission saya.. dh beli apa yg sy nak, sy terus balik.. sy x suka nak buang masa jalan2 dalam mall spt tanpa hala tuju.. as long as I get what I want.. cukuplah.. kalau bawak kawan.. mesti nk pusing satu mall and benda yg x perlu pun terbeli… sbb nafsu punya pasal..

No..no.. tgk wyg sorang2 belum lagi.. tp sy pnah je nampak… why ek? Maybe dia ni nk tgk citer action.. tp kawan2 nk tgk citer cinta.. so dia xnak buang duit tgk citer yg dia x minat, so dia tgk citer pilihan hatinya.. kawan2 kat hall lain.. dia kat hall lain… 



  

what say you my dear all~~ are u one of us!! please declare.. hahaha