nuff said

Friday, 18 April 2014

Padah tak jawab telefon


Assalamualaikum semua…

& selamat pagi… semoga semua dalam keadaan yang baik2 sahaja…

Dah hari jumaat.. cepatnya masa berlalukan…?

Kalau minggu lepas saya menguruskan bebudak “degil” SMK Bandar Rinching, minggu ni sy akan menguruskan bebudak Pemimpin SMK Bandar Rinching… pemimpin2 ni terdiri drpd pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas koperasi & pelbagai lagi…

Ok lah.. perkongsian hari ini…

Hari ni sy tergerak nak berkongsi satu pengalaman lucu yang dilalui oleh sepupu saya yang bernama Sarah.

Cerita ni berlaku few years ago if im not mistaken lah..

Ketika itu, keluarga kami ada buatlah family gathering di Bagan Lalang. BBQ and stay overnite di sana..

Saja spent time dgn sepupu2 dan pakcik makcik dan opah yg turun dari Perak.

Masa tu dh malam.. so, Sarah and her family datang daripada Bahau, Negeri Sembilan.

After makan-makan, Sarah and her family decide untuk balik malam tu jugak.

Mereka tak stay overnite.

Mereka balik around 11 malam mcm tu..

Ayakdak (bapa Sarah) drive , Sarah duduk dibahagian co-driver , manakala mak dan adiknya 2 orang duduk di belakang.

Masa tu malam.. masing2 tidur.. sunyi sepi… Ayahdak berhenti disalah sebuah stesen minyak di Negeri Sembilan untuk isi minyak kereta dan ke tandas.

Selesai semua tu, ayahdak kembali masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan pulang ke Bahau yang ambil masa lagi 1 jam sahaja lagi.

Masa tu dah pukul 2 pagi kot.. and sarah tgk HP dia ada panggilan daripada nombor yg tidak dikenali.

Sarah tak jawab panggilan tersebut sbb Sarah mmg jenis tak layan no. drpd panggilan yg tidak dikenali.

Tapi, apabila hampir 7 missed call.. Sarah pun jawab jelah panggilan telefon tersebut dalam keadaan mamai..

Sarah : Hello?

Mamat Stesen Myk : adik,, adik tertinggal mak dekat stesen minyak ni.

*terus Sarah melihat ke seat belakang and melihat emaknya takde.

Sarah : BAPAK!!!!! MAK MANA??!!!!!!!

Terkejut ayahdak dan terus membuat brek kecemasan.

Kemudian mereka pun berpatah balik ke stesen myk tersebut yang memakan masa dalam 45 minit.

Tiba mereka di stesen myk tersebut, mamat stesen myk tu hanya memberi senyuman sinis je.. yelah.. boleh pulak lupa bini/mak sendiri…

Mak sarah plak xde handphone.. nasib baik dia ingat no.tel Sarah…

Bayangkan kalau Sarah tetap tak jawab panggilan telefon tu and terus sampai ke rumah mereka, apa jadi agaknya…

Mmg kelakar la cerita ni.. mengenangkan saya tahu sgt perangai sepupu sy tu yang cepat cemas..

Tak boleh byg muka dia bila tgk seat belakang and mak takde… hahaha adoyayy..

So,, pengajaran untuk kita semua juga..

Bila travel and berhenti di RnR, check dulu semua ada ke tak, baru teruskan perjalanan ok…

Salam jumaat semua…

No comments: