nuff said
Monday, 21 April 2014
Kem Kepimpinan Pengawas SMK Bandar Rinching
Assalamualaikum semua dan salam hari Isnin…
Semoga semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tercinta…
Seperti yang dimaklumkan pada post yg lepas, hari minggu semalam saya dan rakan-rakan Fasilitator yang bernaung dibawah Al-Badru Traning Consultant selesai menguruskan adik-adik Pengawas daripada SMK Bandar Rinching yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 18 April 2014 ke 20 April 2014.
Seramai 150 orang peserta yang hadir terdiri daripada pengawas-pengawas tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Alhamdulillah… objektif kami tercapai walaupun agak sukar pada awalnya kerana mereka ni mmg banyak mulut dan bising..
Dengan kebenaran guru pengiring mereka, kami fasilatator terpaksa menggunakan pendekatan “ibu tiri” pada hari sabtu pagi…
Air mata berguguran tak kira daripada peserta lelaki mahupun peserta perempuan..
Jangan risau.. kami Fasilatator telah dilatih agar tidak sesekali membiarkan budak-budak ni “tergantung” tertanya-tanya motif setiap hukuman yang dikenakan..
Selagi adik2 peserta ini tidak mengerti dan tidak memahami, kami akan ulangi dan perjelaskan sehingga mereka benar-benar memahami.
Pada hari ahad semuanya ceria dan semakin akrab dan berat hati mahu pulang ke rumah masing-masing.
Kumpulan saya tewas kepada kumpulan 3 yang lebih menyerlah dan lebih happening..
Tetapi sy tetap bersyukur kerana adik Achmal Yakaria daripada kumpulan saya berjaya dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik.
Balik sahaja ke rumah mmg penat dan rehat seketika.
Pada malamnya, saya dan kakak saya pergi ke Pekan Semenyih untuk menjamu makan malam disalah sebuah restaurant disana.
Masuk-masuk je terserempak dengan salah seorang peserta kem yang sedang makan bersama keluarga.
Tentu dia ada maklumkan pada ayahnya kerana tiba-tiba ayahnya menyapa saya dan menanyakan khabar ttg anak nya ketika di kem.
Saya tersenyum dan menjawab bahawa anak dia baik sahaja di kem dan memberi kerjasama yang sgt baik.
Ayahnya tersenyum tanda puas hati dgn jawapan yang diberikan.
Kemudian, selepas saya dan kakak setel makan dan membuat bayaran di kaunter, terjumpa seorang lagi peserta kem bernama Rizal.
Dia tergamam seolah2 nampak hantu…
Saya senyum dan menegur dia dgn “Hai~”
Dia pun membalas “Hai~” saya dengan senyuman.
Saya pun masuk dlm kereta dan pulang ke rumah..
Hmm.. alamatnya saya akan kerap terserempaklah dengan budak-budak ni..
What a great feeling..
Thanks for reading ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment