nuff said
Wednesday, 7 May 2014
Tuesday, 6 May 2014
Syaitan Ikat 3 ikatan ketika kita tidur
Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
Apa khabar iman kalian? Sy mendoakan agar iman kita dipelihara dan sentiasa dalam rahmat Allah swt..
Takziah kepada keluarga allahyarham Aziz Satar diatas pemergian arwah awal pagi tadi..
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati..
Kita yang masih hidup ini.. yang masih dipinjamkan udara untuk bernafas ini.. gunakanlah peluang yang Allah berikan ini sebaik-baiknya.. agar kita dijemput ajal dalam keadaan Husnul Khotimah..
Kawan-kawan yang dikasihi… pernah tak bila kita bangun pagi2 kita rasa lemau je..
Tak bermaya untuk ke sekolah atau ke tempat kerja…
Dah mandi pun, rasa macam malas je nk g keje…
Mengapa ye? insyaAllah bagi kawan2 yang tidak pernah meninggalkan solat subuh tidak merasai perasaan lemau mcm ni diwaktu pagi..
Kerana, dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:
"Syaitan mengikat pada tengkuk salah seorang dari kamu tiga ikatan,apabila dia tidur dengan semua ikatan itu,nescaya dia akan tertidur sepanjang malam.Maka apabila dia terbangun lalu berzikir,terurailah satu ikatan dan apabila dia berwudhu' terurailah ikatan kedua dan apabila dia sembahyang terurailah semua ikatan itu dan jadilah dia pada pagi itu seorang yang segar dan tenang hati,sebaliknya jika tidak berzikir,wudhu' dan solat,dia bangun pada pagi harinya kusut hati dan pemalas .
-Hadis Riwayat Muslim:Sahih-
Sumber:Hadis Sahih Muslim.No 482
Subhanallah.. betapa liciknya permainan syaitan dan tidak hairanlah satu ketika dulu saya selalu rasa tak bermaya ketika nak ke sekolah dulu..
Andai sahaja saya tahu betapa pentingnya solat subuh ini, pasti saya tidak akan ambil mudah.
Betapa Allah swt Maha Mengetahui mengapa adanya solat subuh 2 rakaat di pagi hari.
Maka, wahai kawan2 sekalian.. janganlah sesekali kita meninggalkan solat.. saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain..
Saya sedih sebab baru2 ini, ketika saya menguruskan satu sekolah yang terletak di Ampang, tak sampai separuh drpd 120 orang yg hafal doa qunut..
Doa qunut adalah sunat yang dituntut.. mereka tak hafal doa qunut kerana mereka tidak melakukan solat subuh..
Bagaimana nak hafal jika satu2nya solat yang dituntut membaca doa qunut itu tidak dilaksanakan.?
Bagi yang ada adik mahupun anak.. cuba seketika.. bila kita bersendirian dengan mereka.. kita minta dengan penuh kasih sayang untuk mereka membaca doa qunut.. jgn terkejut jika mereka tidak hafal.. belum terlambat untuk menghafal.. tiada isitlah terlambat dalam menuntut ilmu..
Thank you for reading..
Assalamualaikum~
Monday, 5 May 2014
Selamat Pengantin Baru Sayang~
Bismillahirahmanirrahim~
Assalamualaikum semua dan salam hari Isnin..
Dah lama x update blog and melawat blog kekawan.
No worries.. sy akan jelaskan kenapa blog sy dibiarkan sunyi for few days and saya juga turut akan membayar hutang2 blogwalking ke blog anda semua…
Pada 30 April 2014 (Rabu) yang lepas, saya dan kawan2 saya bermalam di rumah Kak June di Padang Jawa, Klang.
Balik je daripada keje, masing2 bergegas ke rumah Kak june untuk sleepover.
Sengaja kami bermalam disana kerana keesokkan harinya 1 May 2014 (Khamis) kan cuti umum dan akan berlangsungnya perkhawinan sahabat kami Nurain di Shah Alam.
Pada malam tersebut, termasuk bakal pengantin bermalam di rumah kak june.
Kami celebrate bday kak june yang lahir pd bulan May dan juga buat party bujang.
Ahakss.. ala.. xde apa2 yg cencored pun.. Cuma kami memanjakan diri sendiri.. pakai face mask, pakai inai, buat exchange gift dan juga makan besar.
Tuan rumah masak Ketam goreng + Sup Campur + Sayur Sawi Goreng + Telur + Tropicana Twister.
Keesokan harinya, kamilah yang make up kan bakal pengantin dan escort Nurain ke Surau Majlis Agama Islam Selangor pada jam 5 petang.
Pernikahan berlangsung selepas asar itu berjalan dengan lancar dan dengan sekali lafaz Nurain selamat diijab kabulkan sebagai isteri kepada Zaini.
Pada jam 8 malam, resepsi dilakukan di Restaurant Zam Zam di Shah Alam.
Takde sanding2 ni.. mmg simple habis.
Makanan pun sedap sgt… Nasi Beriani..
Mmg simple and selesa.. kerana buat malam.. xde panas2 ni..
Mmg penat sebab kami yang hampir menguruskan semuanya yg berkaitan dgn pengantin perempuan ni.
Keakraban kami diibaratkan spt adik beradik.
Sayang mereka sangat2.. suka duka kami lalui bersama..
Harap2 ukhwah yg terjalin ini berkekalan hingga ke syurga.
insyaAllah.. amin~
thanks for reading.
Tuesday, 29 April 2014
Detik Cemas : Kawan disampuk hantu JuOn
Assalamualaikum kesayangan semua..
Semoga semuanya ceria sentiasa dan berada dalam kesihatan yang baik2 saja..
Beberapa hari ni agak blur tak tahu nk update blog pasal apa..
That’s why byk berkongsi hasil perkongsian orang lain dan juga aktiviti2 di kem..
Tapi semenjak berlakunya sesuatu perkara jumaat lepas.. akhirnya lahirlah inspirasi untuk saya berkongsi satu kisah berdasarkan pengalaman saya sendiri.. detik detik cemas..
To be honest.. sy ni bukanlah seorang yg bijak bertindak ketika berlaku apa-apa kecemasan..
Saya bukan seorang yang mudah panik.. saya bukan seorang yg mudah cemas…
Apabila berlaku perkara-perkara yang mencemaskan, orang akan lihat air muka saya dan bahasa tubuh saya sgt tenang.. seolah2 professional untuk menguruskan detik cemas tersebut.
Hakikatnya… saya blur dan tidak tahu nak buat apa2.. Cuma ke”blur”an saya tidak terpancar diwajah saya..
Dalam keadaan saya kelihatan “tenang” , didalam hati hanya Allah je yg tahu..
Kenapa saya ckp mcm tu? Check it out~!
Orang lemas
Benda ni berlaku beberapa tahun yang dulu.. ketika tu saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor, Perak… tengah syok2 mandi laut kat tempat dalam.. tetiba ada minah ni lemas kat sebelah saya..
And.. saya hanya melihat dia meronta2 minta diselamatkan..
Saya tak tahu apa yg membuatkan saya kaku dan tidak memberikan pertolongan..
Serius!! Saya blur!! Sehinggalah ada orang lain yg menyelamatkan dia..
Apabila perempuan tersebut selamat dibawa ke tepi pantai.. dia memandang saya dengan wajah kebencian…. Takpe… saya faham.. salah sy tak selamatkan dia awal2…
Adik sedara hanyut di bawa arus sungai
Ni plak berlaku di kampung saya sendiri..
Kami sepupu2 mandi sungai depan kampung..
Adik sedara yg terkecil plak berusia dalam 4 tahun..
Tak dalam pun sungai tu.. paras pinggang je.. tp bagi dia yg berusia 4 tahun.. mmg dalam lah..
Ntah mcm mana.. dia hanyut dibawa arus.. dan dia hanyut di depan mata saya..
Saya boleh capai dia kerana dia mmg dekat ngan saya.. tapi sy tidak menyelamatkan dia..
Again… saya terkejut.. saya terkaku… saya terkedu…
Sehinggalah kakak saya sendiri berenang and menyelamatkan dia… T___T
Orang pengsan di hentian bas Pudu
Kat situ mmg panas kan.. and kadang2 semua kerusi menunggu orang dh duduk..
Maka, saya berdiri di tepi dinding menunggu bas tiba..
Sebelah saya ada seorang kakak ni turut berdiri menunggu..
Tiba-tiba dia pitam and jatuh pengsan di sebelah saya..
Again.. sy tak buat apa2.. saya tgk je.. saya terkejut.. saya terkaku… saya terkedu…
Kawan Histeria
Ini baru berlaku jumaat lepas di Kem..
Memandangkan saya kurang sihat.. sy tidak join aktiviti night walk.
Saya rehat baring didalam bilik bersama2 empat lagi fasi yang lain..
Tiba2 salah seorang fasi diserang histeria dan meracau2 menjerit2 didalam bilik.
Semua orang panik dan maybe mereka tgk sy “tenang” je..
Mereka lari menyorok belakang saya.
Sedangkan saya pun tak tahu nak buat apa..
Saya capai telefon saya dan telefon seorang fasi ni yg lebih arif ttg hal mcm ni & minta bantuan dia..
After 5minit kawan saya tu sampai dan dalam 30minit berjaya menenangkan kawan yg sakit tu.
Saya tanya kawan2 sy kenapa korang menyorok belakang saya.
Mereka kata, sy paling tenang ketika kejadian histeria tu berlaku..
Mereka tak tahu dalam hati ni mcm nk tercabut jantung..
Mana tak takut nya, kawan yg kene sampuk tu dh mcm Ju-On.. merangkak2 dalam bilik kearah kami..
And.. ada lagi detik2 cemas yg berlaku sebenarnya.. tp setakat ini, ini yg sy paling ingat..
Saya tak tahulah apa nak jadi ngan saya ni..
Bukan saya taknak bantu.. tapi badan saya mcm tetiba freeze.. beku… tak bergerak…
Sedihkan…??? Sy kene berubah… tapi tak tahu mcm mana….?
Monday, 28 April 2014
Kem Kepimpinan Pengawas SMK Cheras Perdana 2014
Assalamualaikum semua..
Agak lama tak update blog since rabu yg lepas.
Well, FYI rabu lepas saya kurang sihat dan akibat demam tersebut berlarutan sampai jumaat, sy decided check dekat klinik. & doctor tak dapat mengesahkan saya sakit apa sbb sy demam hanya pada waktu malam sahaja. Siang saya OK.
Doctor risau jika sy suspek denggi, maka doctor ambil darah saya untuk dihantar ke makmal mereka untuk ujian darah.
Alhamdulillah.. saya bebas denggi.. risau jugak sbb sy kan setiap minggu masuk hutan.
Saya hutang banyaaaakkkk nak membayar semula hutang-hutang blogwalking kepada blog kawan2 semua.. insyaAllah.. hari ini sy akan membalas kunjungan anda…
Tunggu kedatangan sy.. mohon sediakan kopi panas dan biskut lutut ye..
Well, walaupun demam.. yg membuatkan saya kuat adalah semangat sy.. hati sy berada di Kem.
Pada 25 April 2014 hingga 27 April 2014 (Jumaat – Ahad) , kami menerima kunjungan daripada SMK Cheras Perdana untuk mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas selama 3 hari 2 malam.
Seramai 87 orang pelajar daripada tingkatan 2 hingga tingkatan 5 hadir yang dimana majoritinya pelajar berbangsa cina dan india.
At first , susah nk berkomunikasi dgn mereka ni. Kene byk manglish dan bahasa kene straight to the point.
Mereka tak faham kiasan.
Faham tak faham.. aktiviti tetap dijalankan..
Alhamdulillah.. pemimpin2 SMK Cheras Perdana ni bijak2 dan walaupun mengalami kekangan bahasa, mereka berani mencuba.
Kesian dengan mereka ni, sebab sekolah mereka ni terlalu terdedah dengan gejala samseng.
Nak ditegur samseng2 ni dikhuatiri membahayakan diri mereka sendiri.
Maka, kami berkongsi pengalaman masing2 dan memberi tips cara mendekati samseng2 ini dengan lebih mudah dan berkesan.. insyaAllah berkesan..
Sehinggakan nak balik pun, ada lagi yg dtg jumpa saya mahupun lebih tips.
Alhamdulillah lagi!!! Kumpulan 3 , iaitu kumpulan saya berjaya merangkul kumpulan terbaik.!!
Tahniah tak terhingga kepada Say,Xiang,Adrian,Ariff, Man, Syakir, K. Savan, Ruben, Ashwin dan Faiz.
Selebihnya biar gambar berbicara.
and menerima maklum balas drpd salah seorang peserta program..
tekan gambar untuk lebih besar |
Thanks for reading~~
Subscribe to:
Posts (Atom)