nuff said

Tuesday, 29 April 2014

Detik Cemas : Kawan disampuk hantu JuOn


Assalamualaikum kesayangan semua..

Semoga semuanya ceria sentiasa dan berada dalam kesihatan yang baik2 saja..

Beberapa hari ni agak blur tak tahu nk update blog pasal apa..

That’s why byk berkongsi hasil perkongsian orang lain dan juga aktiviti2 di kem..

Tapi semenjak berlakunya sesuatu perkara jumaat lepas.. akhirnya lahirlah inspirasi untuk saya berkongsi satu kisah berdasarkan pengalaman saya sendiri.. detik detik cemas..

To be honest.. sy ni bukanlah seorang yg bijak bertindak ketika berlaku apa-apa kecemasan..

Saya bukan seorang yang mudah panik.. saya bukan seorang yg mudah cemas…

Apabila berlaku perkara-perkara yang mencemaskan, orang akan lihat air muka saya dan bahasa tubuh saya sgt tenang.. seolah2 professional untuk menguruskan detik cemas tersebut.

Hakikatnya… saya blur dan tidak tahu nak buat apa2.. Cuma ke”blur”an saya tidak terpancar diwajah saya..

Dalam keadaan saya kelihatan “tenang” , didalam hati hanya Allah je yg tahu..

Kenapa saya ckp mcm tu? Check it out~!

Orang lemas

Benda ni berlaku beberapa tahun yang dulu.. ketika tu saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor, Perak… tengah syok2 mandi laut kat tempat dalam.. tetiba ada minah ni lemas kat sebelah saya..

And.. saya hanya melihat dia meronta2 minta diselamatkan..

Saya tak tahu apa yg membuatkan saya kaku dan tidak memberikan pertolongan..

Serius!! Saya blur!! Sehinggalah ada orang lain yg menyelamatkan dia..

Apabila perempuan tersebut selamat dibawa ke tepi pantai.. dia memandang saya dengan wajah kebencian…. Takpe… saya faham.. salah sy tak selamatkan dia awal2…

Adik sedara hanyut di bawa arus sungai

Ni plak berlaku di kampung saya sendiri..

Kami sepupu2 mandi sungai depan kampung..

Adik sedara yg terkecil plak berusia dalam 4 tahun..

Tak dalam pun sungai tu.. paras pinggang je.. tp bagi dia yg berusia 4 tahun.. mmg dalam lah..

Ntah mcm mana.. dia hanyut dibawa arus.. dan dia hanyut di depan mata saya..

Saya boleh capai dia kerana dia mmg dekat ngan saya.. tapi sy tidak menyelamatkan dia..

Again… saya terkejut.. saya terkaku… saya terkedu…

Sehinggalah kakak saya sendiri berenang and menyelamatkan dia… T___T 


Orang pengsan di hentian bas Pudu

Kat situ mmg panas kan.. and kadang2 semua kerusi menunggu orang dh duduk..

Maka, saya berdiri di tepi dinding menunggu bas tiba..

Sebelah saya ada seorang kakak ni turut berdiri menunggu..

Tiba-tiba dia pitam and jatuh pengsan di sebelah saya..

Again.. sy tak buat apa2.. saya tgk je.. saya terkejut.. saya terkaku… saya terkedu…
 
Kawan Histeria

Ini baru berlaku jumaat lepas di Kem..

Memandangkan saya kurang sihat.. sy tidak join aktiviti night walk.

Saya rehat baring didalam bilik bersama2 empat lagi fasi yang lain..

Tiba2 salah seorang fasi diserang histeria dan meracau2 menjerit2 didalam bilik.

Semua orang panik dan maybe mereka tgk sy “tenang” je..

Mereka lari menyorok belakang saya.

Sedangkan saya pun tak tahu nak buat apa..

Saya capai telefon saya dan telefon seorang fasi ni yg lebih arif ttg hal mcm ni & minta bantuan dia..

After 5minit kawan saya tu sampai dan dalam 30minit berjaya menenangkan kawan yg sakit tu.

Saya tanya kawan2 sy kenapa korang menyorok belakang saya.

Mereka kata, sy paling tenang ketika kejadian histeria tu berlaku..

Mereka tak tahu dalam hati ni mcm nk tercabut jantung..

Mana tak takut nya, kawan yg kene sampuk tu dh mcm Ju-On.. merangkak2 dalam bilik kearah kami..
 
And.. ada lagi detik2 cemas yg berlaku sebenarnya.. tp setakat ini, ini yg sy paling ingat..

Saya tak tahulah apa nak jadi ngan saya ni..

Bukan saya taknak bantu.. tapi badan saya mcm tetiba freeze.. beku… tak bergerak…

Sedihkan…??? Sy kene berubah… tapi tak tahu mcm mana….?

No comments: