nuff said

Tuesday, 6 May 2014

Syaitan Ikat 3 ikatan ketika kita tidur


Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Apa khabar iman kalian? Sy mendoakan agar iman kita dipelihara dan sentiasa dalam rahmat Allah swt..

Takziah kepada keluarga allahyarham Aziz Satar diatas pemergian arwah awal pagi tadi..

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati..

Kita yang masih hidup ini.. yang masih dipinjamkan udara untuk bernafas ini.. gunakanlah peluang yang Allah berikan ini sebaik-baiknya.. agar kita dijemput ajal dalam keadaan Husnul Khotimah..

Kawan-kawan yang dikasihi… pernah tak bila kita bangun pagi2 kita rasa lemau je..

Tak bermaya untuk ke sekolah atau ke tempat kerja…

Dah mandi pun, rasa macam malas je nk g keje…

Mengapa ye? insyaAllah bagi kawan2 yang tidak pernah meninggalkan solat subuh tidak merasai perasaan lemau mcm ni diwaktu pagi..

Kerana, dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:

"Syaitan mengikat pada tengkuk salah seorang dari kamu tiga ikatan,apabila dia tidur dengan semua ikatan itu,nescaya dia akan tertidur sepanjang malam.Maka apabila dia terbangun lalu berzikir,terurailah satu ikatan dan apabila dia berwudhu' terurailah ikatan kedua dan apabila dia sembahyang terurailah semua ikatan itu dan jadilah dia pada pagi itu seorang yang segar dan tenang hati,sebaliknya jika tidak berzikir,wudhu' dan solat,dia bangun pada pagi harinya kusut hati dan pemalas .

-Hadis Riwayat Muslim:Sahih-

Sumber:Hadis Sahih Muslim.No 482 


Subhanallah.. betapa liciknya permainan syaitan dan tidak hairanlah satu ketika dulu saya selalu rasa tak bermaya ketika nak ke sekolah dulu..

Andai sahaja saya tahu betapa pentingnya solat subuh ini, pasti saya tidak akan ambil mudah.

Betapa Allah swt Maha Mengetahui mengapa adanya solat subuh 2 rakaat di pagi hari.

Maka, wahai kawan2 sekalian.. janganlah sesekali kita meninggalkan solat.. saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain..

Saya sedih sebab baru2 ini, ketika saya menguruskan satu sekolah yang terletak di Ampang, tak sampai separuh drpd 120 orang yg hafal doa qunut..

Doa qunut adalah sunat yang dituntut.. mereka tak hafal doa qunut kerana mereka tidak melakukan solat subuh..

Bagaimana nak hafal jika satu2nya solat yang dituntut membaca doa qunut itu tidak dilaksanakan.?

Bagi yang ada adik mahupun anak.. cuba seketika.. bila kita bersendirian dengan mereka.. kita minta dengan penuh kasih sayang untuk mereka membaca doa qunut.. jgn terkejut jika mereka tidak hafal.. belum terlambat untuk menghafal.. tiada isitlah terlambat dalam menuntut ilmu..

Thank you for reading..

Assalamualaikum~

No comments: