Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum
dan salam Monday blues..
Hari minggu
baru2 ni, 91 org pelajar dari Sek Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (SMA MAIWP) telah mengadakan Kem Pecutan Akhir PMR di Kem Idaman
Nurani, Ulu Langat.
Yup, khidmat
aku sebagai fasilitator sudah kembali, dan selepas ini setiap minggu aku akan
berada disana menguruskan peserta2 daripasa sekolah2 yang lain dan program yang
juga turut berbeza.
SMA MAIWP
sangat istimewa dihati aku. Kerana selama 8 tahun aku berkecimpung dalam bidang
ini, SMA MAIWP bukanlah sekolah jurusan agama yang pertama aku kendali.
KISAS, UIA,
SMA Batu 10 & lain-lain juga turut pernah menjadi peserta di kem tersebut.
Bukanlah mereka2
ini tidak bagus, tetapi kecantikan akhlak pelajar2 SMA MAIWP mengatasi
kecantikan akhlak pelajar2 sekolah agama yang lain dgn cara yang sgt memikat
hati aku.
Ini adalah
subjective. Dan pada pendapat aku, SMA MAIWP punyai akhlak dan personality yang
cemerlang.
Aku selalunya
akan rasa rendah diri bila dikelilingi oleh orang2 yang aku tahu ilmu agama
sangat tinggi kalau nak dibandingkan ngan aku.
Tudung aku
tidak selabuh mereka. & aku tidaklah khatam quran sekerap mereka.
Bertudung labuh
ataupun tidak, mereka tetap manusia yang tidak lari drpd diduga dan dari godaan
syaitan.
Betul, ada
saja diantara mereka yang sombong dan sukar didekati.
Tapi ini
tidak berlaku pada aku semasa pelajar SMA MAIWP menjadi peserta di kem baru2
ini.
Tanggapan aku
ternyata 200% salah.
Mereka sangat
rendah diri. Murah senyuman. Kaya budi bahasa. Elok pekertinya.
Bayangkan setiap
aktiviti mereka akan menghulurkan tangan untuk bersalam dan cium tangan aku.
Setiap kali
berselisih bahu, akan menyapa salam pada aku.
Sebelum tidur,
meminta maaf pada aku.
Ada waktu
terluang akan diisi dengan berzikir, membaca tafsir & solat sunat.
Setiap kali
penceramah selesai memberi ceramah, mereka menghantar penceramah sehingga ke
pintu dewan dan mengucap kata2 terima kasih dan memintakan mendoakan kejayaan
mereka.
masyaAllah..
mudahnya menguruskan mereka.. senang je hati ni melihat mereka.
Rasa sangat
cemburu kerana tidak mampu menjadi seperti mereka.
Rasa sangat
bersemangat untuk menjadi seperti mereka.
Aku mendoakan
adik2 SMA MAIWP cemerlang dalam apa sahaja yang mereka lakukan baik didunia dan
diakhirat.