nuff said

Monday, 13 January 2014

Kem Kepimpinan - SK Taman Rakan, Kajang



Bismillahirahmanirahim~ Salam Isnin semua..

Baru 2 minggu sekolah buka, dah ada Sekolah yang organized kem di tempat kami.

SK Taman Rakan, Kajang menghantar pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelajar darjah 4 – 6 yang masing-masing merupakan pegawas sekolah, pegawas pusat sumber dan AJK Kokurikulum.

Seramai 155 pelajar yang hadir untuk Kursus Kepimpinan di Kem Idaman Nurani.

As usual, sy habis je keje hari jumaat around 5.30 pm terus bergegas ke Batu 9, Cheras. Kawan saya yg juga merupakan fasilitator menunggu sy di sana untuk masuk ke Ulu Langat bersama2.

Sebenarnya tak kisahlah kem apa pun, objective kami adalah untuk menerapkan nilai2 murni kepada adik2 pelajar2 ni. Perkara yang kami sering terapkan adalah memberi salam kpd org yg lebih tua, memohon maaf jika melakukan kesalahan, mengucapkan terima kasih yg agak sukar nk dgr drpd mulut bebudak zaman skang ni.

Kerana kami percaya, untuk menjadi insan yang cemerlang bermula dengan sikap.

Setiap kali ada masa terluang, suka kami ingatkan adik2 pelajar tersebut. Sudah tentu pada awalnya agak sukar kerana kedegilan mereka. 

Tapi rata2 jurulatih ni mmg singa betina.. hihihihih jadi budak2 ni mmg kalah lah dengan kegarangan kami.. tapi tidak kami biarkan adik2 ni menangis begitu sahaja. Kami akan “bind” semula mereka dan nasihati mereka dgn lembut setiap tindakan/denda yang kami kenakan pada mereka sehingga mereka betul2 faham.

Alhamdulillah.. ada perubahan apabila masuk hari ke-2 dan semakin baik perubahan adik2 ni apabila menjelang hari terakhir.
Ada guru yang komen bahawa mereka tersentuh apabila ada pelajar2 mereka yg dahulunya agak rude tetapi tiba2 memberi salam pada mereka dan memohon maaf pada mereka secara tiba2. 

Alhamdulillah.. moga2 adik2 ni terus istiqamah untuk berubah.

Seterusnya, biar gambar yg berbicara.. antara aktiviti2 yang dijalankan selama 3 hari 2 malam..
 
Game Biskut : dengan menggunakan mimik muka mereka perlu mengetip biskut dgn mulut mereka

ni tgh nk buat game goreng pisang. laki lawan perempuan

game ni best. peluk kawan kuat2 smpai belon meletup

bestnyer main lumpur dan mandi sungai



Thanks for reading~ Assalamualaikum.. ^__^

No comments: